Wednesday 28 May 2014

KENYATAAN MEDIA BERSAMA MALAYSIAN CRIME WATCH TASK FORCE (MyWatch) DAN JINGGA 13 MALAYSIA : “LAPORAN RASUAH DAN SALAHLAKU KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI”

Tarikh: 28 Mei 2014

1. Kami dari Badan Pemantau Jenayah MyWatch dan Jingga 13 akan menghantar satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai laporan rasuah dan salahlaku Ketua Polis Daerah Langkawi, iaitu Supt Harrith Kam Bin Abdullah. Laporan rasuah ini kami terima dari seorang pegawai kanan polis yang mahu identitinya dirahsiakan. Selaku Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Harrith Kam Bin Abdullah telah campur tangan dalam dua kes jenayah dengan bertujuan melindungi beberapa sindiket Cina di Langkawi. 

2. Kes pertama (nombor report 4809/13) iaitu serbuan ke atas satu pusat hiburan. Supt Harrith Kam Bin Abdullah telah mengarahkan kes ini diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA). Alasan beliau adalah kerana pusat hiburan ini mempunyai lesen perniagaan. Walhal, lesen yang diperlukan untuk membuka pusat hiburan adalah lesen hiburan. Tujuan beliau berbuat demikian adalah bagi melindungi tauke pusat hiburan tersebut yang bernama Nicky Tan Peng Chun (940402-02-6087). Nicky Tan Peng Chun merupakan anak kepada Lai San, iaitu seorang sindiket loteri haram di Langkawi. Terdapat lima sindiket loteri haram di Langkawi yang membayar wang perlindungan secara bulanan kepada beliau dengan cara menyerahkan sendiri wang di rumah beliau di Kuarters Ketua Polis Daerah Langkawi.

3. Kes kedua (nombor report 2793/13) iaitu tangkapan dua lelaki Cina bernama Cheong Chun Leng (770805-02-5805) dan Choong Kwong Wing (790206-14-5125). Dua lelaki Cina ini disyaki melindungi tiga belas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Myanmar. Supt Harrith Kam Bin Abdullah telah campur tangan dalam penyiasatan kes ini sehinggakan dua lelaki Cina ini diberi jaminan dalam tempoh 24 jam dari waktu tangkapan, walhal kes ini belum sempat disiasat lagi. Dua lelaki Cina ini juga ada membuat pengakuan kepada orang awam dan kepada pegawai polis lain bahawa mereka memberi suapan kepada Supt Harrith Kam Bin Abdullah sebanyak RM15,000.

4. MyWatch dan Jingga 13 mendesak SPRM menyiasat segala rasuah dan salahlaku Supt Harrith Kam Bin Abdullah. Sepanjang siasatan dijalankan, kami mencadangkan beliau diberikan cuti sehingga selesai siasatan agar siasatan telus dapat dijalankan.

5. Selain itu untuk pengetahuan SPRM, isu ini telah diadukan beberapa kali kepada Ketua Polis Kedah, namun sehingga kini tiada tindakan lanjut yang diambil. Oleh yang demikian, eloklah satu Pasukan Khas diwujudkan untuk menyiasat rasuah dan salahlaku Ketua Polis Daerah Langkawi, dan dalam masa yang sama Ketua Polis Kedah juga turut sama disiasat sekiranya beliau terlibat dalam dua kes yang dinyatakan ini. Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) juga harus ditubuhkan segera untuk menyiasat segala rasuah dan salahlaku dalam PDRM.

6. MyWatch dan Jingga 13 bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan. Pegawai kanan polis yang memberi maklumat ini juga sedia bekerjasama dengan SPRM untuk memberikan lebih maklumat yang diperlukan kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PDRM.

R. Sri Sanjevan
Pengerusi
Malaysian Crime Watch Task Force (Mywatch)

Fariz Musa
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia

Monday 26 May 2014

JINGGA 13 DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN PENDEDAHAN KEKAYAAN ANAK KETUA POLIS SABAH OLEH MYWATCH

Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

25 Mei 2014

JINGGA 13 DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN PENDEDAHAN KEKAYAAN ANAK KETUA POLIS SABAH OLEH MYWATCH

JINGGA 13 Malaysia mengalu-alukan pendedahan demi pendedahan mengenai jenayah dan korupsi yang telah dibuat oleh Badan Pemantau Jenayah, Malaysian Crime Watch Task Force (MYWATCH) menerusi Pengerusinya R. Sri Sanjeevan sewajarnya mendapat perhatian dan tindakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengambil satu siasatan secara serius terhadap pendedahan yang dibuat.

JINGGA 13 Malaysia turut memuji dan menyatakan sokongan terhadap usaha pendedahan oleh Pengerusi MYWATCH , R. Sri Sanjeevan  baru-baru ini berkaitan isu kekayaan luar biasa anak kepada Ketua Polis Sabah , Mohamad Azhan Hamza membeli secara tunai dua buah kereta mewah – Jaguar dan Audi A5 – dengan nilai terkumpul RM1.1 juta tahun lepas walaupun beliau "menganggur" serta beberapa transaksi bernilai bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan lepas.

Isu tersebut telah mendapat respon segera oleh Datuk Hamza Taib , selaku Ketua Polis Sabah dan selaku pelaksana dan mendokong undang-undang sewajarnya menyerahkan anak beliau untuk disiasat secara menyeluruh dan bukan bertindak mempertahankan anak beliau dengan pelbagai alasan malah dilihat begitu dangkal , mengelirukan dan kurang jelas sepertimana yang didakwa oleh MYWATCH.

JINGGA 13 Malaysia menyatakan pendirian akan memberikan komitmen bagi membantu menyediakan barisan peguam sekiranya MyWatch dan R. Sri Sanjeevan di saman oleh pihak Ketua Polis Sabah, atau ditahan di bawah Akta BAFIA kerana mendedahkan butiran bank milik anak Ketua Polis tersebut.

JINGGA 13 Malaysia kesal sehingga ini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak SPRM selepas pendedahan yang dibuat oleh MYWATCH sedangkan ianya adalah merupakan satu kes yang sangat serius dan kami juga meminta agar Ketua Polis Negara memberikan kerjasama dengan MYWATCH dalam usaha membenteras jenayah dan korupsi.

JINGGA 13 Malaysia akan terus memberikan sokongan serta komitmen kepada mana-mana pihak khususnya orang-orang perseorangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MYWATCH untuk terus membuatkan pendedahan jenayah dan korupsi tanpa prejudis ke arah negara Malaysia yang tercinta .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia