Thursday 1 May 2014

Video Pergelutan Antara Unit Amal & Antifa di Dataran Merdeka!!

Sekumpulan anak muda bertopeng berpakaian serba hitam, yang menggelar diri mereka sebagai "Antifa", telah menendang jurugambar Xin Hua ketika mahu mengambil gambar mereka.

Mereka telah berarak di Jalan Raja selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa perhimpunan anti-GST telah berakhir.

Seorang anggota kumpulan tersebut telah bertindak melontar batang kayu bendera ke arah jurugambar tersebut.

Dalam satu insiden lain sebelum ini, kumpulan remaja yang sama terlibat dalam pergelutan dengan anggota Unit Amal PAS di di Jalan Raja, di mana pemimpin Jingga 13, Fariz Musa, terperangkap di tengah-tengahnya.

Turut berada di situ ialah ahli-ahli Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM) dan kumpulan lain, yang menggelar diri mereka sebagai "Geng Kotak".

Anggota Unit Amal membuat benteng di situ ketika orang ramai menolak ke hadapan, membaling botol air dan terbabit dalam pergelutan dengan ahli-ahli Jingga 13, yang cuba untuk menenangkan mereka.

The Star online melaporkan bahawa kumpulan itu tidak berpuas hati kerana anggota Unit Amal menghalang mereka ke Dataran Merdeka. ~ Malaysiakini!