Tuesday 1 April 2014

FARIZ MUSA BERTANDING KETUA CABANG PEKAN, PERTAHANKAN KERUSI MPP



Pengerusi Jingga 13 Sdr. Fariz Musa yang juga bekas calon PR di Parlimen Pekan di dalam PRU 13 yang lalu bersetuju untuk menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Cabang Pekan pada MATC yang bakal diadakan tidak beberapa lama lagi. Sdr Fariz Musa juga dikatakan akan pertahankan jawatan Ahli MPP yang disandangnya pada pemilihan yang lepas.

Keputusan itu diambil adalah sebagai membuktikan komitmen beliau untuk tidak berundur dan terus lawan di kubu kuat Umno/Bn iaitu kawasan PM, Najib Razak.  Amat sukar untuk mencari tokoh yang bersedia diletakkan di kawasan 'nahas' itu tetapi selaku orang lama di dalam Reformasi beliau tidak pernah gentar untuk berdepan dengan orang nombor satu Umno/Bn itu.  Selain dari menawarkan diri bertanding di Cabang Pekan, Sdr Fariz Musa juga menawarkan diri untuk mempertahankan Kerusi MPP di dalam pemilihan parti kali ini.

Selaku tokoh yang sanggup menawarkan bakti di Pekan, tentulah beliau mengharapkan sokongan penuh dari seluruh ahli KEADILAN di Negeri Pahang ini khususnya untuk beliau mempertahankan Kerusi MPP.