Saturday 22 March 2014

SPR masih Macai BN?

Barisan Nasional melanggar Akta Pilihanraya untuk N25 Kajang 

SPR sebelum ini pernah menguatkuasakan sub Section 26(1) a Akta Kesalahan Pilihanraya 1994 yang menetapkan penggunaan apa-apa logo selain daripada logo parti yang bertanding adalah tidak dibenarkan sama sekali
2.  
     Logo 1 Malaysia telah digunakan oleh Barisan Nasional dalam setiap kempen PRU & PRK –PRK termasuk PRK N25 Kajang seolah olah dipandang ringan oleh SPR sehingga logo BN & 1 Malaysia dicantumkan dan dipamerkan serta digunakan semasa PRU & PRK.

Persoalannya : Apakah tindakan  Pengarah SPR  N25 Kajang terhadap logo 1 Malaysia yang digunakan oleh BN?

“Isunya disini ialah yang bertanding ialah BN bukannya parti 1 Malaysia”

Tindakan BN ini seolah-olah tidak pernah dan tidak akan menghormati akta-akta yang mereka sendiri tentukan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya!
























Thursday 20 March 2014

Tragedi FMFA: Calon MCA Kajang menuding jari tanpa akal

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

20 Mac 2014

Tragedi FMFA: Calon MCA Kajang menuding jari tanpa akal

JINGGA 13 Malaysia menyelar kenyataan Calon MCA di DUN N25 Kajang, Datin Paduka Chew May Fun yang jelas menuding jari tanpa menggunakan akal apabila menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Selangor sebagai punca insiden kematian 6 remaja dalam sambutan Future Music Festival Asia, (FMFA) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sepertimana laporan The Malay Mail Online berjudul "Pakatan To Blame For Drug Deaths At Music Festival Says MCA's Chew" di pautan 
http://m.themalaymailonline.com/index.php/malaysia/article/pakatan-to-blame-for-drug-deaths-at-music-festival-says-mcas-chew .

Kenyataan beliau memperlihatkan sifat peribadi beliau yang suka menuding jari secara sembarangan apabila mengaitkan Kerajaan PR Negeri Selangor dengan tragedi itu, sedangkan seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa penganjuran FMFA sebuah program yang mendapat sokongan dan dokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau.
 
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah menyempurnakan majlis pelancaran senarai artis FMFA 2014 pada 17 Oktober 2013. Malah Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menganggap FMFA 2014 sebagai acara penting Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ia merupakan penganjuran yang mendapat dokongan dan sokongan Kerajaan UMNOBN melalui Program Transformasi Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Razak.

Penganjuran FMFA tersebut bukan sahaja menjana ke arah keruntuhan moral generasi muda Malaysia , malah telah mengakibatkan kematian dan memperlihatkan penggunaan dadah di kalangan generasi muda secara berleluasa dan ternyata penganjur dan kerajaan UMNOBN wajar bertanggungjawab .

JINGGA13 Malaysia mendesak agar Datin Paduka Chew May Fun memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan PR Negeri Selangor di atas kenyataan liar dan tidak beretika tersebut , malah mengaitkan dengan isu yang tiada kaitan iaitu kewujudan rumah urut dan cybercafe di Selangor. 

Datin Paduka Chew May Fun harus  sedar rumah urut dan cybercafe wujud sejak zaman Kerajaan Barisan Nasional memerintah Negeri Selangor. Malah polisi Kerajaan PR Negeri Selangor tidak meluluskan penubuhan rumah urut dan cybercafe baru sejak mengambilalih Kerajaan Negeri Selangor. JINGGA13 Malaysia mencabar Datin Paduka Chew May Fun membuktikan kenyataan beliau.

JINGGA13 Malaysia menyeru seluruh pengundi Kajang MENOLAK Calon BN N25 Kajang Datin Paduka Chew May Fun  kerana telah mempamerkan sikap sebenar beliau yang sanggup mengeluarkan kenyataan dan tuduhan sesuka hati serta memutarbelitkan kenyataan semata-mata untuk menang dalam Pilihanraya Kecil N25 Kajang. Sudah pasti sikap yang sama akan dilakukan kepada rakyat Kajang sekiranya beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang.

Rakyat Kajang tidak memerlukan seorang wakil rakyat yang tiada integriti dan kredibiliti seperti Datin Paduka Chew May Fun.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia

Merangkap

Penyelaras NGO
PRK N25 Kajang
Parti Keadilan Rakyat

Tuesday 18 March 2014

DS NAJIB DAN DS HISAMUDIN WAJAR LETAK JAWATAN SEGERA , SISTEM KESELAMATAN NEGARA YANG GAGAL DAN CUBAAN KAIT DS ANWAR TIDAK MASUK AKAL

kenyataan media
JINGGA13 Malaysia

18 Mac 2014

DS NAJIB DAN DS HISAMUDIN WAJAR LETAK JAWATAN SEGERA , SISTEM KESELAMATAN NEGARA YANG GAGAL DAN CUBAAN KAIT DS ANWAR TIDAK MASUK AKAL

JINGGA 13 Malaysia mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Dan Pemangku  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hisamuddin Hussein meletakkan jawatan segera kerana GAGAL dalam menangani kehilangan kapal terbang MAS MH370 yang sudah 8 hari hilang tanpa ada satu kesahihan yang jelas oleh Kerajaan Malaysia.

Sehingga sekarang , rakyat Malaysia dan khususnya ahli keluarga penumpang dan krew kapal terbang Boeing 777 tersebut masih dalam kebinggungan apakah sebenarnya status kehilangan MH370 dan masih GAGAL dikesan ternyata benar-benar memperlihatkan kegagalan kerajaan dalam menangani insiden tersebut dengan pelbagai spekulasi dan persepsi.

Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hisamuddin Hussein ternyata dilihat tidak mampu mendepani kes tersebut secara serius dan telah menjejaskan maruah dan imej Negara di mata masyarakat antarabangsa dan memperlihatkan keselamatan negara yang rapuh, dan kemampuan menangani krisis yang sangat lemah dan menjadi ejekkan dan ditertawakan oleh antarabangsa.

JINGGA 13 Malaysia kesal dgn tindakan dan cubaan untuk menjadikan juruterbang MH370 tersebut sebagai "kambing hitam" sebagai menutup kelemahan kerajaan dan keselamatan negara serta mengambarkan tindakan desperado kerajaan yang ingin menutup perkara yang sebenar daripada rakyat malah tidak masuk akal apabila cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam insiden kehilangan MH370 tersebut.

JINGGA 13 juga mempersoalkan tindakan pihak keselamatan yang ingin mengenalpasti para penumpang , di mana mereka akan disiasat dan ini menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakyat iaitu di atas prinsip dan kapisiti apa para penumpang tersebut perlu disiasat ? Rakyat Malaysia tidak bersalah , isu yang perlu diperjelaskan oleh kerajaan ialah berkaitan penggunaan passport palsu yang memperlihatkan kegagalan sistem keselamatan negara sehingga meloloskan pemilik passport palsu masuk dan keluar daripada negara dengan cukup mudah.

JINGGA 13 Malaysia benar-benar bersimpati terhadap keluarga mangsa kehilangan MH370 dan mengharapkan agar misteri kehilangan kapal terbang tersebut akan segera terjawap dan kesemua penumpang dan krew selamat dan pulang ke pangkuan keluarga tersayang yang sedang kesedihan dan kebinggungan daripada trauma yang sedang mereka hadapi.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia