SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Saturday, 8 March 2014

BLACK7 : JINGGA 13 BANTAH KEPUTUSAN ZALIM TERHADAP DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

8 Mac 2012

BLACK7 : JINGGA 13 BANTAH KEPUTUSAN ZALIM TERHADAP DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

JINGGA13 Malaysia melahirkan kekecewaan dan membantah  keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang telah membenarkan rayuan pendakwaraya dan seterusnya mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan. Kami berpendapat keputusan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira keraguan yang wujud ke atas sampel DNA serta fakta-fakta berkaitan yang dikemukakan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang lalu.

JINGGA13 Malaysia juga mempersoalkan tindakan mahkamah yang tidak membenarkan pegawai penyiasat yang mengendalikan kes tersebut iaitu Jude Blaciose Pereira untuk  dipanggil semula oleh pihak pembelaan .Ternyata ianya telah menafikan hak tertuduh bagi mempertahankan dirinya daripada dakwaan tersebut.

Keputusan yang dibuat kelmarin juga seolah-olah menggambarkan dendam kesumat politik berterusan pemerintah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlaku sejak lebih 15 tahun yang lalu.
Ini adalah merupakan titik hitam kepada sistem perundangan di Malaysia dan merupakan satu penghinaan kepada badan kehakiman yang sepatutnya bebas daripada dikuasai oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan peribadi.

JINGGA 13 Malaysia juga ingin mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa dakwaan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim janganlah dilihat sebagai isu peribadi beliau dan keluarganya semata-mata. Bahkan ianya adalah merupakan isu seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana jika sekiranya pemerintah yang ada sekarang ini tergamak melakukannya ke atas mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia , apatah lagi kita sebagai rakyat marhaen yang tidak pernah mempunyai apa-apa kedudukan?

Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim ini perlu dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang parti politik sebagai satu titik tolak ke arah membebaskan institusi  kehakiman negara kita daripada cengkaman para penguasa yang zalim. Selagimana institusi dan sistem kehakiman negara kita masih berada di bawah cengkaman pemerintah, maka selagi itulah keadilan sebenar tidak akan mampu dicapai.

JINGGA 13 Malaysia bersama seluruh cawangan Jingga 13 di seluruh Malaysia menyatakan pendirian bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam mengharungi musibah besar yang berlaku ke atas beliau dan juga ahli keluarga beliau. Kami yakin seluruh rakyat Malaysia akan bersama-sama menyokong sebarang bentuk tindakan yang diambil bagi membantah kezaliman yang berlaku  di dalam negara ini. Kita mesti berani berubah demi sebuah Malaysia yang baru.

MUAFAKAT*PRIHATIN *BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Kenyataan Bersama Pakatan Rakyat

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT
8 Mac 2014

Enam tahun selepas berlakunya gelombang 8 Mac 2008, UMNO-Barisan Nasional telah kehilangan sokongan rakyat. Pakatan Rakyat pula jelas muncul sebagai kuasa yang terus mengancam hegemoni UMNO-Barisan Nasional.

Walaupun UMNO-Barisan Nasional terus hilang sokongan, namun keangkuhan dan kedegilan mereka berterusan, yang ditunjukkan melalui keengganan melakukan reformasi tulen ke atas institusi-institusi penting negara termasuklah institusi kehakiman. Hal ini kerana ianya satu-satunya jalan yang menjamin kelangsungan UMNO-Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.

Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap sdr Karpal Singh di bawah Akta Hasutan merupakan bukti terang bagaimana UMNO-Barisan Nasional terus menyalah guna institusi kehakiman.

UMNO-Barisan Nasional tidak pernah belajar daripada hukuman rakyat bermula sejak peristiwa 1998, justeru mereka mengulangi kesilapan tersebut ke atas kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini.

Kami yakin pengorbanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak akan sia-sia. Pengorbanan ini akan membuka mata rakyat, menyemarakkan semangat dan melonjakkan sokongan segenap lapisan masyarakat untuk bersama Pakatan Rakyat demi melakukan perubahan.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini telah membuat ketetapan bahawa:

1)  Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir untuk Pembukaan Parlimen dan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung pada 10hb Mac 2014;

2) Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan hadir di Parlimen pada 11hb Mac 2014 sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman, solidariti untuk sdr Karpal Singh, dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

Dato’ Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS

Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi DAP

Pesawat MAS terhempas di Laut China Selatan !

KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu

Fariz Musa is still waiting for you to join Twitter...

 
Top corners image
     
 
   
 
 
 

Fariz Musa is still waiting for you to join Twitter...

 
 
Accept invitation
 
     

Friday, 7 March 2014

ISU MOU AIR: KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS PRESIDEN PAKATAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA
7 Mac 2014

Pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 6 Mac 2014, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memberikan penjelasan kepada pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Dato' Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan saya sendiri.

Seusai mesyuarat tersebut, Majlis Presiden telah sebulat suara menyatakan sokongan pada dasarnya kepada usaha Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menstruktur semula industri air negeri Selangor.

Di dalam mesyuarat tersebut, pimpinan Pakatan Rakyat telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi serta memberikan nasihat dan pandangan bagi memastikan proses penstrukturan industri air ini memberikan pulangan dan natijah yang terbaik kepada Kerajaan Negeri Selangor serta rakyat Selangor, termasuk perkara-perkara yang disentuh di dalam MOU di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

Oleh itu, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan bahawa Kerajaan Negeri Selangor di dalam konteks penstrukturan industri air ini akan terus mendapatkan maklum balas daripada satu jawatankuasa khas Pakatan Rakyat yang diwakili Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Satu persetujuan juga telah dicapai untuk melibatkan Tn Tommy Thomas, pakar perundangan, di dalam proses ini sebagai wakil bebas yang mewakili rakyat Selangor bagi memastikan perjanjian yang kukuh di sisi undang-undang menjaga kepentingan rakyat Selangor.

Mereka akan bertanggungjawab bekerjasama dengan Kerajaan Selangor di dalam pelaksanaan penstrukturan industri air ini termasuklah menyemak dan memberi maklumbalas kepada perjanjian-perjanjian yang bakal ditandatangani oleh Kerajaan Selangor di dalam isu ini.

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN

Thursday, 6 March 2014

Malaysian prosecutors appeal against Anwar Ibrahim acquittal - the guardian

Malaysian prosecutors appeal against Anwar Ibrahim acquittal

Former deputy PM, who remains potent threat to ruling coalition, spent six years in prison charged with sodomy and corruption.

Malaysian prosecutors have begun their appeal against the acquittal of opposition leader Anwar Ibrahim on a charge of sodomy, a case that international human rights groups have condemned as politically motivated.

A verdict by the court of appeal could come in days or weeks, legal experts say, just as Anwar tries to win a local election this month that many expect to pave the way for him to run Selangor, Malaysia's richest and most populous state.

The charismatic Anwar, 66, remains a potent threat to the Barisan Nasional coalition led by the prime minister, Najib Razak, leading a three-party opposition that has made deep inroads into the BN's parliamentary majority in the past two national elections.

If convicted of sodomy, the former finance minister and deputy prime minister would be disqualified from holding political office in the Muslim-majority country and face a jail sentence of up to 20 years and whipping.

His legal team plans to appeal against a conviction and is likely win a stay of the sentence, lawyers say. But the case will keep Anwar's legal problems in the spotlight during his latest political gambit, which promises to give him a formidable power base ahead of the next election, which must be held by 2018.

Anwar was arrested in 2008 on charges of having intercourse "against the order of nature" with an aide. He had already spent six years in prison on sodomy and corruption charges after he was sacked as deputy prime minister in 1998 and lost his status as heir apparent to the then prime minister, Mahathir Mohamad.

He was acquitted of the latest charge in January 2012 due to doubts over whether DNA samples tendered by police as evidence were contaminated.

"By continuing this political motivated persecution, it's clear that PM Najib and his government are determined to remove Anwar from the political scene by hook or by crook, even if that involves dragging the Malaysian judicial system into the mud," Phil Robertson, deputy director of Human Rights Watch's Asia division, said in a statement.

The prime minister's office did not immediately respond to request for comment.

Anwar's defence has been dealt a series of setbacks in recent weeks, which lawyers and rights groups have said raises doubts over whether he will receive a fair trial.

It failed in three attempts to disqualify the lead prosecutor, Shafee Abdullah, arguing that the lawyer's strong links to the ruling party – the United Malays National Organisation (Umno) – would hurt the chances of a fair trial.

Shafee has denied opposition allegations that he conspired with the government to end Anwar's political career. But he has not denied being present during a 2008 meeting between Najib and Saiful Bukhari Azlan – the aide Anwar is accused of "forcibly sodomising" – which lawyers said raised questions of a conflict of interest.

"To me, that is enough to show that you are in some way partisan," said Andrew Khoo, co-chair of the Malaysian Bar Council's Human Rights Committee.

"For the judges to say that doesn't matter, or that doesn't prejudice anything, to me is really odd."

Najib's ruling coalition slumped to its worst election showing last May, though Anwar's alliance failed to repeat the massive gains it made in 2008 polls that deprived the BN of its two-thirds parliamentary majority for the first time.

Last year's election result has heightened ethnic tensions in the multiracial south-east Asian nation, emboldening conservatives in the ethnic Malay Umno party after minority ethnic Chinese largely deserted the ruling coalition.

After failing in his bid to dispute the election result, Anwar announced in January that he would run for a seat in the state assembly of Selangor, an industrial hub and crucial electoral battlefield neighbouring the capital Kuala Lumpur.

Many analysts see the move as a bid by Anwar to take over the chief minister job in the opposition-controlled state, although he has refused to confirm the speculation.

http://www.theguardian.com/world/2014/mar/06/malaysian-prosecutors-appeal-opposition-anwar-ibrahim

Wednesday, 5 March 2014

EKSKLUSIF! JAM TANGAN DS ANWAR IBRAHIM SEMPENA PRK KAJANG!

DAPATKAN JAM TANGAN EKSKLUSIF DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA PRK KAJANG DENGAN HARGA RM 40 + RM 5 ( KOS POS ) !

Hubungi Sdr MK  - 0129478034 (HP) atau +60129478034 (what'sup)

Tuesday, 4 March 2014

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR - Rafizi

Penstrukturan industri air di Selangor dan Lembah Klang bakal menjadi salah satu dari projek yang ditanggung dana awam yang terbesar dalam tempoh 10 tahun akan datang.
 
Sebagai seorang yang sebelum ini paling lantang mengkritik apabila perjanjian konsesi dan perjanjian kerajaan dirahsiakan, saya berhadapan dilemma besar apabila Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai penstrukturan air yang isi kandungannya dirahsiakan dari rakyat.
 
Pada masa yang sama, saya telah mendapat satu salinan softcopy MOU itu pada hari Khamis 27 Februari 2014. Salinan itu diperolehi melalui Puan Arfaezah Aziz, Setiausaha Akhbar Menteri Besar. Melalui beberapa sumber, saya telah mengesahkan bahawa MOU yang ditandatangani adalah MOU yang sama dengan salinan softcopy yang saya perolehi.
 
Oleh itu, atas dasar prinsip ketelusan dan kesedaran (a matter of conscience) saya telah membuat keputusan untuk mendedahkan MOU ini. Ada beberapa persoalan besar yang perlu diperjelaskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang bersabit dengan kepentingan awam.
 
Adalah menjadi harapan saya MOU dan komitmen yang dimeterai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini bolehlah dibahaskan dengan seobjektif mungkin demi menjamin kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia amnya.
 
Urusniaga Dibiayai Rakyat
 
Keseluruhan urusniaga jual beli aset air dan pajakan aset air yang terlibat di dalam penstrukturan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh dana rakyat.
 
Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) akan membeli aset air ini dari Kerajaan Negeri dan pemegang konsesi sedia ada. Pembelian oleh agensi Kerajaan Persekutuan ini akan dibiayai melalui penerbitan bon yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam erti kata lain, ia samalah dengan Kerajaan Persekutuan berhutang untuk membayar pemegang konsesi sedia ada.
 
Oleh sebab itulah, harga pampasan dan pembelian yang dibayar kepada pemegang konsesi adalah cukup sensitif kerana ia bersamaan dengan tanggungan hutang baru yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih tinggi harga pampasan dan pembelian itu, maka lebih untunglah pemegang konsesi dan lebih tinggi hutang negara yang ditanggung rakyat.
 
PAAB kemudiannya akan memajak pula aset air ini (empangan, loji rawatan, sistem paip dan lain-lain) kepada syarikat baru yang dilantik sebagai operator selepas penstrukturan. PAAB akan mengenakan bayaran pajakan tahunan (annual lease charges) ke atas operator ini. Lebih tinggi pinjaman yang ditanggung PAAB (dijamin Kerajaan Persekutuan), maka lebih tinggilah bayaran pajakan tahunan yang dikenakan ke atas operator kerana PAAB perlu mengumpul dana untuk membayar balik hutang.
 
Lebih tinggi bayaran pajakan tahunan, maka lebih tinggi kos yang ditanggung operator. Ini bermakna operator tiada pilihan lain kecuali menaikkan tarif air di Selangor untuk menanggung kosnya termasuk bayaran pajakan tahunan kepada PAAB.
 
Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung kos pembinaan Projek Langat 2 melalui kaedah yang sama dan melibatkan dana awam, maka lebih tinggi kos Projek Langat 2 makin tinggilah hutang negara dan tarif air yang ditanggung rakyat.
 
Oleh itu, harga pampasan kepada pemegang konsesi sedia ada akan membawa kesan yang besar kepada rakyat melalui:
 
1.      Hutang negara yang diambil oleh PAAB dan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan (ditanggung oleh rakyat)
2.      Kenaikan tarif air akibat bayaran pajakan tahunan yang lebih tinggi (ditanggung oleh rakyat)
 
Kesan isi kandungan MOU
 
Saya khuatir isi kandungan MOU adalah berat sebelah yang berpihak kepada Kerajaan Persekutuan dalam beberapa aspek.
 
Projek Langat 2: Mengikat hanya di pihak Kerajaan Negeri
 
Pertama, keseluruhan dokumen itu adalah satu memorandum persefahaman sahaja yang tidak mengikat, kecualilah yang bersabit dengan kelulusan serta merta Projek Langat 2.
 
Rujuk Artikel 5(b) di dalam MOU yang secara jelas menyebut bahawa tanggungjawab Kerajaan Selangor ialah “memastikan bahawa semua kelulusan serta kebenaran yang berkaitan atau perlu (sama ada sedia ada dikenal pasti atau yang berbangkit atau susulan) berhubung pelaksanaan LRAL2 daripada Kerajaan Negeri Selangor atau pihak-pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah bersifat mengikat dan tidak boleh batal(binding and irrevocable) dan berkuat kuasa sepenuhnya dalam apa jua keadaan dan tidak boleh ditarik balik, dibatalkan, digantung atau diubahsuai melainkan atas permohonan atau permintaan Kerajaan Persekutuan.”
 
Pada masa yang sama, semua tanggungjawab Kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan air hanyalah satu persefahaman yang tidak mengikat di sisi undang-undang. Tidak ada satu artikel lain pun di dalam MOU itu yang dirujuk sebagai mengikat (binding and irrevocable) kecualilah Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2. Malah Artikel 5(b) ditulis khusus dalam konteks kelulusan Projek Langat 2.
 
Dari MOU itu, jelas bahawa Kerajaan Negeri telah pun memberi Kebenaran Merancang secara serta merta (rujuk Artikel 5(a)) dan semua kebenaran lain termasuklah pengambilan dan pendaftaran tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh MOU.
 
Ini bermakna, Kerajaan Selangor seolah-olah melepaskan satu-satunya senjata yang ada untuk berdepan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Projek Langat 2 tanpa mendapat apa-apa komitmen yang mengikat dari Kerajaan Persekutuan.
 
Dengan lulusnya Projek Langat 2, kedudukan Kerajaan Selangor untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu penstrukturan air adalah tempang.
 
Tidak menyentuh mengenai pemegang konsesi sedia ada
 
Kedua, MOU itu langsung tidak merungkai masalah terbesar yang selama ini membantutkan rundingan penstrukturan air iaitu keengganan pemegang konsesi sedia ada terutamanya Puncak Niaga dan Syabas menerima harga tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Selangor.
 
Di dalam MOU, tidak ada satu artikel pun yang merujuk kepada persoalan ini. Ia hanya disebut secara tidak langsung di dalam Artikel 3 iaitu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memudahcara (facilitate) penstrukturan melalui peruntukan undang-undang, itu pun tidak mengikat kerana ia hanya satu persefahaman.
 
Ini bermakna, walaupun Projek Langat 2 telah diluluskan, status rundingan dengan pemegang konsesi adalah di takuk lama iaitu belum selesai. Tawaran yang dibuat Kerajaan Selangor perlu dijawab oleh pemegang konsesi menjelang 10 Mac 2013.
 
Jika pemegang konsesi bersetuju, rakyat perlu tahu secara terperinci harga tawaran akhir da nisi kandungan perjanjian untuk menilai kenapakah pemegang-pemegang konsesi ini tiba-tiba bersetuju kalau harga tawaran tetap sama, sedangkan mereka menentang selama ini.
 
Jika pemegang konsesi tidak bersetuju, maknanya Kerajaan Selangor terpaksa berunding dan mencari jalan baru kerana tidak ada komitmen yang mengikat di pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyempurnakan penstrukturan ini.
 
RM2 bilion tambahan untuk ambil alih ekuiti pemegang konsesi sedia ada
 
Ketiga, Artikel 4(iii) menyebut bahawa “ selain daripada tawaran KDEB, Kerajaan Persekutuan melalui PAAB akan menyediakan peruntukan sejumlah RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam urusan pengambilalihan ekuiti Syarikat-Syarikat Konsesi Air.”
 
Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi selain dari tawaran sedia ada Kerajaan Selangor (melalui KDEB) yang berjumlah RM9.65 bilion itu. Artikel 4(iii) juga perlu dibaca bersama dengan Artikel 4(i) yang menyentuh mengenai tawaran asal dari KDEB berjumlah RM9.65 bilion.
 
Ringkasnya, Kerajaan Persekutuan memberi persefahaman bahawa untuk mendapatkan persetujuan dari pemegang konsesi sedia ada, peruntukan tambahan sebanyak RM2 bilion akan digunakan untuk mengambilalih ekuiti pemegang konsesi. Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi, menjadikan jumlah bayaran pampasan kepada pemegang konsesi bukanlah RM9.65 bilion tetapi RM11.65 bilion (termasuk RM2 bilion tambahan).
 
Proses kelulusan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
 
Keempat, kuasa yang ada mengikut Perlembagaan Negeri adalah dimandatkan melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (EXCO). Oleh kerana MOU ini tidak dibentangkan di EXCO kerana hanya diketahui dan dimuktamadkan kandungannya hanya satu jam sebelum tandatangan (seperti kenyataan Puan Faekah Hussin yang merundingkan MOU ini), maka ia sudah tentu tidak melalui Mesyuarat EXCO.
 
Tanpa kelulusan Mesyuarat EXCO, kesahihan MOU ini boleh dipersoalkan.
 
Empat perkara di atas adalah maklumbalas yang boleh menimbulkan spekulasi dan perlu diperjelaskan secepat mungkin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Tanggungjawab saya adalah untuk memastikan rakyat tahu, seperti mana saya akan terus mendedahkan perjanjian-perjanjian lain yang melibatkan rakyat baik di pihak PR atau BN.
 
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
 
3 Mac 2014

Sunday, 2 March 2014

Bantulah Milo Kosong Kaw! Bantuan Diperlukan !

Keperitan dan penderitaan sdr Milo Kosong Kaw mengidap kanser usus membuatkan beliau tidak dapat bekerja dan menanggung kesakitan .

Kehidupan beliau makin tertekan melihat anak-anak beliau yang masih bersekolah hanya berbekalkan telur rebus , nasi yang berkuahkan kicap. Tiada duit belanja sekolah.

Kini pihak TNB memberikan tempoh sehingga 3 Mac untuk beliau membayar tunggakan elektrik berjumlah RM 990 dan syarikat air kelantan  juga meminta agar beliau melunasi bil air yang tertunggak yang keseluruhannya berjumlah RM1700. Sekiranya beliau tidak menjelaskannya akan dipotong elektrik dan air.

Kos perubatan untuk kanser yang dihidapi oleh beliau dimaklumkan oleh doktor Hospital USM Kubang Kerian ialah diantara RM25-30 ribu. Malah isteri beliau juga mengidap diabetes .

Jingga 13 merayu warga prihatin untuk dapat menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan bebanan beliau hadapi.

Mesej beliau :
"t kasih di atas keprihatinan sahabat2 dlm jingga 13 yg ingin membantu..mmg benar,amat berat utk saya meminta bantuan,dibimbangi akn dipandang negatif oleh sahabat2..dan memikirkan sahabat2 pun ada masalah dan kesempitan hidup yg tersendiri..alhamdulillah,sdh suara2 drp krajaan ngeri yg ingin membantu..tp byk prosedur yg perlu dilalui dan sdh semestinya bantuan tdk akn diterima dlm trdekat..bantuan itu jga dikhabarkan trmasuk dgn kos perubatan..apa yg sangat2 yg perlukan skrg ialah utk mnyelesaikan masalah bil letrik dan bila air yg tertunggak..phk air kelantan memberi tempoh hingga besok utk selesaikan bil2 air yg tertunggak yg berjumlah rm1700..dan phk tnb memberi tempoh sehingga 3hb mac utk selesaikan bil letrik yg tertunggak yg berjumlah rm990..kalau tdk dpt selesaikan maka kedua2 itu akn dipotong..inilah yg paling merisaukan saya..tak tergamak rasanya utk melihat anak2 mentelaah pelajaran dlm suasana bergelap dan tanpa bekalan air..kalau dpt selesaikan yg ini dulu pun,saya amat2 berterima kasih dan rasa syukur yg amat sangat..yg lain2,saya akn berusaha utk berurusan dgn krajaan ngeri dan dgn phk2 yg berkaitan..dgn kesihatan saya kini,saya tk mampu utk berjanji akn turun ke kajang pada 9hb ni..harapan saya,semoga Allah pulihkan kesihatan saya secepat mngkin supaya dpt bersama2 dgn rkn2 pd 9hb ni.."

Hubungi beliau di 019-9245698 dan bankin sumbangan ikhlas di Bank islam .. 03090020491578 di atas nama Mohr. Nizam bin  Mohd Ali.

Semoga Allah SWT membalas jua.