Saturday 22 February 2014

SOLIDARITI JINGGA13 BERSAMA SGMM DAN NGO TUNTUT MANSUH PBS

JINGGA 13 MALAYSIA turut hadir bersama dalam sidang media anjuran Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM)  sebagai tanda sokongan dan solidariti bersama dalam gerakan Mansuh PBS .

Sidang media tetsebut berlangsung di Dewan Koperasi_ Masjid Hasanah,Bandar Baru Bangi,Selangor.

Sidang media tersebut dipimpin oleh Presiden Suara Guru Masyarakat Malaysia,Cikgu Mohd Izzat Mohd Johari dan turut dihadiri Sdr. Fariz Musa (Ketua Koordinator JINGGA13 Malaysia) Sdr. Amidi Abdul Manan (Presiden ABIM),Cikgu Normala (Pengerusi Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan),Sdr Suhaizan Kayat (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) ,YB Cikgu Azman (Pengerusi Gerakan Guru Tertindas) dan wakil-wakil NGO yang menyokong Gerakan Mansuh PBS

Ketua Koordinator JINGGA13 MALAYSIA,  Sdr Fariz Musa dalam ucapannya di sidang media tersebut telah menyatakan pendirian JINGGA13 bahawa PBS adalah sistem yang ternyata gagal dan perlu dimansuhkan dan perlu kepada satu sistem yang komperhensif dan kondusif dalam mengangkat profesion perguruan dan mutu pendidikan negara agar melahirkan generasi yang mampu mengisi keperluan dan inspirasi negara.

TUNTUTAN PBS DIHAPUSKAN SERTA MERTA.

Sebab tuntutan dibuat:

1.Sikap KPM cuai,ambil ringan proses pelaksanaan PBS.

2.KPM tidak hirau segala tuntutan-tuntutan dan masalah-masalah pelaksanaan sebaliknya menyembunyikan segala masalah.

3.PBS memberi tekanan pada guru yang keterlaluan.

4.PBS suatu lonjakan besar dalam sejarah tapi pelaksanaannya amat lemah dan sentiasa berubah-ubah akhirnya kabur dan tidak tahu halatuju.

Kajian UMCEDEL PRK DUN N25 Kajang


Friday 21 February 2014

JINGGA13 BANTAH TINDAKAN ZALIM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERHADAP PENGERUSI PENAJA SUARA GURU MASYARAKAT MALAYSIA

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

21 Februari 2014

JINGGA13 BANTAH TINDAKAN ZALIM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERHADAP PENGERUSI PENAJA SUARA GURU MASYARAKAT MALAYSIA

Jingga13 Malaysia menyelar tindakan drastik dan zalim Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin mengarahkan Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang telah diarah tukar sekolah berkuatkuasa 17 Februari 2014 adalah bertujuan mengekang kebebasan bersuara bagi tujuan demi kepentingan profesion perguruan dan mutu pendidikan negara yang diperjuangkan oleh Cikgu Mohd Nor Izzat dan SGMM.

Tindakan drastik ini dibuat oleh KPM ekoran kelantangan Cikgu Mohd Nor Izzat selaku Pengerusi Penaja SGMM dalam mengkritik dan menentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2011 ternyata mempunyai banyak kelemahan dan ternyata gagal serta memberikan impak negatif kepada para guru dan murid-murid serta gerakan yang dianjurkan oleh SGMM bersama NGO yang akan diadakan pada esok 22 Februari 2014 iaitu Pehimpunan Mansuh PBS.

Jingga13 Malaysia mendesak KPM khususnya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin menarik balik tindakan zalim tersebut dan menghentikan tindakan menakut-nakut dan mengugut para guru dengan cara tindakan yang diambil terhadap hadap Cikgu Mohd Nor Izzat.

KPM sewajarnya bertindak profesional dan tidak tunduk pada mana pihak khususnya UMNO.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Ayuh! Selamatkan Pendidikan Negara!

Thursday 20 February 2014

SAH SESAT! APA LAGI JAKIM, DAKWA SEGERA MAHATHIR DAN KASSIM AHMAD

KENYATAAN MEDIA DATO' KP JAKIM BERKAITAN “ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ”

1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi 

iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an

v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadith 

vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat. 

ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih. 

iv.    adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an

vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri. 

4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

7. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam. 
8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Sekian, terima kasih.
’Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
19 Februari 2014

MEMORANDUM MEMOHON PEKENAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA MEMPERTIMBANGKAN MENANGGUH PERLANTIKAN PEHIN SERI TAIB MAHMUD SELAKU TYT SARAWAK

Tarikh : 2/19/14

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agong dan Ahli Majlis Raja-Raja yang dihomati

MEMORANDUM MEMOHON PEKENAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA MEMPERTIMBANGKAN MENANGGUH PERLANTIKAN PEHIN SERI TAIB MAHMUD SELAKU TYT SARAWAK

Kami, yang menandatangani di bawah, dengan rasa rendah diri memohon pekenan dan kebijaksanaan Duli yang Maha Mulia yang di Pertuan Agong dan seluruh Majlis Raja-raja agar dapat kiranya mengambil timbang tara supaya dapat ditangguhkan perlantikan Pehin Seri Taib Mahmud bagi mengisi kedudukan selaku Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke – 7 di atas sebab-sebab berikut:

Daulat Tuanku;

Siasatan sedang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pehin Seri di atas pertuduhan-pertuduhan salah laku yang kini masih dalam proses siasatan. Menurut kenyataan akhbar SPRM bertarikh 29 Jun 2013, siasatan tersebut sudah dilakukan dan kini menunggu sama ada pihak SPRM akan menyerahkan bukti kepada pihak pendakwa untuk meneruskan dakwaan atau terus menutup kes tersebut. Kami memahami proses dan menghormati bidang tugas SPRM sama ada mendakwa atau tidak, tetapi biarlah pekenan perlantikan tersebut hanya berlangsung setelah SPRM memberikan kata putus sama ada untuk menyerahkan bukti untuk dakwaan atau pun menutup kes.

Dakwaan terhadap Pehin Sri Taib Mahmud ini adalah serius dan melibatkan kepentingan dan keselamatan umum. Keputusan menggantung pekenan dan perlantikan Pehin Seri Menjadi TYT Negeri Sarawak ini bukan sahaja bertepatan dengan perlembagaan, bahkan bertepatan dengan semangat undang-undang.

Pihak Keadilan sanggup sekiranya ke bawah duli dan majlis Raja-Raja berkenan meneliti senarai nama lain yang lebih berkelayakan menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baru. Antaranya Tan Sri Dato Sri Abang Haji Abu Bakar bin Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, bekas menteri pertahanan atau Tan Sri Datuk Abang Haji Ahmad Urai bin Datuk Hakim Abang Haji Mohidin, bekas yang di pertua Dewan Negara adalah antara contoh nama yang boleh diketengahkan.

Kita semua adalah hamba Allah swt yang diutuskan dimuka bumi memegang sedikit amanahNya. Kami, pacal yang hina, bermohon Duli Yang Maha Mulia dan sekalian Majlis Raja-raja dapat meneliti peringatan dari Allah swt kepada kita ini dimana tidak kurang dari 56 ayat yang menyebut tentang keadilan. Suka kami bawakan satu ayat sebagai peringatan kita bersama:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(Al Maidah : 8)
Kami bermohon sembah dihadapan Duli Yang Maha Mulia dan juga Majlis Raja-raja yang bersidang agar dapat kiranya menyegerakan keputusan tindakan dan siasatan, sekiranya terdapat bukti, terhadap pehin seri bagi menamatkan polemik ini.

Akhir sekali, kami bermohon agar calon yang lebih baik dapat dilantik dikalangan rakyat Sarawak yang tidak mempunyai kepentingan politik, keraguan permasalahan jenayah dan juga mampu mentadbir dengan baik dengan adil dan saksama dan bukan dengan cara memecah belahkan kaum serta menekan lagi rakyat negeri Sarawak.

Kami pacal yang hina ini, bermohon sembah agar dapat kiranya permohonan kami ini selaku rakyat Duli yang Maha Mulia dipertimbang dan diperkenankan bagi terus memastikan kancah kekacauan dan kebobrokan yang berlaku dinegeri Sarawak ini dapat direda lantas di hapuskan.

MAJLIS PERHUBUNGAN NEGERI
PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI SARAWAK

ANWAR MB : MAHATHIR BAGAI 'CACING KEPANASAN'

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

20 Februari 2014

ANWAR MB : MAHATHIR BAGAI 'CACING KEPANASAN'

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan 'Cacing Kepanasan' apabila cuba mengaitkan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan ketakutan dan kebimbangan sekiranya Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Besar Selangor yang sudah pasti akan memberikan impak yang cukup besar kepada survival UMNO yang sudah semakin tidak relevan kepada majoriti rakyat Malaysia. 

Tun Dr Mahathir sedar strategi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui 'Langkah Kajang' adalah satu taktik politik yang tidak dijangkakan sudah pasti bakal mengundang permasalahan kepada UMNO khususnya UMNO Selangor dan lebih menimbulkan fobia kepada Tun Dr Mahathir dan UMNO apabila 'Langkah Kajang' menjadi sebagai membuka laluan kepada Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya.

Beliau harus sedar, selama 16 tahun beliau melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kabinet sejak tahun 1982 sehingga menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pernah memberikan kepercayaan kepada beliau memangku jawatan Perdana Menteri , maka tidak ada kewajaran kepada beliau untuk mempertikaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak layak menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman dalam kerajaan serta mempunyai jasa yang terhadap rakyat Malaysia.

Tindakan Tun Dr Mahathir cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu fitnah liwat sebagai satu serangan pribadi yang memperlihatkan ketandusan isu dan dendam kesumat yang tidak berkesudahan, sedangkan keputusan mahkamah telah membuktikan Datuk Seri Anwar bebas daripada fitnah terancang oleh para konspirator yang menggunakan taktik paling kotor dan jijik bagi tujuan mengaib dan menjatuhkan beliau.

Tun Dr Mahathir sewajarnya bersara daripada dunia politik dan lebih baik menumpukan kepada kesihatan dan ibadat , agar beliau terus dihormati sebagai negarawan daripada mengeluarkan kenyataan dan mencampuri politik yang sudah tidak relevan lagi bagi beliau.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia

Tuesday 18 February 2014

JINGGA13 SOKONG MANSUH PBS: HENTI JADIKAN PARA GURU DAN MURID BAHAN EKSPERIMEN

Kenyataan Media
JINGGA13 MALAYSIA

18 Februari 2014

JINGGA13 SOKONG MANSUH PBS: HENTI JADIKAN PARA GURU DAN MURID BAHAN EKSPERIMEN

Guru ialah insan yang sanggup menjadi 'lilin' demi menggapai kecemerlangan anak bangsa tanpa penat dan jemu dengan menggunakan pelbagai methodologi dan pedagogi yang tuntas dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga ibarat 'obor' yang menerangi alam, mencipta ketamadunan dan membentuk nilai akhlak serta moral agar lahir  warga bangsa yang mewarnai peradaban dan pembangunan dalam erti kata yang sebenar.

Arus masa dan kemodenan yang semakin deras menjadikan peranan guru semakin mencabar dan memaksa para guru untuk seiring dengan keperluan dan inspirasi negara. Tambahan pula, telah menjadi amanah dan tanggungjawab para guru agar melahirkan warga bangsa yang mampu mengisi kehendak dan keperluan negara.

Namun, setiap kali berlaku perubahan kepimpinan negara terutama Menteri Pelajaran maka berlaku perubahan polisi yang dilihat terus menjadikan para guru dan murid sebagai bahan ujikaji atau eksperimen. Setiap kali pelbagai sistem dan pendekatan baru diperkenalkan untuk diimplimentasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran serta pengurusan pendidikan maka setiap kali itulah juga skop kerja guru semakin bertambah.

Guru semakin tertekan apabila bukan sahaja berdepan dengan metodologi baru tetapi turut disaratkan dengan tugasan yang menjadikan guru bukan sahaja menjalankan tugas sebagai pendidik tetapi turut menjadi 'kerani'  iaitu menghadapi karenah merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem
komputer berpusat. Sistem komputer ini pula rangkaiannya terlalu lemah sehingga menyebabkan guru-guru terpaksa menunggu sehingga jam 4.00 pagi untuk mengisi data yang dikehendaki. Dan seawal 6.00 pagi akan ke sekolah pula.

Ternyata dengan terlaksananya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2011 telah menghilangkan keseronokan , menyesak serta memberikan stress kepada guru dan erti sebagai pendidik mula berubah . Guru lebih fokus kepada pengisian evidens dan murid-murid tidak dapat diukur secara telus tahap penguasaannya.

Bukan sahaja para guru dibebani dengan tambahan kerja malah  turut memberikan kesan besar kepada para murid yang tidak lagi mempunyai kompiten dan komitmen kerana sistem PBS tidak berasaskan kepada peperiksaan dan sudah pasti melahirkan murid-murid yang tiada halatuju dan lemah daripada jasmani,emosi,rohani dan intelek. Murid bersikap sambil lewa kerana mereka tahu tiada peperiksaan yang akan dijalani malah  tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid juga semakin lemah.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin terus dilihat gagal untuk menunjukkan keprihatinan malah menjadikan para guru dan murid sebagai bahan eksperimen sedangkan sistem PBS ternyata mempunyai kelemahan yang sangat ketara dan wajar dimansuhkan demi meningkatkan mutu pendidikan dan keprihatinan terhadap para guru. Negara perlu melahirkan para cendekiawan dan bukan semata bertumpu kepada generasi yang hanya mempunyai kemahiran tetapi minimum pengetahuannya. 

Ternyata Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-55 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) membuktikan kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran dengan slogan “sistem pendidikan terbaik di dunia” ternyata hanyalah bersifat retorik semata-mata. Ini juga membuktikan sistem PBS tidak memberikan kesan membanggakan dan ternyata gagal.

Pendidikan negara terus dijadikan modal politik semata-mata oleh Kerajaan UMNOBN malah Bajet 2014, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan RM54 bilion atau 21% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan negara, menjadikan kementerian terbesar dalam aspek penerimaan dana setiap kali belanjawan negara diluluskan ternyata natijahnya tidak setimpal dan memberikan impak yang mengecewakan dan meletakkan standard pendidikan negara ditahap yang memalukan di mata dunia. Kerajaan UMNOBN ternyata menggunakan pendidikan untuk mempropagandakan agenda politik Barisan Nasional dan tindakan ini wajib dihentikan.

Apa yang dilihat polisi pendidikan hanya untuk perniagaan dan memperkayakan kroni setiap kali memperkenalkan sesuatu kaedah untuk digunapakai oleh para guru dan murid. Bukannya berlandaskan kepentingan mutu pendidikan tetapi untuk mengaut keuntungan daripada setiap tender dan kontrak berlandaskan setiap kaedah dan sistem baru yang diperkenalkan dan akhirnya para guru dan murid menjadi mangsa.

JINGGA13 Malaysia menyatakan sokongan kepada usaha yang dilakukan oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang terus konsisten memperjuangkan nasib para guru di seluruh Malaysia , dizalimi oleh sistem yang terus mengekang maruah dan kredebiliti para guru dan mengadaikan mutu pendidikan negara.

JINGGA13 Malaysia menyeru para guru,ibu bapa dan pejuang pendidikan untuk bersama-sama menyertai HIMPUNAN 222 MANSUH PBS pada 22 Februari 2014 di Masjid Bandar Baru Bangi pada jam 1 hingga 4 petang atas solidariti bersama membantah perlaksaan PBS oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mansuhkan segera PBS dan satu sistem yang lebih komprehensif dan kondusif perlu dilaksanakan agar menggangkat mutu profesion perguruan dan melahirkan generasi yang terbilang berteraskan pendidikan yang cemerlang.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia

Sunday 16 February 2014

TV3 KANTOI ! MENIPU DAN TERUS MENIPU RAKYAT MALAYSIA

TV3 terus menjadi media propaganda UMNO dan sanggup menipu rakyat Malaysia kononnya UMNO telah menghantar bantuan kepada mangsa banjir yang berpunca daripada empangan Padas terlampau penuh menyebabkan air deras di Crocker Range mengakibatkan banjir di Tenom dengan menggunakan VISUAL LAMA BERTARIKH  29.5.2007 !

Tahun 2011 , Jingga13 pernah buat laporan polis terhadap laporan  pembohongan TV3 . Jingga 13 Malaysia: ARKIB JINGGA 13 : Berita 'murtad' TV3 palsu ...

Laporan Buletin TV3 berkaitan bantuan UMNO di Tenom dengan menggunakan rakaman video lama membuktikan TV3 adalah alat propaganda UMNO yang tiada kredibeliti dan integriti.
Memual dan memalukan!