Saturday 15 February 2014

Kekangan Media Cetak dan Penyiaran Berlarutan Dalam Era Internet

Semalam , laporan yang dikemukakan  oleh  Wartawan Tanpa Sempadan di Perancis telah mendedahkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2014 merosot dua anak tangga lagi sehingga ke147 daripada 180 negara yang tersenarai , dan mencatatkan rekod terburuk dalam sejarah Negara . Malahan , kedudukan Malaysia dilangkaui oleh Myanmar yang dianggap sebagai negara demokrasi terburuk di kalangan Negara ASEAN oleh Perdana Menteri  ,  Datuk Seri Najib Tun Razak .

Pada hari yang sama dengan pengumuman Indeks Kebebasan Media , rakaman temubual dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim , yang bakal bertanding di kerusi DUN Kajang dalam Pilihan Raya Kecil pada 23 Mac 2014 turut dilarang penyiarannya di stesen radio perniagaan BFM oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ( SKMM ) . 

Ini bukan kali pertama BFM dilarang daripada menyiarkan program mereka . Terdahulu , stesen itu telah beberapa kali dipanggil penyelia SKMM yang mengawal semua program yang disiarkan . Walaupun  rakaman  temubual  tersebut  kini  boleh  dimuat turun daripada laman web BFM , larangan penyiaran masih membawa implikasi yang tidak boleh dipandang kecil .

Pengumuman tersebut sekali gus mencalar air muka Perdana Menteri yang cerah berseri , yang pernah menyatakan bahawa kononnya Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia . Ironinya , transformasi dasar kerajaan UMNOBN yang dikatakan menghala ke arah demokrasi, sebenarnya berputar balik ke arah autoritarian , malahan berunsurkan Mahathirisme ? 

Pengamatan badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan ( KPRU ) mendapati bahawa hakikat dukacita yang dialami oleh Najib ialah , tampuk  pemerintahannya  tidak dapat digenggam kuat tanpa diteruskan legasi negatif yang ditinggalkan oleh bekas Perdana Menteri ,Tun Mahathir Mohammad , yakni kekangan ketat terhadap media tradisional (baca: bukan media atas talian) termasuk media cetak dan penyiaran .

Tanggal 11 Februari 2014 , Menteri Dalam Negeri membatalkan permit pencetakan bagi FZ Daily-hanya beberapa jam selepas penerbit The Edge Communications Sdn Bhd mendapatkan kebenaran untuk  memulakan  prosiding  ke atas  Kementerian  Dalam Negeri (KDN) kerana menangguhkan kelulusan awal permit tersebut . FZ Daily digantung sebelum sebarang penerbitan dilakukan , dan ini memperbaharui rekod di mana pada tahun 2002 , akhbar Bahasa Cina Oriental Daily digantung pada hari keluaran sulungnya . Difahamkan bahawa FZ Daily telahpun memohon permit pencetakan sejak tahun 2008 , sehinggalah 20 Ogos tahun lepas , permohonannya diluluskan dan diberi permit , tetapi ditarik balik selepas seminggu permit dikeluarkan .

Pada 9 Februari 2014, Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) menggantung penyiaran sitcom popular Cina “ Kopitiam 88 ” dengan  alasan  bahawa  program tersebut menampilkan pelakon yang terbabit dalam video parodi Tahun Baru Cina Teresa Kok . 

Tambahan pula , Lim Chin Miau , di antara tiga pelakon yang terlibat dalam video parodi tersebut , dipanggil polis untuk menjalankan soal siasat hampir dua jam semalam pada 12 Februari . Dua orang pelakon lain turut dipanggil untuk membantu siasatan ke atas video Teresa Kok Bertajuk "Onedeful Malaysia CNY 2014” itu .

Tindakan menggantungkan penyiaran itu telah menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat , kerana tidak adil sama sekali menjatuhkan hukuman awal walaupun siasatan masih dijalankan dan belum dimuktamadkan . Gerakan Media Marah (GERAMM), khususnya , menyatakan bahawa “ Kopitiam 88 ” dihukum sebelum diadili dan diputuskan bersalah .

Pada Disember 2013 lalu , akhbar mingguan The Heat digantung serta-merta oleh KDN tanpa penjelasan yang munasabah . Secara umumnya , tindakan KDN tersebut dipercayai disebabkan oleh artikel muka hadapan pada The Heat isu 23 – 29 November , berhubung perbelanjaan ghairah Najib dan karenah isterinya , Datin  Seri Rosmah  Mansor susulan perdebatan hangat di Parlimen . Penggantungan tersebut ditarik balik pada 27 Januari , selepas lebih daripada sebulan diarah dihentikan penerbitannya ,bawah tekanan GERAMM .

Apa yang juga amat dikesali , adalah berhubung dengan permit penerbitan akhbar Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) , sama ada tabloid Bahasa Melayu Suara Keadilan , mahupun tabloid Bahasa Cina Gong Zheng Bao (GZB) hingga hari ini masih tidak diberi permit penerbitan .Begitu juga portal berita atas talian Malaysiakini yang berhasrat menerbitkan akhbarnya turut ditolak KDN meskipun mahkamah membenarkan . Meskipun rayuan KDN seterusnya ditolak, Malaysiakini masih tidak diberikan kelulusan untuk menerbitkan akhbar .

Tindakan menindas media dan menyekat kebebasan media sesungguhnya bukan sesuatu yangjarang berlaku di tanah air yang diperintah oleh kerajaan UMNO-BN lebih daripada separuh abab . 

Rakyat jelata tidak akan terkejut dengan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media yang semakin tergelongsor jauh ke lurah , namun ini tidak bermakna sekatan kebebasan media adalah sesuatu yang dibiarkan , mahupun diizinkan . Khususnya , apabila kerajaan berasa kedudukannya semakin tergugat , penghuni kota dan  bandar semakin bijak mempersoalkan , maka tindakan menyekat media traditional , terus menjadi kelaziman , supaya penghuni desa dan kampung dapat dipertahan sebagai kubu kuat sebuah rejim kuno. 

Peranan media traditional dalam era Internet

Sedangkan kerajaan Najib dengan muka temboknya berkeras menyatakan bahawa pihaknya bertoleransi dengan media, kononnya “media di Malaysia tidak pernah sebebas ini” dan Malaysia menikmati media atas talian yang pelbagai dan terbuka . KPRU berpendapat , tahap kebebasan media tidak wajar diukur hanya bertapakkan premis kehadiran media atastalian yang berkepelbagaian , tetapi harus diambil kira perkembangan dan kawalan ketat terhadap media traditional .

Populasi Malaysia terkini mencatat sejumlah 29.6 juta, sementara pengguna internet ialah 17.5 juta . Menurut statistik Julai 2013 , pengguna laman sosial popular Facebook mencatat 13.3 juta . Statistik ini menunjukkan bahawa lebih kurang separuh daripada populasi Malaysia masih belum lagi atau tidak mengakses kepada internet di samping bilangan pengguna pasif Facebook yang dianggap besar jumlahnya .

Maka , betapa luasnya pengaruh internet dan telah merebak seperti yang diperkatakan , adalah sukar untuk menafikan kepentingan media traditional. Apa yang harus diberi penekanan di sini ialah , media cetak dan penyiaran  masih memainkan  peranan yang tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh dinafikan bahawa ia merupakan sumber informasi dan berita yang utama sekali , khususnya di kalangan masyarakat desa dan pedalaman . Inilah faktor utama media traditional senantiasa dijadikan sasaran kawalan dan penindasan , lantas menjurus kepada berleluasanya pengamal media traditional menjalankan penapisan dalaman . 

Kini semakin jelas kerajaan Najib masih mengenggam kuat Akta Mesin Cetak & Penerbitan, dan tidak sanggup memansuhkan akta tersebut , biarpun beberapa pindaan dibuat , termasuk menyentuh kuasa mutlak menteri dan semakan kehakiman .

Sebagai kesannya , berita berhubung dengan kritikan kerajaan , sama ada diujar oleh Pakatan Rakyat ( PAKATAN ) atau pertubuhan bukan kerajaan yang kritikal terhadap pentadbiran kerajaan Najib , adalah begitu jarang berpeluang muncul pada muka hadapan akhbar , ataupun berita televisyen prime time . Pemimpin-pemimpin PAKATAN juga tidak diberi peluang untuk berucap atau memberi penjelasan berkenaan dengan isu-isu utama dalam televisyen , biarpun semasa kempen pilihan raya.

Di manakah transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri ? Sesungguhnya , inilah landasan transformasi yang berpatah balik ke zaman Mahathir , di mana  media cetak  dan penyiaran dikawal ketat secara berterusan . Perbezaannya , Najib bukan seorang Perdana Menteri yang berkuasa secara mutlak seperti bekas Perdana Menteri dan tindakan mengekang media tradisional dilakukan secara halus berseliputkan retorik transformasi. 

***Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)

Thursday 13 February 2014

RAYU BANTUAN KEWANGAN UNTUK BANTU IBU KEPADA SDR KHAIRIL

Seorang anggota AMK Perak, Sdr Kyril, dalam kesusahan. Ibu beliau masuk hospital kerana kanser serius dan beliau sudah 4 bulan mengambil cuti sepenuh masa untuk menjaga ibu beliau. Sekarang beliau menghadapi kesulitan untuk menampung kos rawatan ibu dan sara diri beliau . 

Jingga13 merayu bantuan daripada warga prihatin agar dapat bantu beliau , sila masukkan ke join akaun bersama bapanya. 

Ini no akaun CIMB 08170085807526 di atas nama khairil azhar /Khairuddin.

Masukkan sahaja tanpa perlu maklum pada beliau atau boleh hubungi beliau di +60102324481 

Terima kasih di atas sumbangan kepada beliau, semoga Allah SWT membalas jua.

**YB MP Parlimen Lumut telah turut membantu beliau,tetapi sebagai MP yang tidak mempunyai budjet sudah pasti tidak mampu membantu sepenuhnya. Mohon tidak ada yang bersikap negatif.

***Jingga13 mengambil inisiatif ini atas prinsip Prihatin dan tanpa pengetahuan beliau. 

Bantulah ibu Sdr Khairil

Rakyat Kajang JOM!

Wednesday 12 February 2014

Bolehkah guru terus menjadi lilin? - Dr Agus

Oleh : PROF MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF

10 Februari 2014

TANGGUNGJAWAB guru dalam membangunkan generasi besar sekali.

Di sekolah, guru mengajar, menjadi kerani, mengisi data dan maklumat murid, menjadi jurulatih, dan pelakon di pentas. Pun begitu, guru tetap seronok dengan tugas mereka.

Namun, dengan terlaksananya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada tahun 2011, keseronokan guru berubah.

Guru tidak senang dengan PBS bukannya kerana beban tugas yang bertambah, tetapi tidak tahan dengan karenah merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem
komputer berpusat.

Ini kerana sistemnya lembab dan selalu tergantung.

Keadaan inilah yang menyebabkan terdapat guru yang bangun sebelum Subuh sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data ke dalam sistem PBS kementerian.

Kementerian menyedari rungutan guru ini dan berjanji untuk mengatasinya pada April 2014 nanti.

Maka, guru diminta bersabar. Pun begitu, terdapat guru yang hilang sabar.

Pada 22 Februari ini, sekumpulan guru yang menamakan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) merancang untuk mengadakan bantahan di Putrajaya.

Persoalannya, mengapa mereka mahu mengadakan bantahan ini?

Apa masalahnya dengan sistem PBS ini? Perlukah sistem ini diteruskan atau
dihapuskan?

Bagi saya, sistem ini mempunyai banyak kelemahan yang mewajarkan Kementerian melihat semula pelaksanaannya?

Apa kelemahannya? Saya perturunkan hujahnya di bawah.

Masalah dengan sistem PBS?

1. Sistem ini tiada peperiksaan akhir tahun dan tiada peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR. Jika tanpa peperiksaan, bagaimana menilai pencapaian murid? Bagaimana ibu bapa dapat mengetahui pencapaian anak mereka?

2. Sistem ini tidak sesuai dilaksanakan selagi nisbah guru-murid dan kemudahan sekolah bandar-luar bandar tidak seimbang. Di sekolah pedalaman misalnya, bagaimana mereka mahu mendapatkan kemudahan internet untuk merekodkan maklumat pelajar?

3. Sistem ini memerlukan kemudahan sekolah yang mencukupi. Bagaimana melaksanakannya dengan baik jika mendapatkan kertas dari pejabat
sekolah pun sukar? Tinjauan saya mendapati guru membeli sendiri
kertas, pencetak dan toner yang diperlukan mereka.

4. Cara pembahagian band tidak konsisten. Guru-guru sendiri mengakui
hal ini dengan mengatakan sistem ini sebenarnya tidak jujur; adakalanya mereka terpaksa meluluskan band setiap pelajar atas dasar simpati dan hendak mengejar band.

5. Sistem ini menyebabkan tugas utama guru mengajar menjadi semakin kurang kerana masa banyak ditumpukan kepada merekodkan maklumat pelajar dan membuat kerja-kerja perkeranian. Jika macam ini, bagaimanakah kita boleh menghasilkan insan yang cemerlang?

6. Sistem ini mewujudkan murid dan pelajar yang malas membaca, malas berusaha, malas berfikir dan hilangnya sifat ingin berlumba menjadi yang terbaik. Ini kerana murid-murid tidak lagi mempunyai tekanan untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan.

Ibu bapapun tidak ghairah lagi untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Bila malas berfikir, malas mengulangkaji, maka apa hasil cemerlangnya dengan sistem ini?

Mengatasi kelemahan PBS?

Hujah di atas menunjukkan kelemahan sistem PBS. Bagi mengatasinya saya
mencadangkan dua perkara.

Pertama, sistem peperiksaan berpusat UPSR dan PMR perlu diadakan semula. Bagi saya buatlah sistem PBS atau apapun, tetapi jangan hapus bentuk peperiksaan yang sedia ada sekarang.

Pelajar perlu dinilai, bukan sahaja untuk mengetahui tahap pencapaian mereka, tetapi untuk mereka mempunyai semangat berlumba, dan juga untuk membolehkan ibubapa menilai prestasi anak mereka.

Saya menekankan keperluan peperiksaan ini kerana saya tidak mahu melihat pelajar menjadi semakin malas dan tidak suka berfikir.

Bagi saya, UPSR dan PMR sudah elok, cumanya jika hendak menilai kedua-dua aspek akademik dan kokurikulum, buatlah 50 peratus peperiksaan dan 50 peratus kokurikulum dan kerja kursus, selesai masalah.

Kedua, jika sistem ini mahu diteruskan juga, maka guru-guru perlu diberikan pembantu untuk merekodkan data kerana tanggungjawab utama guru adalah mengajar.

Guru perlu diberikan kembali keseronokan mereka mengajar tanpa dibebankan dengan kesibukan mengisi maklumat dalam komputer.

Semoganya dengan mengembalikan keseronokan mengajar guru, maka guru kekal menjadi lilin yang menerangi perjalanan generasi akan datang. Amin

Sunday 9 February 2014

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim ???

http://jahaberdeen.blogspot.com/2014/02/yab-datuk-seri-anwar-ibrahim.html?m=1

This blog's readers will immediately realise that this is the first time I am mentioning the name of Anwar Ibrahim on this blog.  I have been avoiding mentioning his name for reasons of my own for almost 8 years but when the political realities itself keep pushing him forward despite the odds stacked against him, then  we have to address that.

Without doubt, Anwar Ibrahim will win in the Kajang By-Election. I will be surprised otherwise.  The are several reasons why he will win:

1) BN image nationwide is still negatively perceived generally despite whatever it is doing
2) BN has not been successful in managing its political image in the country
3) UMNO itself is still very fragmented with powerful groups within tussling for real control and power
4) too many sensitive issues not properly addressed by the Government
5) there is a general feeling that there is no leadership in the country - though this may not be true but that is the all round perception that is left unaddressed.
6) UMNO bloggers do not have the effective  ability to confront the Pakatan perception machinery - there may even be a descend to vulgarity, profanity and arrogance which people are sick of.

BN's biggest problem in becoming strong again is none other than UMNO.  UMNO, despite all it's rhetoric appears not to want to change. In terms of how it handles it's political problem. They are trapped in the nostalgia of total control which the laws and the circumstances of the country allowed them before 2004.

UMNO has weakened considerably since 1998 and the one chance they had in 2004, they blew it in 2008 primarily because of the political fight between Tun Abdullah and Tun Mahathir.  It is no use for UMNO to deny that there was a concerted nationwide attempt and effort to weaken UMNO by UMNO big guns throughout 2004 to 2008 to oust Tun Abdullah.

Unfortunately for UMNO, there has been no radical and fundamental steps taken to cure UMNO from this internal political virus that is still plaguing UMNO.  Admittedly it is a daunting task but a task that must be undertaken if UMNO wants to regain its former glory. However, this is not done. Hence, UMNO seems directionless in giving a political direction to the Malays in particular and to the Malaysians in general.

With such a virus affecting UMNO, does Pakatan really need to embark on a major election campaign to win the by-election? I think not.

Imagine the horror that awaits BN should Anwar win the by-election with an impressive majority?

Imagine the horror that awaits BN should Anwar become the YAB Chief Minister of Selangor?

I think I will not be exaggerating to say that if Anwar becomes the CM, he may even outshine the PM on various issues because Anwar has the politically ability to do what it takes.

At the end of the day, people like winners.

So, UMNO better be forewarned.