Saturday 8 February 2014
ORANG UMNO,PEKIDA ,PERKASA BACA KOMEN NI! BIAR CERDIK SKIT!
KPRU: ‘Kajang Move’ kickstarts PAKATAN’s Road to Putrajaya 2.0
* Think tank Political Studies for Change (
Friday 7 February 2014
Membeli Sambil Membantah Kenaikkan Harga Barang!!
Segala maklumat mengenai aktiviti Jingga13 Malaysia ada di laman blog rasmi Jingga13 -www.jingga13Malaysia.blogspot.com & page Jingga13Malaysia <==like page!
Marilah membeli sambil membantah kenaikkan harga barang. Terima kasih.
Sebarkan.... ~Bantah Barang Naik - BBN
TAHNIAH RAKYAT! 14 LEBUHRAYA TOL TIDAK NAIK !
KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 lebuhraya, yang sepatutnya menaikkan kadar tol pada tahun ini, tidak akan berbuat demikian berikutan keputusan kerajaan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.
Berikutan keputusan tiada kenaikan tol itu, syarikat konsesi layak mendapat pampasan kira-kira 400 juta, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kementerian akan membuat kajian menyeluruh berhubung konsesi tol sedia ada dalam konteks jangka panjang, dengan mengkaji terma yang boleh dipersetujui bersama dengan pihak konsesi berkaitan kutipan tol.
"Kementerian akan memperincikan beberapa opsyen seperti penstrukturan semula kadar tol dengan kos operasi, kos penyelenggaraan, jumlah trafik, keuntungan atau kerugian syarikat serta kemudahan yang disediakan bagi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya," katanya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tahun ini dan kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat.
Fadillah berkata kementerian juga akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat konsesi untuk berbincang lebih lanjut berhubung penemuan dan cadangan Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin mengenai isu tol.
Beliau berkata kementerian turut akan mengadakan rundingan bersama dengan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi.
Katanya rundingan itu bagi mencari kaedah penyelesaian jangka pendek, sederhana dan jangka panjang berkait dengan lebuh raya sekali gus memberi pakej 'menang-menang' kepada semua pihak iaitu kerajaan, rakyat, syarikat, pelabur serta pemberi pinjaman.
14 lebuhraya yang tiada kenaikan tol:
1. Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (Akleh)
2. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint)
3. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
4. Lebuhraya Storm Water Management and Road Tunnel (Smart)
5. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk)
6. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
7. Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas)
8. Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
9. Lebuhraya Shah Alam-Kuang (GCE)
10. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
11. Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
12. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
13. Lebuh Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
14. Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke)
Sumber - BERNAMA
LUMUR DARAH AYAM : JINGGA13 MINTA RAKYAT TOLAK HASUTAN KUMPULAN PELAMPAU RASIS DAN DESAK POLIS AMBIL TINDAKAN
JINGGA13 MALAYSIA
Thursday 6 February 2014
ANWAR: KONSENSES NASIONAL BUKAN "BUNGA-BUNGA" KERAJAAN PERPADUAN
Gesaan berterusan Pakatan Rakyat supaya diadakan dialog bi-partisan bagi membincangkan isu-isu nasional yang dihadapi negara bukan merupakan "bunga-bunga" kepada pembentukan sebuah kerajaan perpaduan, tegas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika tidak, katanya, beliau tidak akan pergi ke negeri Selangor - merujuk kepada pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan ditandinginya.
"Parameter (dialog itu) sangat jelas - jaminan perlembagaan dan memberi keyakinan kepada rakyat... berdasarkan kepada jaminan ini.
"(Ia akan membabitkan) isu-isu perkauman, agama, ekonomi, jenayah dan rasuah - tidak lebih dari itu ," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Anwar, ini telah menjadi matlamat akhirnya sejak tawaran Pakatan kepada BN untuk konsensus nasional itu, pertama kali dibuat Ogos lalu.
Mengesahkan spekulasi yang tersebar, beliau menjelaskan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution telah bertindak sebagai utusan untuk menyampaikan mesej dalam satu pertemuan peribadi dengan wakil BN yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Ya, menang ada pertemuan antara Saifuddin dan Zahid, tetapi hanya untuk menyuarakan (isu-isu) ini... kerana (BN) bertanya sama ada kita serius atau ini hanya gimik politik," kata Anwar.
Katanya, mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan mengkaji tawaran konsensus nasional itu dan bahawa beliau telah mengadakan "perbincangan peribadi yang panjang lebar" dengan penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu .
Majlis kepimpinan Pakatan mengambil pendirian untuk terus menggesa supaya dialog itu diadakan walaupun "mengetahui bahawa BN hanya akan menolaknya dan akan ada puak (Umno) yang menentangnya".
PENJELASAN ISU PECAT STAF PKNS
Kenyataan Media
PENYUSUNAN SEMULA ORGANISASI SUMBER MANUSIA PKNS UTAMAKAN PERKHIDMATAN CEKAP DAN "VALUE FOR MONEY"
5 FEB 2014
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulangkan semula sejumlah 20 anggota PKNS Holdings kembali kepada anak syarikat perbadanan itu.
Keputusan tersebut dibuat dalam satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus PKNS yang mengutamakan perkhidmatan cekap dan "value for money".
Perkhidmatan 20 anggota berkenaan di PKNS telah dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 bertujuan untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa Bahagian baharu di PKNS antaranya Pemasaran, Pembangunan Bisnes, Strategi & Media, Pelaburan; dan Pengurusan Organisasi & Integriti.
Walaubagaimanapun, setelah mengkaji keputusan tersebut, PKNS berpandangan tiada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai tersebut memandangkan kepakaran dan pengalaman yang sama sudahpun sedia ada di kalangan pegawai tetap di PKNS.
Sehubungan itu, anak syarikat PKNS; PKNS Holdings telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing.
ISHAK HASHIM
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
BAGI PIHAK PENGURUSAN PKNS
------------------------
Isu Penamatan Pekerja Kontrak PKNS Holding
1. Mereka adalah pekerja kontrak. Tamat september 2014. Mereka bukan pekerja tetap pkns. Gaji mereka tiga kali ganda dari gaji staf biasa pkns. Untuk yang dua tahun bekerja, gaji mereka mencecah RM15, 000 sebulan.
2. Kontrak mereka ditamatkan awal dan mereka diberi compensation sebulan/dua bulan gaji mengikut perjanjian masing2.
3. Ia proses biasa dan tiada unsur2 salah laku. Mereka boleh ambil tindakan undang2 jika tidak berpuashati dengan prosidur berkenaan.
NGO NEKAD DEDAH 'DIARI JAMBU' UMNO DI PRK KAJANG
6 FEBRUARI 2014 |
Pasar Awam Permatang Pauh
9.362 ekar tanah milik 31 Melayu dekat Kampung Terang, Balik Pulau telah dibeli oleh Syarikat Maison Height Sdn. Bhd..
Pemilik asal hanya diberi bayaran 10 peratus sahaja pada 4 Oktober 2010, tetapi, Maison Height didaftar sebagai pemilik tanah yang baru pada 31 Januari 2012 kononnya selepas pembayaran penuh RM8.5 juta dibuat kepada mereka yang berwajib.
Maison Height pada 16 Mei 2012 menjual pula tanah itu kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. dengan nilai RM13.5 juta.
Ertinya, tak sampai empat bulan sudah untung atas angin kira-kira RM5 juta dengan tipu 31 Melayu di negeri ini.
Ini antara inti 'Diari Jambu' yang akan kami, beberapa NGO dedah di PRK Kajang nanti.
Sebagai pemulaan, kita akan turut mulakan dengan satu himpunan solidariti di Queensbay Mall pada Sabtu ini jam 4.00 petang untuk edar 'Diari Jambu' ini.
Umno Permatang Pauh, khususnya Ketua Bahagian tidak perlu berlagak suci untuk memfitnah Ahli Parlimen Permatang Pauh, melainkan jawab isu pengkhianatan Umno ke atas Melayu Pulau Pinang juga.
Lawan!
Yang berani,
JINGGA 13
LANG-GAR 901!
HAPUS
BARA
PAHLAWAN
SKUAD
Wednesday 5 February 2014
Asal-Usul Kajang: PR Wajar Ambil Ikhtibar
Tuesday 4 February 2014
PAS PUSAT DAN SELANGOR BANTU PRK N25 KAJANG
Kenyataan Media Presiden PAS
Selasa 4 Februari 2014
Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya pada jam 9.00 malam, Isnin 3 Februari 2014 bertempat di Pejabat Agung PAS Pusat. Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kawasan Dewan Undangan Negeri N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan ADUN Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.
Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini. Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu YB Dr Mohd Hatta Ramli pula dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK ini. Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit.
Mesyuarat juga merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami. Beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan. PAS mendesak agar pihak Tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS