Saturday 1 February 2014

DAP SOKONG ANWAR DI KAJANG

GEORGE TOWN: The DAP will fully back Anwar Ibrahim if he wants to replace incumbent Khalid Ibrahim as Selangor Menteri Besar after the Kajang by-election.

In saying this, DAP national chairman Karpal Singh declared his party’s full backing for the parliamentary Opposition Leader Anwar to win the Kajang state seat.

Being a former deputy premier and current Selangor economic advisor, Karpal said Anwar was the ideal man for the top political job in Selangor.

“The DAP fully supports Anwar to contest and win the Kajang seat. We will back him if he aspires to be the next menteri besar.

“He has his rights to become the menteri besar. As it is now, he is already the Selangor economic advisor.

“So he is no stranger to the top job. It’s just a step up,” Karpal told FMT when contacted here today.

Speaking on the issue for the first time, Karpal said Permatang Pauh MP Anwar had his rights and was the right man to contest the Kajang seat.

He also clarified that PKR supremo Anwar’s Kajang foray had been endorsed collectively by all Pakatan Rakyat allies.

Thursday 30 January 2014

TAKTIKAL PERCATURAN YANG MEMEGUN LAWAN !

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Saya tidak pasti sama ada Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pernah bermain catur atau tidak, ataupun beliau sememangnya pemain catur professional.

2) Dalam permainan catur professional, 'pawn' tidak akan dikorbankan tanpa sebarang hasil kepada strategi. Berbeza dengan catur yang dimain oleh orang kampung, mengorbankan 'pawn' adalah perkara biasa. Kau makan aku, aku makan kau balik.

3) Pemain catur professional tidak akan mengorbankan 'pawn' secara sia-sia. Pasti ada langkah seterusnya yang boleh mengikat pergerakan lawan, ataupun mengucar-kacirkan strategi lawan. Sekalipun hanya 'pawn' terkorban, musuh akan tersentak dan berfikir panjang apa yang akan berlaku seterusnya.

4) Sayugia, Adun Kajang adalah 'pawn' yang dikorbankan dalam percaturan terbaru. DSAI dianggap pencatur professional oleh lawannya. Lawan DSAI juga adalah professional, bukan pencatur kampung. Biasanya pencatur kampung memandang sinis dengan terkorbannya satu 'pawn'. Tetapi pemain catur lawan DSAI ini memilih untuk berhati-hati. Tidak membuta-tuli untuk mengikut rentak catur DSAI.

5) Buktinya, sehingga hari ini SPR masih kelu. PERKASA belum bersuara. Dato Seri Najib juga masih berstatus tunggu dan lihat. Hanya juak-juak kecil mereka sahaja yang bersuara mengkritik DSAI. Muhyiddin juga mengeluarkan kenyataan selamat. Nyata mereka terkejut dan terkedu sejenak dengan tindakan DSAI - mengorbankan pawn secara percuma.

6) Pelbagai andaian dibuat oleh penyokong PR dan BN. Ada yang mengatakan ia adalah poliking yang membazir duit rakyat. Ada pula yang menyindir DSAI tidak dapat jadi PM, jadi MB Selangor pun jadilah. Ada yang mengancam untuk memboikot PRK Kajang. Ada yang bersetuju langkah ini sebagai menyelamatkan Selangor, supaya tidak jatuh seperti Kedah. Ada pula yang terkial-kial membuat fiqh muwazanat untuk menghalalkan tindakan DSAI. Ada yang secara sinis berkata - keputusan multaqa ulamak pas benar - kaji semula hubungan dengan PKR.

7) Jika dilihat sebagai percaturan politik, saya lebih cenderung untuk menyokong strategi DSAI. Musuh sudah tercari-cari formula untuk terjemahkan percaturan ini. Mereka hanya meroyan dengan kempen Anwar mahu jad MB Selangor. Walhal belum tentu DSAI bertanding, jika bertanding menang, belum tentu jadi MB. Setahu saya, sejak dahulu hingga hari ini, belum pernah DSAI bercita-cita untuk jadi MB Selangor. Tetapi meroyannya mereka ke arah itu, cuba menggambarkan DSAI gila kuasa. Biarkan.

8 ) Namun jika dilihat sebagai mata kepala rakyat marhaen, memang tidak patut. Rakyat diasak bertubi-tubi dengan masalah keewangan, masalah kenaikan harga itu ini, tiba-tiba terpaksa bertarung dalam satu lagi PRK. Politiking lagi! Jika ada strategi hebat sekalipun, rakyat tidak memandang ke arah itu. Mereka terkejut kerana pilihanraya kecil secara tiba-tiba, tanpa ada kematian. Mungkin penduduk Kajang berbeza pandangan, memandangkan laba-laba besar bakal turun ke tempat mereka.

9) Pemuda PAS Selangor mengancam untuk memboikot PRK Kajang. Mungkin ini adalah manifestasi kekecewaan terhadap strategi yang dilaksanakan itu tidak diberitahu mereka, ditambah pula mereka bersama dengan rakyat marhaen melihat isu ini. Marah tidak salah. Tetapi mengancam untuk memboikot itu agak keterlaluan, seolah-olah Pemuda PAS Selangor yang membuat keputusan, bukan PAS Pusat.

10) Apa pun yang berlaku, kita berharap ia adalah batu loncatan untuk kepentingan rakyat. Saya pernah diberitahu oleh seorang mentor suatu masa dahulu, bahawa dalam negara kita, ada tiga pemimpin yang genius saling boleh membaca strategi antara satu sama lain. Ustaz Fadzil Noor, Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim. 

11) Ustaz Fadzil Noor dapat membaca strategi Dr mahathir. Dr Mahathir dapat membaca strategi Anwar Ibrahim. Dr Mahathir memerlukan Anwar Ibrahim untuk menterjemah strategi Ustaz Fadzil.

Perginya Ustaz Fadzil, meninggalkan Anwar dan Dr Mahathir dan Anwar bercakaran. ustaz Fadzil sudah memberi amaran kpd Anwar bahawa percaturannya masuk ke dalam UMNO adalah langkah yang silap. Ustaz Fadzil Noor tahu silat pencak Dr Mahathir yang Anwar tak nampak. Akhirnya Ustaz Fadzil betul, Anwar dikhianati. Kini Anwar sekali lagi berdepan dengan Dr Mahathir melalui proksinya - Najib.

Najib sedang berdepan dengan Anwar - yakni anak didik Ustaz Fadzil dan Dr Mahathir. Sehingga kini Najib masih membisu.

Umno & BN Buta Sejarah!!


Mudahnya umNO lupa..

BN sendiri pernah membubarkan kerusi dan menyebabkan SPR terpaksa mengadakan satu pilihan raya kecil di Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada 29 Mei 1997 bagi membolehkan Tan Sri Abu Hassan Omar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib!. Tak membazir ke? Tak salah ke?

Tapi bila PKR membubarkan kerusi N25 DUN Kajang dan mencalonkan DS @anwaribrahim bertanding di sana.. bukan main marah lagi menteri2 dan macai2 umNO kata membazirlah!! salahlah!!
 Sah Melayu umNO sudah nyanyuk & Buta Sejarah!!!

BELAJAR DARIPADA ISU PRK KAJANG?

PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk pihak dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR  dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14.

BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan.

Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan. Utk rekod beliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor.

PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri.

Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik.

Harun Mohamad
YDP PAS Kota Melaka

Wednesday 29 January 2014

Jingga 13 sokong Anwar calon PRK DUN Kajang

Jan 28 2014 / Keadilan Daily

JINGGA13 Malaysia merakamkan rasa hormat terhadap keputusan drastik yang dilakukan oleh Sdr CC Lee yang telah bertindak melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan N25 Kajang di atas prinsip kepentingan bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat Selangor adalah satu sikap yang wajar dipuji dan dihormati.

Jasa dan perkhidmatan Sdr CC Lee kepada rakyat DUN N25 Kajang sepanjang beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sudah pasti tidak akan dilupakan oleh rakyat Kajang khususnya .

Kekosongan N25 Kajang yang bakal berdepan Pilihanraya Kecil sudah tentu memerlukan seorang tokoh yang bukan sahaja mampu untuk mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Rakyat tetapi untuk memastikan agar mampu merubah lanskap politik di Selangor demi kepentingan rakyat DUN Kajang dan khususnya negeri Selangor Darul Ehsan.

Di atas prinsip tersebut JINGGA13 Malaysia menyatakan pendirian dan sokongan setinggi-tingginya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang juga merangkap Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihanraya Kecil N25 Kajang .

JINGGA13 Malaysia yakin sosok dan ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pengalaman dan kemampuan beliau akan mampu memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat di N25 Kajang serta bersama-sama pimpinan dan rakyat Selangor bagi meneruskan agenda reformasi ke arah kemajuan dan pembangunan negeri Selangor serta mengangkat kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor agar Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan terus kukuh dan utuh.

JINGGA13 Malaysia juga menyeru kepada seluruh rakyat khususnya para pengundi N25 Kajang untuk terus memberikan sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil yang bakal ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

MUAFAKAT, PRIHATIN, BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 MALAYSIA

Tuesday 28 January 2014

JINGGA13 HORMAT DAN HARGAI KEPUTUSAN SDR CC LEE DAN PERNYATAAN SOKONGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI CALON PRK N25 KAJANG

Kenyataan Media
JINGGA13 MALAYSIA

28 Januari 2014

JINGGA13 HORMAT DAN HARGAI KEPUTUSAN SDR CC LEE DAN PERNYATAAN SOKONGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI CALON PRK N25 KAJANG

JINGGA13 Malaysia merakamkan rasa hormat terhadap keputusan drastik yang dilakukan oleh Sdr CC Lee yang telah bertindak melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan N25 Kajang di atas prinsip kepentingan  bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat Selangor adalah satu sikap yang wajar dipuji dan dihormati.

Jasa dan perkhidmatan Sdr CC Lee kepada rakyat DUN N25 Kajang sepanjang beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sudah pasti tidak akan dilupakan oleh rakyat Kajang khususnya .

Kekosongan N25 Kajang yang bakal berdepan Pilihanraya Kecil sudah tentu memerlukan seorang tokoh yang bukan sahaja mampu untuk mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Rakyat tetapi untuk memastikan agar mampu merubah lanskap politik di Selangor demi kepentingan rakyat DUN Kajang dan khususnya negeri Selangor Darul Ehsan.

Di atas prinsip tersebut JINGGA13 Malaysia menyatakan pendirian dan sokongan setinggi-tingginya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang juga merangkap Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihanraya Kecil N25 Kajang .

JINGGA13 Malaysia yakin sosok dan ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pengalaman dan kemampuan beliau akan mampu memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat di N25 Kajang serta bersama-sama pimpinan dan rakyat Selangor bagi  meneruskan agenda reformasi ke arah kemajuan dan pembangunan negeri Selangor serta mengangkat kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor agar Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan terus kukuh dan utuh.

JINGGA13 Malaysia juga menyeru kepada seluruh rakyat khususnya para pengundi N25 Kajang untuk terus memberikan sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil yang bakal ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 MALAYSIA

Monday 27 January 2014

KEMPEN BANTAH BARANG NAIK DI PROGRAM SEMPENA CNY PARLIMEN KUALA LANGAT DI BANTING

DS ANWAR TANDATANGAN BANTAH BARANG NAIK DI PROGRAM MEET ANWAR

TEAM BBN adakan kempen tandatangan di program Meet Anwar di mana DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN memberikan satu ucapan khas "Perutusan Khas Untuk Rakyat Malaysia" anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) di Sunway Resort Hotel & Spa, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 PJ, Selangor.

Kempen Bantah Barang Naik di Melaka

1780 ORANG TANDATANGAN BANTAH BARANG NAIK DI TURUN 2.0 PULAU PINANG

PERUTUSAN KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA

26 JANUARI 2014, SUNWAY HOTEL

KE ARAH SEBUAH KONSENSUS NASIONAL

1. Lebih empat bulan sudah berlalu sejak kita menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Namun menyambut hari-hari bersejarah ini kurang maknanya jika kita tidak mengamati kerangka lebih besar bagi negara kita di kala ini.

2. Perlu saya tekankan betapa pentingnya kerangka lebih besar ini.

3. Inilah sebabnya saya mengambil peluang untuk memberikan satu perutusan bukan sahaja untuk kalian yang hadir di majlis ini, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia di dalam dan juga di luar negara.

4. Yang saya maksudkan dengan 'seluruh rakyat Malaysia' adalah keseluruhan keluarga anak Malaysia - tanpa mengira kaum, agama, kumpulan budaya mahupun bahasa ibunda; tidak kira sama ada anda menetap di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak; dan tanpa mengira pendirian politik.

5. Tidak kira sama ada anda bersama Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, atau anda tidak bersama kedua-duanya, atau anda bebas ataupun menjauhi politik, saya tujukan perutusan ini kepada seluruh warga Malaysia.

6. Perutusan ini dilakar dengan penuh rasa cinta terhadap nusa dan bangsa, tanpa rasa benci terhadap sesiapa. Ianya dikarang dengan nawaitu penuh harapan, dan bukannya dipenuhi dendam kemusnahan. Ianya dikarang agar semua termasuk diri saya sendiri akan membawa intipatinya pulang dan disebarkan kepada keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, dan sanak saudara agar kita sebagai satu umat akan dapat maju ke hadapan.

7. Di awal kalam saya ada menyebut tentang menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dan bagaimana untuk memaknai hari-hari bersejarah itu. Pertama sekali, ianya merupakan sambutan hak-hak kita sebagai warga negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sebuah dokumen kenegaraan yang dipersetujui bersama oleh pimpinan negara di kala kita merdeka.

8. Perlembagaan ini bukan hanya kata-kata. Ia adalah sebuah dokumen berdaulat yang dizahirkan daripada satu persetujuan di kalangan para pemimpin yang mewakili pelbagai komuniti yang tinggal di tanah air tercinta ini.

9. Ia menjamin hak kita kepada kehidupan dan kebebasan, kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan berkesatuan. Ia menegaskan kesaksamaan rakyat di bawah naugan undang-undang dan menjamin kebebasan beragama.

10. Prinsip-prinsip ini wajib dihormati semua komuniti, sama ada mereka dari kalangan majoriti mahupun minoriti. Prinsip-prinsip ini wajib disanjung tinggi ahli-ahli politik dalam percakapan dan perilaku sama ada mereka berkuasa mahupun di kalangan pembangkang. Semua kumpulan masyarakat sivil, badan-badan bukan kerajaan, dan semua organ-organ negara wajib mematuhi hak-hak di dalam perlembagaan ini.

11. Identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum cukup terikat dengan keeratan silaturrahim di kalangan semua kaum yang tinggal di bumi tercinta ini. Jika keutuhan silaturrahim ini tercalar, maka identiti kita sebagai warga Malaysia juga bakal terhapus.

12. Maka, selepas 56 tahun merdeka pertalian silaturrahim ini bukan sahaja wujud malah bertambah kukuh dan erat. Namun, mutakhir ini, beberapa keadaan dan kejadian telah mengakibatkan silaturrahim ini, yang merupakan tiang seri identiti kita, semakin renggang.

13. Malah kejadian-kejadian ini seperti semakin menjadi-jadi hingga kelihatan seperti mampu menggugat perpaduan. Walaupun perpaduan di kalangan kita belum lagi musnah, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

14. Kita tidak boleh leka. Ini kerana kita sedang menyaksikan tindakan beberapa pihak yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa negara ke ambang kemusnahan.

15. Kita sebenarnya belum menyaksikan usaha sebegini rupa semenjak kejadian-kejadian yang berlaku sebelum tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Suara-suara kebencian dan kemarahan, suara-suara berprasangka buruk dan penuh syak wasangka, dan suara-suara kemusnahan dan kebobrokan yang cuba menghancur-leburkan keharmonian, kerjasama dan persefahaman yang telah kita bina dari runtuhan tragedi ini.

16. Saya menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit dan bersuara. Biarlah suara-suara rakyat yang penuh rasa hormat dan mahabbah, suara-suara yang penuh timbang rasa dan kepercayaan, suara-suara perpaduan dan integrasi mengalahkan suara-suara sumbang yang penuh kebencian, dendam kesumat, perbalahan dan kemusnahan.

17. Kita perlu mengubah halatuju kita dari arah polarisasi yang menjadi-jadi menuju arah penyepaduan yang lebih jitu. Kita perlu hentikan semangat perkauman yang keterlaluan, hentikan budaya menghasut persengketaan dan kebencian terhadap penganut agama, dan merapatkan silaturrahim sesama kita di dalam semangat perpaduan.

18. Para pemimpin dari kedua-dua belah pihak perlu mengenepikan isu kepartian dan menunjukkan semangat kepimpinan sejati untuk meleraikan ketegangan ini dan berusaha memperbaiki keadaan.

Konsensus nasional

19. Maka telah tiba waktunya untuk kita semua mencapai satu konsensus nasional terhadap isu-isu yang teramat penting ini yang mendatangkan impak terhadap identiti kita sebagai sebuah bangsa dan negara.

20. Dengan memegang kukuh pada semangat perlembagaan, semua pihak perlu berhenti mempersoal kedudukan utama agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

21. Dalam menegaskan kedudukan Islam dan mengakui bahawa orang Islam merupakan majoriti penduduk di negara ini, kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam sedang terancam. Kita mesti menolak tanggapan bahawa wujudnya satu konspirasi jahat untuk merubah status Islam sebagai agama bagi Persekutuan kepada satu agama yang lain.

22. Pada masa yang sama kita perlu memperakui hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan terpakai buat semua agama lain di tanah air kita. Kita adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai komuniti agama. Dari sudut ini, penganut agama Buddha, Taoisme, Kristian, Hindu, Sikh dan penganut-penganut agama etnik lain perlu diberi kebebasan untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana yang mereka pilih.

23. Dalam menuju konsensus ini, marilah kita memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang amat mustahak untuk negara kita maju ke hadapan.

24. Marilah kita bekerjasama untuk mengatasi masalah-masalah dalam isu tadbir urus, ketelusan dan kebertanggungjawapan. Tidak kira di peringkat Pusat mahupun di negeri-negeri, marilah kita menetapkan iltizam untuk menghapuskan barah rasuah yang menghantui kita.

25. Masalah kenaikan harga barang tidak mengenal batas kepartian. Oleh itu, marilah kita berganding bahu untuk meningkatkan kebajikan rakyat dan mencari jalan penyelesaian yang tidak terus mendatangkan beban.

26. Daripada kita mengutuk isu-isu keselamatan negara berdasarkan khayalan kita, marilah kita membantu pasukan polis untuk membanteras jenayah dan dengan langsungnya membuatkan tempat tinggal kita, sekolah-sekolah kita, malah pusat-pusat membeli belah kita lebih selamat.

27. Adalah menjadi tanggungjawab moral kita, khusus di kalangan kita yang telah dipilih untuk mewakili rakyat, untuk melangkaui batas kepartian dan berganjak menuju suatu konsensus nasional demi membawa Malaysia ke hadapan.

28. Tugas kita terhadap negara, yang jelas lebih mustahak dari tugas kita terhadap parti, memaksa kita memikul cabaran ini. Kita mesti mengukuhkan azam dan mengumpul keseluruhan kekuatan moral kita demi memastikan kejayaan bersama.

Terima kasih.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA