Saturday 18 January 2014

DS Anwar Ibrahim kunjungi Kem Muafakat Jingga13 Malaysia

DS Anwar Ibrahim mengunjungi komrad-komrad Jingga13 yg sedang mengadakan Kem Muafakat di Yayasan Aman,Permatang Pauh,Pulau Pinang.

Beliau sempat memberikan kata-kata perangsang kepada semua komrad dan sentiasa mengikuti perkembangan dan aktiviti Jingga13 di twitter dan Facebook.

DS Anwar Ibrahim kebetulan berada di Permatang Pauh untuk jadual kerja di Parlimen Permatang Pauh bagi menjalan tanggungjawab dan amanah sebagai Ahli Parlimen serta berjumpa dengan rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kem Muafakat Jingga 13 Malaysia di Yayasan Aman,Permatang Pauh,Pulau Pinang 02

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kem Muafakat Jingga13 Malaysia di Yayasan Aman,Permatang Pauh,Pulau Pinang 01

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 17 January 2014

KENAIKAN TAHAP INFLASI NEGARA HASIL POLISI KERAJAAN YANG MERUGIKAN RAKYAT

1. Rakyat Malaysia terus dibebankan oleh kenaikan kos barangan dan sara hidup akibat pengurangan subsidi oleh pihak kerajaan.
 
2. Pendekatan yang diambil pihak kerajaan bagi meringankan bebanan kewangannya tidak menjurus kepada pengurangan keborosan perbelanjaan mereka ataupun merawat ketirisan perbelanjaan yang jelasnya semakin membarah setiap tahun.

3. Sebaliknya, kerajaan lebih gemar menggunapakai langkah-langkah yang menekan rakyat melalui kenaikan harga barang keperluan asas serta penambahan cukai kepada rakyat terbanyak (seperti GST).
 
4. Kenaikan kos barangan dan sara hidup boleh dinilai secara kuantitatif melalui kadar inflasi yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna, CPI (Consumer Price Index).

5. Data rasmi Bank Negara menyatakan bahawa kadar inflasi negara berada pada tahap 1.2% pada bulan Disember 2012, seterusnya meningkat hampir setiap bulan sepanjang tahun 2013 kepada 1.3% pada Januari, 1.5% pada Februari, 1.6% pada Mac, 1.7% pada April, 1.8% pada Mei dan Jun dan 2.0% pada Julai 2013.

6. Menurut Monetary Policy Statement oleh Bank Negara, bertarikh 7 November 2013, CPI rasmi terkini di Malaysia telah melonjak kepada 2.6% pada bulan September 2013 berbanding 1.9% pada bulan Ogos 2013, rentetan daripada pengurangan subsidi petrol sebanyak 20 sen/liter dan kenaikan harga barang makanan.

7. Berdasarkan anggaran terkini oleh Trading Economics, kadar inflasi untuk bulan Oktober 2013 terus meningkat kepada 2.8% dan November 2013 pada 2.9%. Ini menunjukkan bahawa kadar inflasi di Malaysia telah melonjak sebanyak 2.4 kali hanya dalam masa setahun (1.2% Disember 2012 kepada 2.9% November 2013)!
 
8. Rakyat harus sedar bahawa bebanan ini dijangka akan terus bertambah apabila kerajaan melasanakan program pengurangan subsidi serta GST pada masa hadapan.

9. Kenaikan kadar inflasi yang berterusan bakal merugikan negara, terutama sekali apabila kadar inflasi naik lebih tinggi daripada kadar pertambahan pendapatan rakyat. Kerugian ini bakal menjadi kenyataan apabila rakyat terpaksa merubah gaya hidup kepada alternatif yang lebih murah secara berkekalan. Ini akan mengakibatkan penguncupan pendapatan kepada para peniaga yang akhirnya mengakibatkan penguncupan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara.  

Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Komposer Yuri Wong pencipta lagu video "Kangkung Remix feat. Najib" di tahan Polis ?????



Dimaklumkan bahawa komposer lagu "KANGKONG REMIX FEAT. NAJIB" , Yuri Wong telah ditahan oleh pihak polis gara-gara video yang kini "meletop" di alam maya , Status penahanan beliau masih menjadi tanda tanya.

JOM sebarkan video ini https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Uwy5MH14i8M! KANGKUNG DULU NAIK DAH TURUN ! KANGKUNG DULU NAIK DAH TURUN !

KEM MUAFAKAT JINGGA 13 MALAYSIA DAN JELAJAH KEMPEN BANTAH BARANG NAIK PULAU PINANG

JINGGA 13 MALAYSIA akan berkampung di Pulau Pinang bermula 17 - 19 Jan 2014 dalam Kem Muafakat Jingga 13 Malaysia di Yayasan Aman , Permatang Pauh, Pulau Pinang . Kem Muafakat adalah merupakan program tahunan bagi tujuan menjana muafakat yang lebih utuh untuk terus bergerak aktif dan efektif dalam memperjuangan isu-isu rakyat , anti korupsi dan menentang penyelewengan dana rakyat serta menjalankan aktiviti keprihatinan kepada rakyat .

Bermula 18 Januari 2014 , akan berlangsung Jelajah Kempen Bantah Barang Naik Peringkat Negeri Pulau Pinang . Lokasi-lokasi kempen akan ditentukan oleh JINGGA 13 PULAU PINANG . 

Kepada rakyat Pulau Pinang diseru bersama-sama JINGGA 13 MALAYSIA dan JINGGA 13 PULAU PINANG dalam KEMPEN BANTAH BARANG NAIK dan KEMPEN 1 JUTA TANDATANGAN BANTAH BARANG NAIK . Lokasi-lokasi , tarikh dan masa kempen akan dimaklumkan dalam blog .

Sesiapa yang berminat untuk membeli T'Shirt BANTAH BARANG NAIK boleh dibeli dengan harga runcit RM 20 di lokasi-lokasi yang akan dimaklumkan nanti . Manakala pembelian online berharga RM30 (+POS) . Sumbangan pembelian T'Shirt tersebut adalah untuk mengisi tabung pergerakan Team Bantah Barang Naik yang akan menjelajah seluruh Malaysia .

JINGGA 13 Malaysia juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menyertai Petition Bantah Barang naik di http://change.org/en-GB/petitions/rakyat-malaysia-bantah-barang-naik

Thursday 16 January 2014

LIVE! TEMUBUAL RADIO BANGSAR UTAMA BERSAMA JINGGA 13 MALAYSIA

Temubual Radio Bangsar Utama bersama Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia Sdr. Fariz Musa dan Timbalan Koordinator Kempen Bantah Barang Naik Sdr. Zainal Abidin pada 16 Januari 2014 pada jam 9 malam. 

Tajuk temubual tersebut ialah KEMPEN BANTAH BARANG NAIK dan KEMPEN SEJUTA TANDATANGAN BANTAH BARANG NAIK yang telah dilancarkan oleh Jingga 13 Malaysia . 

Wednesday 15 January 2014

KANGKUNG TURUN HARGA MASUK BBC NEWS UK!

http://m.bbc.co.uk/news/blogs-trending-25730815

#BBCtrending: Be careful what you say about spinach
By BBC Trending

What's popular and why
7 hours ago



Hundreds of joke images are being shared on social media in Malaysia


Malaysia's prime minister is being widely lampooned on social media for a comment he made about the price of kangkung, or water spinach.


Food is a faux pas minefield for politicians, especially when it's perceived as being used in a get-down-with-the-people kind of way - think of British Prime Minister David Cameron's pasty moment or Chancellor George Osborne's "posh burger" tweet. The almost inevitable response seems to be ridicule. That's where the Malaysian Prime Minister Najib Razak finds himself right now. With the government under fire because of price hikes in basics like fuel and electricity, he choose to push back by highlighting a reduction in the cost of the leafy green vegetable kangkung.

Kangkung - also known as water spinach, morning glory and Chinese spinach - is widely eaten in Malaysia, and is cooked as a stir-fry with a little garlic or chilli paste. But it's cheap, grows wild alongside streams, paddy fields and drains, and is not considered a staple. Moments after a video of the prime minister was posted making the comments, the sarcasm and jokes began to trend on social media in Malaysia. There have been hundreds of thousands of tweets, a Facebook page set up - with 10,000 followers already - a YouTube re-mix of his comments, the lyrics to popular and traditional folk songs have been re-worked, and "Keep calm and eat kangkung" T-shirts have been made and rushed to market.

"Kangkung-gate", as it's been dubbed by some, has hit a nerve because many people are struggling with the rising cost of living, and are resentful of what they regard as corruption, and lavish spending by the government. Unsurprisingly many opposition politicians - including Anwar Ibrahim - have seized on the opportunity to join in the collective fun-poking. The story has been so big on social media that many have complained of their timelines being clogged up. "This kangkung obsession is fast becoming a laughing stalk," tweeted comedian Kuah Jenhan. "Lettuce get to the root of the problem. We have mushroom for improvement."

Reporting by Cordelia Hebblethwaite

All our stories are at BBC.com/trending

Follow @BBCtrending on Twitter and tweet using #BBCtrending 

Tuesday 14 January 2014

Di Sogo,Pertama Complex dan Jalan TAR , Kempen Bantah Barang Naik

Team Bantah Barang Naik telah mengadakan Kempen BBN dengan mendapatkan tandatangan rakyat di hadapan Sogo,Pertama Complex dan Jalan TAR.

Selama hampir 2 jam,berjaya mengumpul 460 tandatangan.Terima kasih rakyat Malaysia yang menyokong Kempen Bantah Barang Naik!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.