Saturday 11 January 2014

Jom tandatangan bantah barang naik - harakahdaily

JAN 11, 2014 MUHAMMAD FAIZAL

SHAH ALAM: Jingga 13 Malaysia hari ini melancarkan kempen 1 juta tandatangan bagi membantah tindakan kerajaan yang menaikan harga minyak termasuk tarif elektrik sehingga berlakunya berlakunya rantaian kenaikan barang keperluan yang lain.

Kempen yang bermula di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan diperluaskan ke seluruh negara sehingga bulan Mac nanti.

Timbalan Koordinatornya, Amizudin Ahmat menjelaskan Jingga 13 amat perihatin terhadap kesusahan yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Katanya, atas keperihatinan tersebut tandatangan yang berjaya dikumpul ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berserta dengan memorandum sebagai tanda desakkan rakyat atas kesulitan yang mereka hadapi.

"Bermula hari ini kita memulakan kempen 1 juta tandatangan rakyat Malaysia yang membantah kenaikan harga barang.

"Kempen ini akan berterusan ke seluruh negara dan berakhir di Sabah pada bulan Mac nanti, ke semua tandatangan yang berjaya kita kumpul akan diserahkan kepada kerajaan berserta dengan memorandum bantahan," jelasnya pada sidang media.

Menurut beliau kempen ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan.

"1 juta tandatangan adalah menunjukkan protes rakyat dan kita mahu kerajaan tahu apa yang ditentang oleh rakyat akibat keputusan tersebut.

"Kita akan terus bertemu dengan rakyat dan meminta sokongan mereka melalui tandatangan agar usaha murni bantahan kenaikan harga barang ini berjaya," sambung beliau.

Menurutnya lagi, selain daripada tandatangan yang dikumpulkan secara bertemu dengan rakyat, mereka yang ingin menyertai bantahan tersebut secara dalam talian di http://change.org/en-GB/petitions/rakyat-malaysia-bantah-barang-naik.

Jelas beliau, Jingga 13 akan terus mendesak kerajaan di bawah Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan segala kenaikan kos sara hidup ini dan lebih memahami kesusahan yang dialami oleh rakyat akibat kenaikan berantai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jingga13 Selangor Lapor Polis Isu 'Fatwa' TS Harussani

Jingga13 Selangor telah membuat laporan polis terhadap TS Harussani Zakaria,Mufti Perak berkaitan kenyatan menghasut orang ramai khususnya umat Islam untuk bertindak melakukan kecederaan,keganasan dan membunuh berkaitan kenyataan beliau menuduh para demonstran pada 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka sebagai 'hala darah' atau 'bughah' ( pemberontak ).

Laporan polis tersebut dilakukan oleh Komrad Zainal Abidin bin Abu Bakar , Koordinator Jingga13 Selangor di IPD Shah Alam pada jam 10.26 pagi dan turut di temani Komrad Eja,Timbalan Setiusaha Jingga13 Malaysia dan Komrad Lan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jingga13 Malaysia Lancar Kempen BANTAH BARANG NAIK

Atas rasa keprihatinan terhadap "Kenaikan Berantai' dan kenaikan barang makanan dan keperluan yang meningkat kos sara hidup rakyat , Jingga13 Malaysia melancarkan Kempen BANTAH BARANG NAIK (BBN) .

Satu Sidang Media Pelancaran Kempen BANTAH BARANG NAIK (BBN) akan diadakan pada 11 Januari 2014 pada jam 3 petang bertempat di Perkarangan Taman Tasek Shah Alam/PKNS Shah Alam .

Sidang Media tersebut akan dipimpin Sdr. Amizudin Ahmad,Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia merangkap Koordinator Kempen Bantah Barang Naik (BBN) yang akan turut melancarkan Kempen Sejuta Tandatangan dan Petisyen Rakyat Malaysia Bantah Barang Naik.

Jingga13 menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia menyertai petition Sejuta Rakyat Malaysia Bantah Barang Naik.




Laporan Polis Terhadap TS Harussani Lagi!

Jingga 13 Selangor akan membuat laporan polis ke atas Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak berhubung kenyataan beliau mengklasifikasikan peserta demo pada 31hb di DM sbg 'bughah'.

Tempat: IPD Shah Alam
Tarikh: 11/01/14, esok (Sabtu)
Masa: Jam 10.00 pagi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 10 January 2014

Jom Sertai Petition Bantahan Barang Naik oleh Jingga13 Malaysia




Assalamu'alaikum & salam sejahtera seluruh rakyat Malaysia.


Jingga 13 Malaysia telah melancarkan Petition Bantahan Barang Naik ekoran daripada "KENAIKAN BERANTAI " oleh Kerajaan BN yang telah mengakibatkan kenaikan perkhidmatan yang memberikan impak kepada kenaikan harga barang makanan dan keperluan serta meningkatkan kos sara hidup rakyat .

JOM KLIK PADA LOGO / GAMBAR LOGO UNTUK MENYERTAI PETITION BANTAHAN TERSEBUT .

KEMPEN SEJUTA TANDATANGAN BANTAH BARANG NAIK ! 

Mesej Daripada Blogger Omakkau

BARU DITERIMA DARIPADA BLOGGER OMAKKAU

Assalam. ..omak nak mintak ampun dan maaf sekiranya ada pernah mlakukan kesalahan dlm kita bsahabat mahupun bergurau senda. Sebentar tadi doktor sahkan omak dijangkiti 2 virus sekaligus..kencing tikus dan denggi...suhu badan tk menentu dan bacaan BP tlalu tinggi...radang hati da mula myerang hati skg ni..skg keadaan sgt lemah...ampun dan maaf dipinta..sudikan la mengirimkan doa agar omak bole sembuh.. Drpd Omakkau

JINGGA 13 bersetuju untuk menguruskan bantuan kepada blogger Omakkau yang kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang .

Bagi meringankan bebanan dan membeli ubatan buat ibu tunggal ini yang turut menyara 3 orang anak beliau yang salah seorangnya OKU dan ibu beliau seorang warga emas. JINGGA 13 merayu warga prihatin untuk menghulurkan bantuan kewangan dengan bank-in ke akaun SEGERA Timbalan Setiausaha 2 Jingga13 Malaysia , Norlela bt Idris 1-623-484-54059 Maybank.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 9 January 2014

Polis akan panggil 4 penganjur himpunan TURUN

| 4:40PM Jan 9 2014

Pasukan polis mengenalpasti empat individu yang didakwa terbabit dalam penganjuran himpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata ia bertujuan membantu siasatan berhubung pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kita buka tujuh kertas siasatan, salah satu daripadanya hampir lengkap dan akan diserahkan kepada peguam negara dalam tempoh terdekat.

"Siasatan secara menyeluruh dilakukan termasuk insiden rempuhan dan individu yang menyampaikan ucapan pada malam itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Khairi juga berkata, polis menerima sebanyak 1,936 laporan polis daripada NGO dan individu yang membantah perhimpunan yang membawa isu kenaikan kos sara hidup itu.

Sementara itu, setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Edikoup Lakip berkata polis telahpun memanggil pengerusnya, Mohd Bukhairy Sofian untuk siasatan.

Katanya, polis melalui satu surat hari ini meminta Mohd Bukhairy hadir ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur untuk siasatan pada jam 3 petang esok.

Edikoup berkata, polis dalam surat tersebut turut menamakan tiga lagi NGO dengan penganjuran himpunan pada malam 31 Disember itu -- Solidariti Mahasiswa Malaysia( SMM), Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN).

SMM dalam kenyataannya menyifatkan tindakan polis itu bertuijuan untuk memadamkan momentum protes orang awam terhadap kenaikan harga barang.

"Himpunan ini himpunan  rakyat, penganjurnya juga rakyat yang hadir, bukan hanya 4 NGO yang disebut oleh polis.

"Himpunan yang sudah aman macam ini pun masih lagi mereka ingin siasat, himpunan aman macam mana yang mereka inginkan sebenarnya," kenyataan itu dipetik

- malaysiakini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa Status Siasatan SPRM Berhubung RM160juta Wang LTAT Pada Awan Megah dan Astacanggih?

Hari ini genap 1 tahun laporan SPRM oleh Jingga13 Malaysia terhadap kes isu bayaran RM160j anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada Astacanggih & Awan Megah.

Setiausaha Jingga13 Malaysia,DK Vicky telah mewakili Jingga13 Malaysia membuat laporan SPRM di SPRM Selangor,Shah Alam pada 9 Januari 2013. Berikut laporan tersebut dari Arkib Jingga 13 di http://jingga13malaysia.blogspot.com/2013/12/arkib-jingga-13-jingga-13-lapor-sprm.html?m=1 .

Semalam,8 Januari 2014,YB Rafizi Ramli telah membuat pendedahan berkaitan syarikat Awan Megah sepertimana disiarkan oleh http://m.malaysiakini.com/news/251211 yang menyatakan "Pemimpin Wanita Umno Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah pada dasarnya diberikan RM13 juta "wang percuma" ekoran kontrak "tidak sah dan batal" bagi membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) dan perjanjian tanah itu ditandatangani dengan kerajaan ".

Rentetan daripada pendedahan yang pernah dibuat oleh YB Rafizi Ramli dan laporan SPRM oleh Jingga13 Malaysia, dimanakah hasil siasatan tersebut yang sehingga sekarang SPRM terus membisu dan "menguncikan" lidah mereka.

Jingga13 Malaysia mendesak agar SPRM menjelaskan status siasatan dan satu pendakwaan perlu dilaksanakan terhadap Raja Ropiah Raja Abdullah pemilik Awan Megah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wacana Sinar Harian - KEJUTAN EKONOMI SELEPAS PRU 13

mobtv.my juga sedang membuat persiapan untuk menyiarkan secara LANGSUNG Wacana Sinar bertajuk: Kejutan Ekonomi Selepas PRU 13 -dijadual bermula selepas jam 2.30 Petang - 9 JANUARI 2014.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 8 January 2014

Kenyataan Dr Yusof Al-Qardhawi berhubung isu kalimah Allah

Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar. Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.

Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah. Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.

Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama' yang diiktiraf oleh ulama'-ulama' seluruh dunia hendaklah di hormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah 'ustaz' atau ulama' mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini.

Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.

Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam. Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun. Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.

Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia.

Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari 'International Union for Muslim Scholars' mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam. Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz 'Allah' yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.

الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة "الله" لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.
وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: "الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين".
وتابع قائلا: "ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين".
وأوضح أن "اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)".
وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: "الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق"، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: "يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب"، وتساءل مستفسرا: "لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!".
وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة "الله" للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم

Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata: "Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim. Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

Beliau menambah: "Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …) Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim".

Beliau menjelaskan lagi bahawa "perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). "

Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: "Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat," mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. Beliau berkata:"Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman "Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia" bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, " justeru beliau tertanya-tanya: "Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah 'Allah' oleh Kristian) ?!"..

Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.

Ustazengineer,
Pasir Panjang,
January 2010.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Laporan Portal Australia www.news.com.au - Malaysian Press Rallies For Freedom Decries Record Of PM Najib Abdul Razak

http://www.news.com.au/world/malaysian-press-rallies-for-freedom-decries-record-of-pm-najib-abdul-razak/story-fndir2ev-1226795251167?from=public_rss
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 7 January 2014

Jingga 13 Sarawak dan Persatuan Anak Muda Sarawak bersama lapor Polis terhadap Mufti Perak

Jingga 13 Sarawak bersama Persatuan Anak Muda Sarawak telah membuat laporan Polis terhadap hasutan oleh TS Harussani Zakarian di Balai Polis Sentral Kuching pada jam 10.12pagi.

Jingga13 Sarawak di wakili Sdr. Ramli Mahtar,Setiausaha Jingga13 Sarawak membuat laporan polis terhadap 'fatwa songsang' Mufti Perak,TS Harussani Zakaria yang telah bertindak menghasut rakyat untuk melakukan kecederaan dan membunuh.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN - BARANG NAIK

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 6 January 2014

AWAS! Akaun Fb yang mengaku ahli Jingga13


Jingga13 Malaysia mendapat info ada satu akaun Facebook bernama 'Ferlis Once' yang mengaku sebagai ahli Jingga13 dan mengeluarkan post-post yang menyongsang, fitnah , menipu serta mengelirukan.

Jingga13 MENAFIKAN pemilik akaun 'Ferlis Once' adalah ahli Jingga13 dan disyaki adalah bertujuan memburuk-buruk dan merosakkan imej dan kredibiliti Jingga13.

Jingga13 tidak bertanggungjawab terhadap kesemua post-post yang dikeluarkan oleh akaun Fb tersebut dan perlu menolak segala fitnah dan pembohongan yang dikeluarkan oleh pemilik akaun yang mengaku sebagai 'ahli Jingga13'.

Harap Maklum.

.

Ketika rakyat diminta berjimat, menteri buat parti hari jadi mewah

OLEH MALAYSIAN INSIDER

JANUARY 06, 2014
Majlis hari jadi merangkap sambutan Tahun Baru yang dianjurkan Zahid (berbaju batik) diadakan dengan penuh mewah di saat rakyat bergelut dengan keperitan hidup. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2014.Majlis hari jadi merangkap sambutan Tahun Baru yang dianjurkan Zahid (berbaju batik) diadakan dengan penuh mewah di saat rakyat bergelut dengan keperitan hidup. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2014.
Beberapa menteri terus hidup dalam kemewahan ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganjurkan parti hari jadi yang "mewah" di sebuah hotel lima bintang dekat Kuala Lumpur semalam yang tetamunya mendakwa menjadi sambutan Tahun Baru.
Seorang lagi menteri telah membuat sambutan perkahwinan dua hari untuk anak beliau di satu lagi hotel lima bintang di ibu Kuala Lumpur bulan lepas, diserikan oleh kerabat diraja dan orang kenamaan dan telah dihiburkan oleh penyanyi wanita dari Indonesia.
Beberapa penulis blog pro-Umno pula  mempertikaikan keperluan Jabatan Perdana Menteri memiliki dua jet VIP selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan untuk perjalanan rasmi pada tahun 2012.
Tetapi majlis makan tengahari semalam yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.
Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu dan yang menyambut ulang tahun berpakaian merah sebagai tema parti itu.
Tetamu Ahmad Zahid memenuhi ruang makan di dewan tarian utama hotel ini manakala dia bercampur dengan mereka, termasuk beberapa pegawai kanan kerajaan yang telah dijemput melalui e-mel yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.
Naib Presiden Umno ini tersenyum lebar sambil berjabat tangan dengan semua yang hadir selepas parti berakhir, sementara kereta-kereta mewah dengan pemandu berbaris di depan hotel, menyebabkan lalu lintas tersekat selepas dihentikan oleh Porsche Cayennes hitam dan Toyota Alphards yang diletakkan di tepi jalan.
The Malaysian Insider cuba untuk bercakap dengan Ahmad Zahid tetapi dihalang oleh pengawal peribadi beliau dan diminta untuk meninggalkan majlis atau diiring keluar.
Tidak diketahui siapakah yang membuat bayaran untuk parti Ahmad Zahid ini, ataupun kenapa tema merah dipilih, tetapi tetamu beliau berpakaian terbaik mereka dengan beg tangan berjenama dan totes di tangan.
Tetamu memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu telah disambut untuk dua hari jadi, Ahmad Zahid dan cucu beliau yang jatuh pada hari yang sama tetapi juga menegaskan bahawa ia adalah sebuah parti Tahun Baru sebagaimana yang terpampang di latar belakang pentas.
Jemputan juga telah dihantar melalui e-mel pada hari Jumaat kepada pegawai Kementerian Dalam Negeri yang terpilih. E-mel yang bertajuk "Sambutan Hari Jadi Menteri Dalam Negeri", juga termasuk nota jemputan kepada menteri Kabinet dan ahli Majlis Tertinggi Umno.
Parti hari jadi mewah dan perkahwinan mewah anak perempuan menteri hatta kereta baru Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng datang pada ketika kebanyakan rakyat Malaysia merungut tentang kenaikan harga untuk elektrik, makanan, bahan api dan juga kos persekolahan.
Harga bahan api, gula dan tarif elektrik naik selepas Putrajaya memotong subsidi manakala tambang pengangkutan awam akan meningkat pada tahun ini. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan diperkenalkan pada tahun 2015.
Perbelanjaan kerajaan melonjak dengan bajet tahun ini sehingga RM264.2 bilion berbanding tahun lepas RM251.6 bilion di tengah-tengah kebimbangan bahawa Putrajaya tidak mengurangkan perbelanjaan walaupun meminta orang ramai untuk berbuat demikian.
Rakyat Malaysia juga mencemuh pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Putrajaya akan melaksanakan 11 langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan perbelanjaan pada tahun 2014.
Pakar ekonomi Najib, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar telah pun menasihatkan pengguna untuk berbelanja dengan bijak dan mencari alternatif.
Bekas pegawai bank itu berkata rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dan hidup mengikut kemampuan mereka.
"Saya pergi ke pasar setiap minggu. Saya tahu bahawa harga barangan keperluan asas adalah tinggi, tetapi pengguna mempunyai pilihan dalam apa yang mereka membelanjakan wang mereka," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan berita. – 6 Januari, 2014

Sunday 5 January 2014

Laporan Polis Jingga13 Terengganu Terhadap TS Harussani Zakaria Isu Bughah

KENYATAAN MEDIA
JINGGA 13 TERENGGANU

JINGGA 13 TERENGGANU LAPOR POLIS BERHUBUNG ISU BUGHAH YANG DITIMBULKAN OLEH TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA.

Jingga 13 Terengganu mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak yang melabelkan para demonstran yang berhimpun pada malam 31 Disember 2013 lalu sebagai penderhaka kepada kerajaan dan mengaitkan mereka yang berhimpun pada malam tersebut sebagai bughah yang dihalalkan darahnya menurut syarak.

Lebih malang lagi, Tan Sri Harussani Zakaria terus mempertahankan kenyataannya tersebut sepertimana yang dilaporkan di dalam portal: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/walau-diserang-mufti-perak-pertahan-kenyataan-bughah-dan-halal-darah yang bertarikh 5hb Januari 2013.

Jingga 13 Terengganu mempersoalkan kewajaran Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya tersebut yang mana ianya boleh membawa kepada pertumpahan darah di dalam negara kita akibat salah faham di kalangan masyarakat.

Malahan jikalau dirujuk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh ulamak mazhab Syafie berhubung dengan tindakan yang perlu dilakukan oleh pemerintah Islam apabila wujud bughah di dalam sesebuah negara yang berada di bawah pemerintah Islam, perkara utama yang perlu dilakukan ialah pemerintah Islam tersebut wajib berusaha menghantar wakil untuk bertanya tentang tuntutan mereka dan urusan pemerintahan yang mereka tidak senangi.

Justeru, Jingga 13 Terengganu percaya, sebagai seorang pendokong kuat kepada mazhab Syafie dan sekarang ini berstatus sebagai seorang Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya lebih arif berkenaan dengan perkara ini dan tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan walaupun ianya adalah merupakan pendapat peribadi beliau semata-mata. Ini kerana status beliau sebagai seorang Mufti akan menyebabkan setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut beliau akan dianggap sebagai fatwa oleh kebanyakan orang dan ianya akan mengundang malapetaka yang besar di dalam negara kita.

Sebagai rekod, para demonstran telah turun berhimpun di Kuala Lumpur pada malam 31hb Disember 2013 baru-baru ini sebagai menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang, tol dan elektrik. Jingga 13 Terengganu percaya bahawa bantahan tersebut disuarakan oleh golongan yang mempunyai pendapatan rendah yang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup berkenaan.

Tan Sri Harussani Zakaria perlu lebih peka dengan keadaan masyarakat sekeliling yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang terpaksa bertungkus-lumus untuk menyara kehidupan diri dan keluarga. Adilkah kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria yang melabelkan golongan yang membantah kenaikan harga barang ini sebagai bughah?

Syariat Islam mempunyai kriteria tertentu bagi mengenalpasti samada sesuatu golongan itu boleh dianggap bughah atau sebaliknya. Di dalam hal ini, Jingga 13 Terengganu mencabar Tan Sri Harussani Zakaria sendiri supaya mengemukakan bukti bahawa golongan yang membantah kenaikan harga barang ini sebagai bughah.

Dan jika sekiranya beliau mampu membawakan bukti-bukti konkrit mengenai dakwaannya tersebut, adakah harus beliau mengeluarkan kenyataan "halal darah golongan bughah" tanpa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh ulamak iaitu pihak pemerintah perlu memberi nasihat dan mengajak golongan tersebut berbincang.

Jingga 13 Terengganu meminta Tan Sri Harussani Zakaria supaya berhati-hati mengeluarkan pendapat yang berkaitan dengan hukum syarak di dalam isu bughah ini kerana bimbang ianya akan mengundang fitnah di kalangan masyarakat bukan Islam dan menggalakkan pertumpahan darah di dalam negara.

JINGGA 13 Terengganu membuat laporan polis agar pihak polis mengambil tindakan segera ke atas beliau di bawah peruntukan seksyen 503 dan 505 (c) Kanun keseksaan.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

W.M.AZZIADI
Koordinator
JINGGA 13 Terengganu  

Laporan Polis Jingga13 Kelantan Terhadap TS Harussani



Laporan polis di buat oleh sdr Mohd Nizam bin Che Mohamad Ali,Koordinator Jingga13 Kelantan bertempat di IPD Pasir Puteh,Kelantan dan turut hadir wakil Pakatan Rakyat Pasir Puteh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saksikan Demonstrasi 'Pensel Merah' oleh Pergerakan Media Marah - GERAMM - MobTV



klik gambar untuk link MobTV