SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 17 October 2014

JINGGA13 JAWAB LENSA: SELAMATKAN ANWAR DAN INTEGRITI KEHAKIMAN

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

17 October 2014

JINGGA13 JAWAB LENSA: SELAMATKAN ANWAR DAN INTEGRITI KEHAKIMAN

Surat Untuk Anwar Ibrahim yang berjudul " Bersaralah Anwar Ibrahim, Rakyat Nampaknya Sudah Letih" oleh LENSA ( Lensa Anak Muda Malaysia ) benar-benar menunjukkan suara kecewa dan lemah anak muda yang tidak mengenali Anwar Ibrahim sebagai Bapa Reformasi Malaysia yang sanggup berjuang tanpa penat dan konsisten berdepan dengan rejim UMNOBN.

Sejarah perjuangan Reformasi yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim telah membuka mata rakyat Malaysia terhadap kebobrokkan dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Mahathir dan UMNOBN.

Dimana anak-anak muda  LENSA ketika tahun 1998? Di mana anak-anak muda  LENSA ketika itu,yang langsung tidak merasai perjuangan rakyat yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim? Perjuangan yang digerakkan oleh para reformis 16 tahun yang lalu yang sekarang  dikecapi oleh anak-anak muda seperti LENSA dan sebagainya.

Anwar Ibrahim yang merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan , malah dunia mengakui serta mengiktiraf beliau antara 100 tokoh paling berpengaruh. Jasa dan pengorbanan beliau tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun sewaktu berada dalam kerajaan , apalagi anak-anak muda LENSA yang turut merasai dasar pendidikan KBSR dan KBSM sewaktu dibangku sekolah dulu yang digubal sewaktu Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan.

Perjuangan Reformasi pada tahun 1998, rakyat bangkit ke jalanraya kerana atas kesedaran terhadap kepincangan demokrasi dan kezaliman pemerintahan Rejim UMNOBN ekoran daripada pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim boleh memilih untuk mengkhianati rakyat dan Pakatan Rakyat dengan menerima tawaran sebagai Timbalan Perdana Menteri atas nama Konsensus Nasional. Itulah manusia bernama Anwar Ibrahim yang punya prinsip dan idealisme menolak tawaran tersebut. Nilai setiakawan dalam Pakatan Rakyat menjadi keutamaan, apatah lagi membuktikan beliau bukan seorang yang 'tamak haloba' dan 'kemaruk' jawatan.

LENSA harus sedar,ramai yang menyatakan simpati dan tidak sanggup melihat Anwar Ibrahim terpenjara apa lagi menyedari semuanya adalah fitnah serta konspirasi bagi tujuan menamat dan menghancurkan karier politik Anwar Ibrahim. Proses perbicaraan yang pincang, bukti yang dangkal dan bersifat 'male fide'.

Anwar Ibrahim boleh memilih dan menerima tawaran untuk ke luar negara, sepertimana yang ditawarkan oleh Turki, tetapi Anwar Ibrahim adalah pejuang rakyat, mati hidupnya adalah untuk Rakyat Malaysia dan kecintaan beliau kepada Malaysia yang tercinta.

Beliau boleh memilih jalan kesenangan dan kemewahan, bersekongkol, menjilat dan sujud pada rejim zalim UMNOBN, tapi sosok Anwar Ibrahim memilih garis melawan kerakusan dan kebobrokkan rejim UMNOBN sehingga terpaksa menerima situasi sebegini, diaib dan dinafikan keadilan dan kebenaran.

Kezaliman terhadap Anwar Ibrahim adalah lambang kezaliman terhadap rakyat. Anwar Ibrahim terseksa kerana memilih untuk bersama rakyat. Beliau ialah mangsa politik kotor dan jijik serta desparado UMNOBN.

Rakyat harus bangkit bersama Anwar Ibrahim. Rejim UMNOBN terpaksa mengunakan institusi kehakiman sebagai 'nyawa' untuk menyelamatkan diri pimpinan UMNOBN yang bersalut kerakusan, rasuah,penyelewengan,ketirisan dan kezaliman serta mengkhianati rakyat. Anwar Ibrahim adalah musuh nombor wahid menjadi mimpi ngeri kepada mereka.

Rakyat harus bangkit bersama-sama Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan institusi kehakiman yang bukan sahaja terhadap Anwar Ibrahim, termasuk Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Awam dan sebagainya yang tujuan untuk mencengkam kebebasan rakyat.

Perjuangan Anwar Ibrahim bukanlah perjuangan yang sia-sia. Perjuangan beliau adalah mata rantai perjuangan rakyat.

JINGGA 13 Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Anak muda untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada  'Perdana Menteri Rakyat Malaysia' yang telah mendapat mandat 53% majoriti dalam PRU 13 pada 28-29 Oktober di Istana Kehakiman Putrajaya kerana Rakyat Hakim Negara!

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia