SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Monday, 21 July 2014

Jingga13 raikan ibu tunggal mualaf orang asli bersama anak-anak beliau baju raya

Team Jinggawanis Jingga13 telah meraikan Pn Rozainiah, 29 tahun seorang ibu tunggal yang kematian suami kerana kompilasi paru-paru . Beliau tinggal di perumahan do Banting , Kuala Langat.

Beliau adalah merupakan seorang mualaf orang asli yang hidup sebagai ibu tunggal dengan menyara 4 orang anak. Namun 2 orang anak beliau terpaksa diserahkan kepada ibubapa beliau di perkampungan orang asli di Sepang.

Kehidupan dhaif beliau sangat-sangat mengharukan. Hidup dengan dibiayai bantuan zakat RM250 untuk bayaran sewa rumah dan bantuan RM100 untuk berbelanjaan dapur oleh bantuan kebajikan masyarakat.

Jingga13 mengambil inisiatif membantu beliau dengan membiayai RM300 untuk membeli baju raya buat beliau dan 4 org anak beliau do pasaraya Hari-Hari di Pekan Banting.

Semoga idu fitri ini memberikan keceriaan kepada beliau sekeluarga.

Jingga13 merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang RM10 Untuk Si Miskin yang telah dijalankan oleh para komrad Jingga13.