SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Thursday, 26 June 2014

KETUA POLIS SABAH DIARAH TUKAR KE BUKIT AMAN ?

Ketua Polis Sabah Datuk Wira Hj. Hamza Taib telah  dipindahkan ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil hari ini . Bagaimana seorang pegawai kanan polis berpangkat Komisioner Polis(CP) hanya menjawat jawatan Timbalan Pengarah

Sebelum ini MyWatch melalui Pengerusinya R. Sri Sanjeevan telah mendedahkan kekayaan luar biasa anak beliau. Sanjeevan mendakwa Mohamad Azhan Hamza membeli secara tunai dua buah kereta mewah – Jaguar dan Audi A5 – dengan nilai terkumpul RM1.1 juta tahun lepas walaupun beliau "menganggur".
Selain itu juga anak beliau juga turut menganggotai lembaga pengarah sebuah syarikat berhad senjata api, yang berpangkalan di negeri yang sama di mana bapanya menjawat jawatan ketua polis. Serta mendakwa Mohamad Azhan menerima sejumlah RM100,000 setahun bagi peranannya dalam syarikat itu.

Selepas pendedahan tersebut Datuk Hamza menafikan bahawa kedudukan anak beliau Mohamad Azhan dalam syarikat senjata api itu adalah hasil usaha polis Sabah serta turut mempertahankan anak beliau mengecapi kemewahan dan kekayaan daripada hasil usaha beliau sendiri.