SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Thursday, 8 May 2014

Kenyataan ISMA hanya alih isu GST, kenaikan kos sara hidup

Kenyataan presiden NGO konservatif, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggelar masyarakat Cina Malaysia sebagai 'penceroboh' dan 'membuli orang Melayu' hanya mengalihkan isu pokok, iaitu pengenalan cukai barang & perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos sara hidup yang membebankan.

Kenyataan pengerusi ISMA sebenarnya bertujuan untuk mengalihkan isu kezaliman yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat.

"Ini termasuk isu perlaksanaan cukai GST kenaikan rahga barang dan isu perjanjian TPPA," kata ketua penyelaras Jingga13, Fariz Musa.
Kenyataan pertubuhan yang kononnya Islamik itu hanya memberi persepsi negatif kepada orang bukan Islam.

"Ia satu kenyataan yang memalukan orang melayu islam sendiri," tegas Fariz.
Dalam pada itu, Fariz percaya kenyataan oleh presiden ISMA itu adalah provokasi yang berniat mencetuskan perbalahan.

"Sepatutnya isu perkauman ini tidak harus timbul kerana kita telah lama dapat menerima kepelbagaian kaum di negara ini.

"Presiden ISMA perlu jadi matang dan berhentilah bersikap kebudak-budakan dengan cuba menyalakan api perkauman," ujar Fariz.

Kata Fariz. kenyataan presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman adalah suara bagi menjaga kepentingan Umno dan Barisan Nasional.

Tambahnya, isu perkauman dan agama sering digunakan akibat dorongan pihak yang bimbang melihat sokongan kuat rakyat berbilang kaum terhadap Pakatan Rakyat.

Katanya, tujuan akhir kontroversi ini dicetuskan adalah bagi meraih sokongan politik kepada Umno-BN.