Tuesday 18 March 2014

DS NAJIB DAN DS HISAMUDIN WAJAR LETAK JAWATAN SEGERA , SISTEM KESELAMATAN NEGARA YANG GAGAL DAN CUBAAN KAIT DS ANWAR TIDAK MASUK AKAL

kenyataan media
JINGGA13 Malaysia

18 Mac 2014

DS NAJIB DAN DS HISAMUDIN WAJAR LETAK JAWATAN SEGERA , SISTEM KESELAMATAN NEGARA YANG GAGAL DAN CUBAAN KAIT DS ANWAR TIDAK MASUK AKAL

JINGGA 13 Malaysia mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Dan Pemangku  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hisamuddin Hussein meletakkan jawatan segera kerana GAGAL dalam menangani kehilangan kapal terbang MAS MH370 yang sudah 8 hari hilang tanpa ada satu kesahihan yang jelas oleh Kerajaan Malaysia.

Sehingga sekarang , rakyat Malaysia dan khususnya ahli keluarga penumpang dan krew kapal terbang Boeing 777 tersebut masih dalam kebinggungan apakah sebenarnya status kehilangan MH370 dan masih GAGAL dikesan ternyata benar-benar memperlihatkan kegagalan kerajaan dalam menangani insiden tersebut dengan pelbagai spekulasi dan persepsi.

Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hisamuddin Hussein ternyata dilihat tidak mampu mendepani kes tersebut secara serius dan telah menjejaskan maruah dan imej Negara di mata masyarakat antarabangsa dan memperlihatkan keselamatan negara yang rapuh, dan kemampuan menangani krisis yang sangat lemah dan menjadi ejekkan dan ditertawakan oleh antarabangsa.

JINGGA 13 Malaysia kesal dgn tindakan dan cubaan untuk menjadikan juruterbang MH370 tersebut sebagai "kambing hitam" sebagai menutup kelemahan kerajaan dan keselamatan negara serta mengambarkan tindakan desperado kerajaan yang ingin menutup perkara yang sebenar daripada rakyat malah tidak masuk akal apabila cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam insiden kehilangan MH370 tersebut.

JINGGA 13 juga mempersoalkan tindakan pihak keselamatan yang ingin mengenalpasti para penumpang , di mana mereka akan disiasat dan ini menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakyat iaitu di atas prinsip dan kapisiti apa para penumpang tersebut perlu disiasat ? Rakyat Malaysia tidak bersalah , isu yang perlu diperjelaskan oleh kerajaan ialah berkaitan penggunaan passport palsu yang memperlihatkan kegagalan sistem keselamatan negara sehingga meloloskan pemilik passport palsu masuk dan keluar daripada negara dengan cukup mudah.

JINGGA 13 Malaysia benar-benar bersimpati terhadap keluarga mangsa kehilangan MH370 dan mengharapkan agar misteri kehilangan kapal terbang tersebut akan segera terjawap dan kesemua penumpang dan krew selamat dan pulang ke pangkuan keluarga tersayang yang sedang kesedihan dan kebinggungan daripada trauma yang sedang mereka hadapi.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia