Tuesday 25 March 2014

CHINA MARAH KERAJAAN UMNOBN MALAYSIA! KEMUNGKINAN SERANGAN SIBER !

ALERT: KEMUNGKINAN SERANGAN SIBER DARI CHINA

YBhg. Dato’/Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya izinkan saya menarik perhatian YBhg. Dato’/Tuan/ Puan kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara telah menerima makluman daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai kemungkinan serangan siber dari Republic of China berikutan perkembangan terbaru tragedi pesawat MH370.

3. Sehubungan itu, pihak ketua sektor dipohon untuk memantau dan memaklumkan mengenai perkara ini kepada agensi CNII di bawah kawal selia sektor masing-masing.

Sekian, terima kasih.

--
Norsalimi Binti Shaleh
Penolong Setiausaha
Bahagian Keselamatan Angkasa dan Siber
Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri