Friday 7 February 2014

LUMUR DARAH AYAM : JINGGA13 MINTA RAKYAT TOLAK HASUTAN KUMPULAN PELAMPAU RASIS DAN DESAK POLIS AMBIL TINDAKAN


KENYATAAN MEDIA
JINGGA13 MALAYSIA

Tarikh: 7 Februari 2014

LUMUR DARAH AYAM : JINGGA13 MINTA RAKYAT TOLAK HASUTAN KUMPULAN PELAMPAU RASIS DAN DESAK POLIS AMBIL TINDAKAN

Jingga13 Malaysia kesal dengan tindakan sekelompok 'pelampau agama dan melayu' yang bertindak memalukan dengan menyembelih ayam dan melumuri darah ayam-ayam tersebut di gambar beberapa pimpinan PR khususnya DAP dan PKR dengan membawa isu perkauman sempit dan mengalih isu sebenar tentang kenaikan kos sara hidup kepada satu isu yang langsung tidak ada kaitan .

Jingga13 juga persoal adakah tindakan melumuri darah ayam di gambar tersebut merupakan ajaran islam ? Sekiranya merupakan ajaran Islam , dimanakah nas dan sunnahnya ? Apakah komen dan reaksi para ulamak kerajaan ?

Jingga13 merasa agak kejanggalan kerana tidak ada satu signifikan yang relevan terhadap tindakan kumpulan yang dikatakan atas nama NGO Islam tersebut iaitu " Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu " ,  dengan isu pokok yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia iaitu "kenaikan berantai" oleh Kerajaan UMNOBN serta membawa kesan kepada kenaikan kos sara hidup ekoran kenaikan harga barang makan dan keperluan hidup yang di bawa oleh pimpinan PR.

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya telah menghina rakyat Malaysia apabila menyatakan bahawa "harga kangkung sudah turun" , sedangkan kenaikan kos sara hidup yang meningkat terpaksa ditanggung oleh rakyat tidak mampu dikawal oleh Kerajaan UMNOBN.
Jingga13 melihat tindakan provokasi dan pelik tersebut dengan mengaitkan sentimen perkauman sempit adalah ternyata tidak masuk akal dan sebenarnya mampu mencetus ketegangan kaum dan agama yang boleh mengugat kehormanian dan keamanan bangsa Malaysia yang bertamadun.

Jingga13 juga kesal terhadap kenyataan yang berunsur menghasut agar warganegara Malaysia daripada etnik Cina dan India yang tidak fasih berbahasa Melayu dinyahkan daripada negara Malaysia adalah benar-benar keterlaluan .

Jingga13 Malaysia sebagai NGO yang majoriti ahlinya Melayu dan Islam merasa amat malu dan kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh sekelompok yang mengaku melayu dan islam tetapi ternyata bertindak tidak relevan dan mengapi-apikan sentimen perkauman serta boleh memalu dan menjatuhkan imej serta maruah Islam di mata masyarakat bukan Islam. 
Malah tindakan ini adalah satu hasutan kepada orang lain utk melakukan jenayah seperti mencedera,memukul dan melakukan pembunuhan. Tindakan melumurkan darah juga di lihat sebagai satu jenayah kerana ia akan merangsang orang lain untuk membunuh dan minta agar pihak polis mengambil satu tindakan serius di bawah Kanun Keseksaan.

Jingga13 Malaysia meminta seluruh rakyat Malaysia khususnya masayarakat Melayu dan Islam menolak provokasi tersebut demi kehormanian dan keamanan kita bersama dan terus menyatakan konsisten bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup yang telah 'mengkangkungkan' rakyat Malaysia seluruhnya terutama golongan berpendapatan rendah dan fakir miskin .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 MALAYSIA