SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 21 February 2014

JINGGA13 BANTAH TINDAKAN ZALIM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERHADAP PENGERUSI PENAJA SUARA GURU MASYARAKAT MALAYSIA

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

21 Februari 2014

JINGGA13 BANTAH TINDAKAN ZALIM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERHADAP PENGERUSI PENAJA SUARA GURU MASYARAKAT MALAYSIA

Jingga13 Malaysia menyelar tindakan drastik dan zalim Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin mengarahkan Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang telah diarah tukar sekolah berkuatkuasa 17 Februari 2014 adalah bertujuan mengekang kebebasan bersuara bagi tujuan demi kepentingan profesion perguruan dan mutu pendidikan negara yang diperjuangkan oleh Cikgu Mohd Nor Izzat dan SGMM.

Tindakan drastik ini dibuat oleh KPM ekoran kelantangan Cikgu Mohd Nor Izzat selaku Pengerusi Penaja SGMM dalam mengkritik dan menentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2011 ternyata mempunyai banyak kelemahan dan ternyata gagal serta memberikan impak negatif kepada para guru dan murid-murid serta gerakan yang dianjurkan oleh SGMM bersama NGO yang akan diadakan pada esok 22 Februari 2014 iaitu Pehimpunan Mansuh PBS.

Jingga13 Malaysia mendesak KPM khususnya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin menarik balik tindakan zalim tersebut dan menghentikan tindakan menakut-nakut dan mengugut para guru dengan cara tindakan yang diambil terhadap hadap Cikgu Mohd Nor Izzat.

KPM sewajarnya bertindak profesional dan tidak tunduk pada mana pihak khususnya UMNO.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia