Thursday 20 February 2014

ANWAR MB : MAHATHIR BAGAI 'CACING KEPANASAN'

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

20 Februari 2014

ANWAR MB : MAHATHIR BAGAI 'CACING KEPANASAN'

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan 'Cacing Kepanasan' apabila cuba mengaitkan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan ketakutan dan kebimbangan sekiranya Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Besar Selangor yang sudah pasti akan memberikan impak yang cukup besar kepada survival UMNO yang sudah semakin tidak relevan kepada majoriti rakyat Malaysia. 

Tun Dr Mahathir sedar strategi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui 'Langkah Kajang' adalah satu taktik politik yang tidak dijangkakan sudah pasti bakal mengundang permasalahan kepada UMNO khususnya UMNO Selangor dan lebih menimbulkan fobia kepada Tun Dr Mahathir dan UMNO apabila 'Langkah Kajang' menjadi sebagai membuka laluan kepada Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya.

Beliau harus sedar, selama 16 tahun beliau melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kabinet sejak tahun 1982 sehingga menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pernah memberikan kepercayaan kepada beliau memangku jawatan Perdana Menteri , maka tidak ada kewajaran kepada beliau untuk mempertikaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak layak menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman dalam kerajaan serta mempunyai jasa yang terhadap rakyat Malaysia.

Tindakan Tun Dr Mahathir cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu fitnah liwat sebagai satu serangan pribadi yang memperlihatkan ketandusan isu dan dendam kesumat yang tidak berkesudahan, sedangkan keputusan mahkamah telah membuktikan Datuk Seri Anwar bebas daripada fitnah terancang oleh para konspirator yang menggunakan taktik paling kotor dan jijik bagi tujuan mengaib dan menjatuhkan beliau.

Tun Dr Mahathir sewajarnya bersara daripada dunia politik dan lebih baik menumpukan kepada kesihatan dan ibadat , agar beliau terus dihormati sebagai negarawan daripada mengeluarkan kenyataan dan mencampuri politik yang sudah tidak relevan lagi bagi beliau.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia