SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Monday, 20 January 2014

Tahniah Atas Kejayaan Kem Muafakat Jingga13 Malaysia dan Kempen Bantah BBN Pulau Pinang

Saya merakamkan jutaan tahniah dan syabas di atas kejayaan mengadakan Kem Muafakat Jingga13 yang diadakan di Yayasan Aman,Permatang Pauh bermula 17-18 Januari 2014.

Semoga Kem Muafakat menjadi asas penting bagi tujuan menjana permuafakatan dikalangan komrad dan diharapkan segala latihan yang diberikan dapat diimplementasikan agar pergerakan Jingga13 lebih aktif dan efektif dalam memperjuangan rakyat.

Saya juga merakamkan terima kasih di atas komitmen yang tinggi oleh para komrad dalam menjayakan Kempen Bantah Barang Naik di Pulau Pinang pada 18-19 Januari 2014 dibeberapa lokasi sekitar Pulau Pinang yang telah berjaya mengumpulkan 2400 tandatangan rakyat membantah barang naik.

Dalam kesempatan ini juga saya merakamkan jutaan terimakasih kepada para penyumbang yang telah membantu bagi membiayai keseluruhan kos Kem Muafakat dan Kempen Bantah Barang Naik serta komitmen yang tinggi Jingga13 Pulau Pinang.

Semoga Allah SWT membalas jua.Jazakallah dan terima kasih

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.