SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Wednesday, 1 January 2014

Perutusan Ketua Koordinator Jingga 13 Sempena Sambutan Tahun Baru 2014

Tarikh : 1 Januari 2014

2014 TAHUN KESENGSARAAN UNTUK RAKYAT MARHEN


Tahun 2013 telah melabuhkan tirainya dan kini menjelma pula tahun 2014. Dalam kesempatan ini Jingga13 Malaysia merakamkan ucapan SELAMAT TAHUN BARU 2014 kepada ahli-ahli Jingga13 dan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tahun 2013 penuh suka dan duka,pelbagai peristiwa dan kejadian berlaku memberikan pelbagai kenangan,pengajaran dan pengalaman dalam mematangkan perjuangan kita.

Jingga13 terus bangkit dan mengorak langkah daripada sebuah NGO yang kecil sejak ditubuhkan pada 15 Mei 2011.Pelbagai pengalaman pahit manis dirasai,menempuh onak duri dan ranjau,serba kekurangan sama ada kemudahan pergerakan dan kewangan.

Ada yang menuduh Jingga13 mempunyai dana yang luar biasa,ditaja oleh badan atau orang tertentu. Semua itu adalah fitnah dan tidak benar. Jingga13 penuh kesusahan tanpa kewangan terus mengorak langkah dalam usaha membongkar dan menentang penyelewengan, rasuah dan kebobrokan pimpinan dan Kerajaan UMNOBN serta menggunakan semua instrumen sama ada melalui media sosial atau konvensional dalam menyampaikan pelbagai informasi kepada rakyat.

Jingga13 tidak pernah bersikap apologitik terhadap sebarang perlakuan yang melibatkan kepentingan rakyat dan terus konsisten dalam memperjuangkan isu-isu rakyat.

Walau keterbatasan dana ,Jingga13 tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk menjalankan pelbagai aktiviti atas nama perjuangan rakyat. Jingga13 merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas sumbangan daripada pelbagai pihak yang telah membantu serba sedikit dalam menjalankan aktiviti-aktiviti Jingga13. Sangat-sangat dihargai dan tidak pernah dilupakan.Begitu juga pengorbanan ahli-ahli Jingga13 yang sanggup mengorbankan duit ringgit,masa dan tenaga tanpa mengharapkan balasan.

Tahun 2014 adalah tahun kesengsaraan kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran pelbagai 'kenaikan berantai' oleh Kerajaan UMNOBN serta taikon-taikon besar yang menjadi dalang utama. Rakyat akan dibebani peningkatan kos sara hidup terutama kenaikan perkhidmatan dan keperluan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Jingga13 terus bangkit menentang segala kenaikan demi rakyat marhean khususnya memikirkan nasib yang bakal ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah,sederhana serta fakir miskin.

Tindakan Datuk Seri Najib Razak memotong 10% gaji Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri,Menteri dan Timbalan Menteri hanyalah bersifat populis semata-mata dan tidak memberikan impak bagi meringankan bebanan rakyat.Sedangkan Datuk Seri Najib dan pimpinan Kerajaan UMNOBN terus menggunakan dana rakyat melakukan pembaziran,penyelewengan,ketirisan dan rasuah serta projek-projek mega yang tidak memberikan kepentingan kepada rakyat serta memenuhi nafsu serakah pimpinan UMNOBN.

Semoga Tahun 2014 menjadi titik tolak kebangkitan rakyat yang akan menolak kezaliman dan mengangkat keadilan serta menentang kebobrokan demi rakyat dan negara tercinta.
Jingga 13 akan terus bergerak tanpa rasa penat dan jemu atas prinsip keprihatinan kepada rakyat. Melaksanakan pelbagai aktiviti dan program dengan lebih aktif,kondusif dan efektif.

Selamat tahun baru 2014.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.