SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Saturday, 25 January 2014

Perhimpunan TURUN: NGO tak endah nasihat Guan Eng - malaysiakini

5:47PM Jan 25, 2014

Difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan NGO-NGO yang membantah kenaikan harga supaya menangguhkan perhimpunan yang mereka dirancang di Seberang Jaya esok.

Nasihat itu dilaporkan itu dibuat memandangkan  peningkatan
ketegangan akibat daripada dua perhimpunan pro-BN hujung minggu lalu membantah flash mob kangkung anjuran ADUN Machang, Lee Khai Loon, yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menggunakan sayur-sayuran untuk menjustifikasikan siri kenaikan harga di negara ini.


Dalam perhimpunan pertama pada hari Sabtu di Seberang Jaya, timbul ancaman berulangnya rusuhan kaum 13 Mei, manakala yang kedua pada hari Ahad di Alma, Bukit Mertajam, berakhir dengan keganasan, dengan dua orang diserang beberapa peserta prots kerana didakwa mengeluarkan kata-kata rasis.


Penyelaras Jingga 13 Pulau Pinang, Amizudin Ahmat berkata, NGO menghormati kebimbangan dan nasihat Lim tetapi berkata pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus lupa kemarahan rakyat terhadapsiri kenaikan harga barangan keperluan.


Jingga 13 adalah salah satu gabungan NGO yang mengambil
bahagian dalam perhimpunan TURUN pertama di Kuala Lumpur pada 31 Disember.


Amizudin menulis dalam facebooknya hari ini ahawa rakyat tidak perlu pemimpin yang lupa rakyat atau mereka yang hanya menggunakan rakyat semasa pilihan raya umum tetapi selepas menang (undi) lupa rakyat

Beliau menggesa orang ramai supaya menyertai perhimpunan tersebut yang akan diadakan di tempat letak kereta terbuka di Bandar Sunway , dari jam 2 petang hingnga 4 petang esok.

Perhimpunan aman, mengapa takut?

Menurutnya, personaliti utama yang menghadiri perhimpunan tersebut termasuk Timbalan Ketua Menteri I Rashid Hasnon , Timbalan Presiden PAS dan Pesuruhjaya negeri Mohamad Sabu, Ahli-ahli Parlimen - Mujahid Yusuf Rawa (Parit Buntar) dan Rafizi Ramli (Pandan) - dan ADUN Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Lee Khai Loon.

Apabila ditanya, MP Tanjung Ng Wei Aik menafikan pernah ada arahan daripada Lim supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.

Ng, yang merupakan Ketua Pemuda DAP negeri,  bagaimanapun, berkata, disebabkan ada urusan lain yang telah diatur lebih awal, maka dia tidak dapat menghadiri acara tersebut.


Tetapi Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berkata  ahli DAP
mempunyai hak untuk berbuat demikian selagi ianya aman.


Perhimpunan haram, katanya, adalah yang mahu menggulingkan kerajaan - tuduhan yang dilemparkan terhadap TURUN sebelum ini.

Karpal yang juga ahi Parlimen Bukit Gelugor berkata, para pemimpin BN juga sepatutnya menyertai perhimpunan itu untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kenaikan harga dan justifikasinya.

Karpal juga menggesa pihak polis melindungi peserta perhimpunan itu jika berlaku keadaan yang tidak diingini, sambil berkata tidak ada keperluan untuk mendapatkan permit bagi mengadakannya, walaupun Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata perhimpunan yang diadakan tanpa memberi notis 10 hari notis, akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman .

"Pemimpin BN telah berucap kepada beribu-ribu orang dalam banyak perhimpunan sejak beberapa tahun tanpa permit, jadi polis tidak perlu mengamalkan double standard," kata Karpal.

KM suarakan kebimbangan

Menurut Amizudin, nasihat ketua menteri itu telah disampaikan kepada ADUN-ADUN PKR yang menghadiri mesyuarat keselamatan pada pukul 3 petang di Komtar semalam.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan keganasan dalam perhimpunan pro-Umno hujung minggu lalu dan kes baru-baru ini di mana Penolong Pegawai Daerah Abu Hassan Osman diserang di hadapan 35 anggota polis dalam satu operasi untuk merobohkan gerai-gerai penjaja haram di Teluk Bahang .

Kebimbangan Lim itu juga dimaklumkan kepada Amizudin dan pasukannya dalam mesyuarat jam 9 malam tadi di Cherok Tokun oleh ADUN PKR yang menghadiri mesyuarat pukul 3 petang itu .


Sementara itu Afif , yang juga exco negeri  menyatakan sokongannya terhadap perhimpunan esok, sambil menggesa menolak politik perkauman.

"Perhimpunan ini adalah untuk menuntut reformasi sebenar dalam ekonomi, penolakan rasuah dan  pembaziran dana awam," kata beliau yang juga ketua Pemuda PKR negeri ini.