Friday 3 January 2014

Laporan Polis Jingga13 Terhadap Tan Sri Hurussani Zakaria,Mufti Perak Agar Di Siasat Di Bawah Seksyen 503 & 505 Kanun Keseksaan

LAPORAN POLIS 

Saya adalah mewakili Jingga 13 Malaysia dengan ini merujuk kepada kenyataan Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria iaitu sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan "dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)" dalam www.malaysiakini .com bertarikh 2 Januari 2014 berjudul "Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah" http://beta.malaysiakini.com/news/250701 .

Kenyataan ini merupakan satu hasutan dan dorongan untuk melakukan keganasan, kecederaan termasuk untuk melakukan pembunuhan terutamanya terhadap mereka yang hadir di perhimpunan aman pada 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka.

Saya dengan ini meminta pihak polis mengambil tindakan segera di atas beliau di bawah seksyen 503 dan 505 (c) Kanun keseksaan. 

Saya yang benar,
 
( FARIZ MUSA )
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.