SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 17 January 2014

KEM MUAFAKAT JINGGA 13 MALAYSIA DAN JELAJAH KEMPEN BANTAH BARANG NAIK PULAU PINANG

JINGGA 13 MALAYSIA akan berkampung di Pulau Pinang bermula 17 - 19 Jan 2014 dalam Kem Muafakat Jingga 13 Malaysia di Yayasan Aman , Permatang Pauh, Pulau Pinang . Kem Muafakat adalah merupakan program tahunan bagi tujuan menjana muafakat yang lebih utuh untuk terus bergerak aktif dan efektif dalam memperjuangan isu-isu rakyat , anti korupsi dan menentang penyelewengan dana rakyat serta menjalankan aktiviti keprihatinan kepada rakyat .

Bermula 18 Januari 2014 , akan berlangsung Jelajah Kempen Bantah Barang Naik Peringkat Negeri Pulau Pinang . Lokasi-lokasi kempen akan ditentukan oleh JINGGA 13 PULAU PINANG . 

Kepada rakyat Pulau Pinang diseru bersama-sama JINGGA 13 MALAYSIA dan JINGGA 13 PULAU PINANG dalam KEMPEN BANTAH BARANG NAIK dan KEMPEN 1 JUTA TANDATANGAN BANTAH BARANG NAIK . Lokasi-lokasi , tarikh dan masa kempen akan dimaklumkan dalam blog .

Sesiapa yang berminat untuk membeli T'Shirt BANTAH BARANG NAIK boleh dibeli dengan harga runcit RM 20 di lokasi-lokasi yang akan dimaklumkan nanti . Manakala pembelian online berharga RM30 (+POS) . Sumbangan pembelian T'Shirt tersebut adalah untuk mengisi tabung pergerakan Team Bantah Barang Naik yang akan menjelajah seluruh Malaysia .

JINGGA 13 Malaysia juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menyertai Petition Bantah Barang naik di http://change.org/en-GB/petitions/rakyat-malaysia-bantah-barang-naik