SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Tuesday, 28 January 2014

JINGGA13 HORMAT DAN HARGAI KEPUTUSAN SDR CC LEE DAN PERNYATAAN SOKONGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI CALON PRK N25 KAJANG

Kenyataan Media
JINGGA13 MALAYSIA

28 Januari 2014

JINGGA13 HORMAT DAN HARGAI KEPUTUSAN SDR CC LEE DAN PERNYATAAN SOKONGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI CALON PRK N25 KAJANG

JINGGA13 Malaysia merakamkan rasa hormat terhadap keputusan drastik yang dilakukan oleh Sdr CC Lee yang telah bertindak melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan N25 Kajang di atas prinsip kepentingan  bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat Selangor adalah satu sikap yang wajar dipuji dan dihormati.

Jasa dan perkhidmatan Sdr CC Lee kepada rakyat DUN N25 Kajang sepanjang beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sudah pasti tidak akan dilupakan oleh rakyat Kajang khususnya .

Kekosongan N25 Kajang yang bakal berdepan Pilihanraya Kecil sudah tentu memerlukan seorang tokoh yang bukan sahaja mampu untuk mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Rakyat tetapi untuk memastikan agar mampu merubah lanskap politik di Selangor demi kepentingan rakyat DUN Kajang dan khususnya negeri Selangor Darul Ehsan.

Di atas prinsip tersebut JINGGA13 Malaysia menyatakan pendirian dan sokongan setinggi-tingginya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang juga merangkap Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihanraya Kecil N25 Kajang .

JINGGA13 Malaysia yakin sosok dan ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pengalaman dan kemampuan beliau akan mampu memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat di N25 Kajang serta bersama-sama pimpinan dan rakyat Selangor bagi  meneruskan agenda reformasi ke arah kemajuan dan pembangunan negeri Selangor serta mengangkat kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor agar Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan terus kukuh dan utuh.

JINGGA13 Malaysia juga menyeru kepada seluruh rakyat khususnya para pengundi N25 Kajang untuk terus memberikan sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil yang bakal ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 MALAYSIA