SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Monday, 20 January 2014

Hasutan Rasis Dan Brutaliti UMNO Bukti Kegagalan Menjawab Dan Mengalih Isu Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

20 Januari 2014

Hasutan Rasis Dan Brutaliti UMNO Bukti Kegagalan Menjawab Dan Mengalih Isu Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat

JINGGA13 Malaysia menyelar tindakan desperado dan brutaliti UMNO yang telah bertindak melakukan demonstrasi di Bandar Sunway,Seberang Jaya,Pulau Pinang dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Macang Bubuk dengan menggunakan sentimen perkauman sempit serta ugutan tentang rusuhan 13 Mei serta bertindak zalim dan ganas memukul dua orang awam yang melalui tempat demonstrasi tersebut.

JINGGA13 Malaysia benar-benar hairan apakah kaitan antara flash mob 'I LOVE KANGKUNG' dengan sentimen rasis yang cuba diapi-apikan oleh UMNO sehingga dilihat begitu desperado dan tidak normal serta meronta-ronta sehingga mengungkitkan isu perkauman dan sanggup melakukan jenayah.

Andai tindakan flash mob dilihat menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran mengeluarkan kenyataan yang menjadi jenaka bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara berkaitan "kangkung sekarang dah turun harga" sebenarnya dilihat lebih menghina dan merendah-rendahkan maruah rakyat yang sedang dicengkam dengan kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga barang ekoran kenaikan berantai oleh Kerajaan UMNOBN sedang dalam masa yang sama Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor hidup dalam kemewahan luar biasa dengan isu pembelian jet pribadi dan sebagainya.

Tindakan UMNO yang tidak terkawal ini ternyata cuba mengalihkan isu serta malu dengan kenyataan Perdana Menteri yang kini digelar sebagai "PM Kangkung" dengan ugutan dan sentimen perkauman dan agama yang ternyata tidak masuk akal dan tidak relevan langsung dengan isu kenaikan kos sara hidup yang melibatkan kenaikan harga barang makan serta perkhidmatan yang dianjurkan ADUN Macang Bubuk YB Lee Khai Loon.

Adakah kerana flash mob I LOVE KANGKUNG yang dianjurkan oleh ADUN Macang Bubuk adalah seorang berketurunan CINA maka ianya mempunyai kewajaran menaikkan sentimen rasis isu ketuanan melayu,13 Mei dan turut mengaitkan isu agama ternyata tindakan UMNO adalah tidak profesional,matang,dangkal dan memalukan.

JINGGA13 Malaysia mendesak pihak Polis mengambil tindakan dan siasatan terhadap risalah yang bersifat rasis dan menghasut orang ramai menghadiri demonstrasi yang menunjukkan seorang lelaki yang membawa senjata parang serta bahasa yang berbau ugutan dan provokasi yang boleh mengugat kehormanian dan keselamatan rakyat.

Jingga13 Malaysia mendesak UMNO menghentikan tindakan yang tidak matang tersebut dan bersama-sama membantah kenaikan kos sara hidup yang lebih penting daripada bertindak melakukan provokasi serta mengamali perkauman sempit .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Joordinator
JINGGA 13 Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.