SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 3 January 2014

Dorong rakyat lakukan keganasan, Harussani mesti disiasat - keadilandaily

Dorong rakyat lakukan keganasan, Harussani mesti disiasat

(Azuan Ab Rahman)
fariz_musa
Laporan polis dibuat terhadap Harussani dibuat hari ini oleh Jingga 13
KUALA LUMPUR 3 DIS: NGO Jingga 13 menggesa siasatan dibuat terhadap mufti Perak. Tan Seri Harussani Zakaria yang mendorong melakukan keganasan, kecederaan termasuk pembunuhan.
Ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa menggesa polis menyiasat Harussani dibawah seksyen 503 dan 505 (c) Kanun Keseksaan berdasarkan kenyataan ‘menghalalkan darah’ peserta himpunan yang membantah kenaikan harga barang 31 Disember lalu.
“Kenyataan tersebut adalah jenayah apabila berbaur menghasut dan mendorong rakyat melakukan keganasan, kecederaan termasuk melakukan pembunuhan terhadap mereka yang hadir ke himpunan itu,” kata Fariz selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.
Katanya, kenyataan Harussani bersifat jahat dan boleh menimbulkan ketegangan.
fariz musa
Berita Harian semalam melaporkan Harussani sebagai berkata, semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan ‘dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)’.

“Tan Sri Harussani wajar bertanggungjawab dan bersifat matang dalam mengeluarkan fatwa. Jika Harussani seorang yang waras, beliau sewajarnya meletakkan jawatan sebagai mufti Perak.
“Kerana kini (Harussani) dilihat bukan sahaja sebagai boneka kerajaan Umno-BN, tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati dan disegani rakyat,” kata Fariz.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57976