Wednesday 17 December 2014

GST CUKAI YANG ZALIM

GST cukai yg zalim yg bercanggah dgn Islam kerana beberapa sebab

1. Ia cukai atas perbelanjaan sedangkan cukai sepatutnya atas pendapatan.

2. Cukai atas perbelanjaan akan kena pd semua golongan kaya atau miskin sedsngkn cukai sepatutnya hanya pd golongan berada yg berkelapangan kewangan dan ada lebihan harta

3. Cukai GST bersifat sumber tetap bg kerajaan sedangkan cukai dlm islam sepatutnya bersifat sementara untuk menangani permasalahan kewangan negara yg terdesak. Apabila kewangan sudah stabil cukai mesti dihapuskan

4. GST berlaku dalam suasana kewangan negara bermasalah dgn kadar hutang melebihi 500 bilion kerana berlaku ketirisan dan pembaziran perbelanjaan negara. Ia bercanggah dgn prinsip cukai dlm Islam yg menegaskan tidak boleh dikenakan cukai kpd rakyat di saat berlaku pembaziran kewangan negara.

5. Kadar cukai Gst sebanyak 6% atas perbelanjaan bercanggah dgn prinsip cukai Islam yg sepatutnya tidak melebihi 2.5 %. Kadar zakat yg wajib pun maksimanya 2.5% atas pendapatan orang yg berkemampuan atau perniagaan atau simpanan. Inikan pula cukai yg sepatutnya bersifat sementara tidak boleh melebihi 2.5%.

Kesan GST

1. Kajian yg banyak terhadap negara2 yg telah melaksanakan gst menunjukkan peningkatan harga barang yg tidak terkawal kerana gst. Yg jadi mangsa akhirnya rakyat yg tidak berkemampuan.

2. GST akan menyebabkan berlaku inflasi yg tinggi. Kesannya bersifat jangka pendek dan jangka panjang terhadap kemampuan rakyat berbelanja di saat pendapatan rakyat pula berada pd tahap sederhana.

3. Kesan GST pd kewangan peribadi rakyat bawahan dn berpendapatan rendah disebabkan kenaikan harga barang dan susut nilai pendapatan akan membawa negara pd suasana jenayah melibatkan kewangan seperti curi, rompak dan penipuan.

4. Gst akan meletakkan rakyat bawahan berada pada situasi berhutang berpanjangan hanya untuk melunaskan keperluan harian. Si kaya yang berkemampuan tidak akan terasa dgn gst. Ia akan mewujudkan jurang yg makin lebar antara si kaya dan si miskin yg akhirnya menggugat kestabilan kehidupan bermasyara

Nota ringkas diatas disediakan oleh Dr Khairuddin Takiri

Monday 15 December 2014

Dari Lensa Santai Bowling Muafakat Jingga13



SANTAI BOWLING MUAFAKAT JINGGA13 DI OLE2, SHAH ALAM

Jingga13 Malaysia telah mengadakan program Santai Bowling Muafakat Jingga13 di Ole2, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor yang disertai hampir 30 orang komrad pada 14 Disember 2014.

Program ini diadakan bagi mengerakkan lagi muafakat antara komrad Jingga13 yang sebelum ini sibuk dengan isu-isu Politik dan keprihatinan kepada rakyat.

Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sponsor bagi menjayakan program yang sangat menyeronokkan ini khususnya YB Tuan Haji Dr Yaakob Sapari , Ahli Penasihat Jingga13 merangkap ADUN Kota Anggerik , YB Khalid Samad , MP Shah Alam, Sdr Hisham Shariman , Ahli Majlis MBSA dan orang-orang perseorangan yang telah membantu menjayakan program ini. 

Gabungan 16 NGO dan parti politik tetap demo tuntut harga bahan api turun

BY: AHMED SYAHRIL


KUALA LUMPUR, 11 Disember

Gabungan 16 badan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan kumpulan aktivis merancang untuk mengadakan demonstrasi di Dataran Merdeka pada malam menjelang tahun baru 31 Disember depan bagi menuntut kerajaan menurunkan harga petrol RON95 ke paras RM1.90 seliter dan kini giat berkempen bagi mencapai sasaran mengumpul 10,000 orang menyertai demonstrasi berkenaan.

Antara 16 ahli gabungan kumpulan itu adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), dan Jingga 13 serta sayap Pemuda PAS, PKR dan DAP.

Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Muhammad Azan Safar berkata, demonstrasi bagi menuntut perkara itu daripada kerajaan dibuat kerana mengambil kira hak rakyat untuk menikmati subsidi petrol dan diesel serta kemampuan kewangan negara.

"Orang ramai diseru untuk turun beramai-ramai dengan memakai baju hitam dan berkumpul di Dataran Merdeka bermula jam 9 malam.

"Kami percaya bahawa tindakan menghapuskan subsidi oleh Barisan Nasional (BN) adalah tidak adil dan memangsakan rakyat.

"Sebagai sebuah negara pengeluar minyak, sebahagian daripada keuntungan hasil minyak dan gas wajib disalurkan kepada rakyat sebagai subsidi supaya ia tidak terkumpul di tangan pemerintah semata-mata," kata Muhammad Azan kepada pemberita dalam sidang media, hari ini.

Beliau turut mendakwa formula apungan harga terkawal yang dikuatkuasakan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini memberi jaminan pembayaran balik kos dan keuntungan kepada syarikat-syarikat minyak sebanyak 30 sen seliter.

"Kami tidak membantah jaminan pembayaran balik kos dan keuntungan seperti ini kepada syarikat-syarikat minyak untuk memastikan bekalan petrol dan diesel tidak tergendala.

"Kami percaya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi jaminan yang sama kepada rakyat dalam bentuk subsidi 30 sen agar harga petrol dan diesel kekal berpatutan dalam keadaan ekonomi sekarang," katanya.

Beliau berkata, TURUN selaku peneraju demonstrasi pada malam tahun baru itu percaya harga yang adil kepada rakyat ialah RM1.90 seliter bagi RON95 setelah mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia, jaminan keuntungan kepada syarikat minyak dan subsidi 30 sen setiap liter.

"Jika hak ini dikembalikan kepada rakyat, jumlah subsidi yang perlu ditanggung hanyalah sekitar RM7 bilion setahun iaitu 10 peratus dari pendapatan minyak dan gas tahunan yang dibayar kepada kerajaan Persekutuan.

"Jumlah ini adalah kecil berbanding perbelanjaan yang lain dan memberi manfaat kepada 30 juta rakyat Malaysia," dakwa beliau lagi.

Turut dilihat hadir dalam sidang media TURUN pada Khamis ialah Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Ketua Pemuda PAS, Naib Presiden Suhaizan Kayat serta aktivis Hishamuddin Rais.

Rafizi sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan untuk mengadakan demonstrasi jika kerajaan tidak menurunkan harga petrol dan diesel selari dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Pada 31 Disember tahun lalu, ambang tahun baru 2014  di Dataran Merdeka disambut tanpa percikan bunga api, malah konsert yang sedang berlangsung ditamatkan lebih awal sebelum detik 12 malam apabila peserta demonstrasi yang menggelarkan diri mereka Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (TURUN) merempuh masuk ke padang dataran dan mengganggu perjalanan majlis.

Polis menganggarkan kira-kira 5,000 peserta demonstrasi TURUN menceroboh masuk ke Dataran Merdeka setelah merempuh melepasi tiga sekatan pihak berkuasa, dan mengakibatkan dua anggota polis cedera.

Sunday 30 November 2014

PROGRAM JEJAK ASNAF DUN LABU, NEGERI SEMBILAN

Jingga13 Negeri Sembilan dan Panatia Prihatin Jingga13 Malaysia bergabung tenaga menjalankan Program Jejak Asnaf DUN Labu pada 29 November 2014 .

Tuesday 11 November 2014

JINGGA13 SELAR KENYATAAN KETUA PENGARAH JPJ DAN DESAK HENTIKAN OPERASI PLAT PENDAFTARAN KERETA DAN CERMIN GELAP

Kenyataan Media
JINGGA13 MALAYSIA

Tarikh: 11 November 2014

JINGGA13 SELAR KENYATAAN KETUA PENGARAH JPJ DAN DESAK HENTIKAN OPERASI PLAT PENDAFTARAN KERETA DAN CERMIN GELAP

JINGGA13 Malaysia menyelar kenyataan Ketua Pengarah JPJ Dato' Seri Ismail Ahmad yang mengaitkan punca kemalangan jalanraya jumlah 6,915 kematian adalah berpunca daripada kesalahan gagal mematuhi spesifikasi ukuran dan paparan plat nombor pendaftaran kenderaan bukan sahaja terlalu dangkal tetapi amat melucukan.

Dengan mengaitkan operasi  terhadap laporan 50% saman membabitkan kesalahan plat pendaftaran kereta bagi mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan adalah tidak masuk akal dan tidak relevan sama sekali serta dilihat tidak mempunyai alasan yang wajar.

JINGGA13 Malaysia mendesak agar beliau menghentikan operasi Plat Nombor Pendaftaran Kereta dan Cermin Gelap tersebut yang ternyata akan memberikan tekanan kepada rakyat yang sudah pasti dirasai daripada kenaikan kos sara hidup ekoran kenaikkan harga minyak.

Hentikan tindakan dan operasi yang bertujuan untuk terus memberikan kesengsaraan dan tekanan kepada rakyat. 

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia

Tuesday 4 November 2014

Warkah Akhir Untuk Saudaraku ~ Anwar Ibrahim

Saudaraku, esok 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi.Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk
kembali menghumban saya ke penjara.

Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita.

Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini.Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian.

Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan.Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia ditangan kamu semua.Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa.Kamu penentu masa depan negara.
Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua.
Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini.Kita jumpa esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Reformasi! Allahuakbar!

Sekian,
Anwar Ibrahim.
Bukit Segambut,
3 Nov 2014 . 2145hrs