Thursday 19 December 2013

JINGGA 13 BANTAH TINDAKAN KDN GANTUNG AKHBAR MINGGUAN THE HEAT , BUKTI KERAJAAN UMNOBN ANTI KEBEBASAN MEDIA


20 Disember 2013



JINGGA 13 BANTAH TINDAKAN KDN GANTUNG AKHBAR MINGGUAN THE HEAT , BUKTI KERAJAAN UMNOBN ANTI KEBEBASAN MEDIA


JINGGA 13 Malaysia membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri mengantung akhbar mingguan The Heat sebagai bukti Kerajaan UMNOBN adalah anti kebebasan media dan bersikap 'kuku besi'.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat semakin tidak relevan dan mempergunakan kuasa melalui Kementerian Dalam Negeri untuk mengekang amalan demokrasi dan kebebasan media di dalam negara ini sebagai satu signal agar seluruh media di Malaysia wajib tunduk kepada kuasa Kerajaan UMNOBN dan tidak boleh mengkritik atau melaporkan sesuatu yang bersifat profesional,telus dan terbuka.
Ekoran The Heat yang melaporkan artikel berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah yang berjudul "All Eyes On Spending PM Najib" pada November lalu yang mempersoalkan perbelanjaan Perdana Menteri dan isteri beliau , maka The Heat bukan sahaja menerima surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri tetapi juga turut berdepan dengan pengantungan permit akhbar mingguan tersebut.

Kementerian Dalam Negeri sewajarnya tidak dipengaruhi atau dikawal oleh mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri,Isteri Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tetapi bersikap terbuka dan profesional.Tidak sebarang tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh The Heat yang lihat mengugat keselamatan negara.

JINGGA 13 mendesak agar Kementerian Dalam Negeri menghentikan tindakan tidak demokratik dan menarik balik penggantungan permit akhbar The Heat. Tindakan Kementerian Dalam Negeri akan terus dilabel sebagai anti demokrasi dan sudah pasti memberikan kesan negatif kepada gerakan kebebasan media.

Imej Keborosan dan bermewah-mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan khususnya steri beliau Datin Seri Rosmah bukan satu yang boleh ditutup oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri. Rakyat wajar mengetahui bahawa di saat rakyat bergelut dgn pelbagai kenaikan , Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terus memberikan imej negatif kepada rakyat dan negara.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

NIKSON ABDILLAH
Koordinator Panatia Tugas-Tugas Khas
JINGGA 13 Malaysia

Jingga 13 ajak ‘flashmob’ bantah kenaikan kos sara hidup - keadilandaily

Jingga 13 ajak ‘flashmob’ bantah kenaikan kos sara hidup

JOM FLASH MOB BANTAH KENAIKAN!
flashmob
Isu ‘kenaikan berantai’ oleh Kerajaan benar-benar akan memberikan impak yang cukup besar kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada majoriti rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan fakir miskin.

Selepas PRU 13 Kerajaan telah memulakan dengan kenaikan harga petrol,diikuti pula kenaikan harga gula yang menyebabkan barang makanan yang berteraskan gula mengalami kenaikan harga.
Tahun 2014 pula rakyat akan berdepan dengan “kenaikan berantai” iaitu kenaikan Astro, kenaikan tarif elektrik berjumlah 15%,diikuti pula kenaikan tambang LRT dan Monorel,kenaikan tol,tambang bas sekolah bakal naik 40%,kenaikan Cukai oleh DBKL serta kenaikan Cukai Jalan dan Gas Masakan turut akan dilaksanakan dan perlaksanaan GST pada 2015.
Jingga_13
Justeru , sebagai tanda bantahan secara AMAN , rakyat diseru untuk hadir ke JOM FLASH MOB BANTAH KENAIKAN! akan diadakan pada 22 Disember 2013 , Ahad , jam 4 petang di hadapan Sogo,Kuala Lumpur dengan memakai pakaian berwarna hitam.

Flash Mob ini adalah merupakan satu tanda dan manifestasi bantahan secara aman terhadap segala siri kenaikan atau ‘kenaikan beratai’ yang bakal dilaksanakan pada Januari 2014 yang merupakan tindakan yang melampau dan menzalimi rakyat khususnya rakyat yang berpendapatan rendah dan golongan fakir miskin.
JOM Flash Mob Bantah Kenaikan!
Muafakat, Prihatin, Berani
FARIZ MUSA

Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57458

Laporan SPRM Terhadap Konspirasi Penjualan Tanah Penduduk Kg Hakka!!

Jingga 13 Malaysia diwakili Setiausaha Jingga 13 Malaysia , Sdr DK Vicky & Koordinator Panatia Hubungan Kaum, Sdr Ah Goh telah bersama penduduk yang teraniaya membuat aduan SPRM berkaitan Konspirasi Penjualan Tanah Kampung Hakka, Mantin. 

Laporan SPRM tersebut dilakukan pada jam 10pagi tadi di pejabat SPRM Kuala Lumpur, Jalan Cochrane (berdekatan Jusco Taman Maluri, Cheras). 


 







Wednesday 18 December 2013

SEBARKAN ! JOM FLASH MOB BANTAH KENAIKAN !


JINGGA 13 BERSAMA PENDUDUK KG HAKKA DI SPRM KUALA LUMPUR

JINGGA 13 Malaysia akan berama penduduk Kg. Hakka , Mantin yang akan membuat aduan kepada SPRM berkaitan Konspirasi Penjualan Tanah Kampung Hakka, Mantin pada 19.12.13 (Khamis) , jam 10pagi di SPRM Kuala Lumpur, Jalan Cochrane (berdekatan Jusco Taman Maluri, Cheras) . 


Koordinator Panatia Hubungan Kaum Komrad Ah Go bersama Timbalan Koordinator Penerangan Komunikasi Komrad Orenji dan Timbalan Koordinator Jinggawanis Komrad Aza sebelum ini sentiasa hadir di setiap perjumpaan penduduk Kg. Hakka untuk memberikan sokongan kepada mereka .

JINGGA 13 Malaysia sudah bersama dengan penduduk Kg. Hakka daripada awal lagi dan sentiasa hadir dalam beberapa siri perjumpaan yang diadakan di Kg. Hakka serta bersama dalam perjuangan mereka yang diinaya dan dizalimi. 

Penduduk Kg Hakka adu salah laku pemaju ke SPRM

KUALA LUMPUR 18 DIS: Penduduk Kampung Hakka, Mantin ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) esok untuk membuat aduan berhubung salah guna kuasa dan rasuah dalam konspirasi penjualan tanah.
kampunghakka2
Aduan dibuat terhadap pemaju Mega 9 Housing Sdn Bhd. kerajaan Negeri Sembilan, Majlis Perbandaraan Nilai dan anggota polis dari balai Mantin dan Nilai jam 10 pagi esok di ibu pejabat SPRM, Cheras.
Berlaku pertikaian antara penduduk dan pihak pemaju bermula pada 2011 selepas mereka diarahkan mengosongkan kawasan seluas kira-kira 15 hektar bagi memberi laluan kepada pihak pemaju untuk penggunaan komersil.
Pada 31 Oktober lalu, dua ahli parlimen dan empat Adun Pakatan Rakyat antara 19 individu yang ditahan polis dalam operasi perobohan di Kg Hakka. - Keadilandaily 


JINGGA13 DESAK DATUK SERI NAJIB RAZAK KOTAKAN JANJI “TIADA KENAIKAN TOL DALAM TEMPOH 5 TAHUN” DALAM BUDJET 2011


18 Disember 2013


JINGGA13 DESAK DATUK SERI NAJIB RAZAK KOTAKAN JANJI “TIADA KENAIKAN TOL DALAM TEMPOH 5 TAHUN” DALAM BUDJET 2011


Jingga13 Malaysia mendesak Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ,Datuk Seri Najib Razak mengotakan janji yang telah dibuat dalam budjet 2011 sepertimana di bawah :


"Kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat. Untuk meringankan beban pengguna lebuh raya, sukacita saya mengumumkan kadar tol di empat lebuhraya milik PLUS Expressway Berhad TIDAK AKAN DINAIKKAN BAGI TEMPOH 5 TAHUN AKAN DATANG bermula serta merta..."


Atau boleh dilayari sepertimana di http://www.treasury.gov.my/bajet2011/data/ucapan/ub11.pdf


Tidak sampai tempoh 5 tahun daripada Budjet 2011,Kerajaan UMNOBN tiba-tiba bakal ‘menghadiahkan’ kenaikan Tol pada awal tahun 2014 , sepertimana dinyatakan oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar ,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahawa kenaikkan tol tidak dapat dielakkan dengan alasan kerana perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi.

Tindakan tersebut membuktikan bahawa kerajaan UMNOBN tunduk kepada syarikat konsesi tanpa mengambil kira situasi dan bebanan rakyat yang ditanggung , sedangkan janji yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak sewaktu membentangkan Budjet 2011 iaitu tidak akan menaikkannya dalam masa 5 tahun terutama di empat lebuhraya milik PLUS ternyata BERBOHONG DAN MENIPU RAKYAT.


Sedangkan tiga pemegang konsesi utama lebuhraya terbesar iaitu Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) , Prolintas dan Gamuda adalah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan . PLUS yang dikuasai oleh Khazanah dan Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Prolintas dimiliki Permodalan Nasional Berhad(PNB).Manakala Gamuda walaupun sebuah syarikat swasta namun terdapat agensi-agensi kerajaan memiliki sekurang-kurangnya 22.59% pegangan saham.


Ini bermakna kerajaan mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar termasuk merundingkan semula perjanjian yang telah dibuat antara kerajaan dan syarikat konsesi demi kepentingan rakyat . Malah sepertimana kenyataan YB Sdr Rafizi Ramli,Ahli Parlimen Pandan bahawa kesemua syarikat konsesi lebuhraya tersebut memperolehi keuntungan berlipat ganda dan bertambah setiap tahun.


Kenyataan dangkal oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar ,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang meminta sesiapa tidak setuju dengan kenaikkan Tol supaya melalui jalan lain , menunjukkan betapa rendahnya mentaliti dan kualiti seorang yang bergelar menteri dalam kabinet Kerajaan Malaysia.


Jingga13 Malaysia mendesak agar pihak kerajaan sedar dan menghormati bahawa 53% rakyat Malaysia bersetuju mengundi Pakatan Rakyat antaranya bersetuju dengan manifesto dan Janji Jingga Pakatan Rakyat iaitu  "Tol Percuma" bukannya sepertimana langkah Kerajaan UMNOBN selepas PRU13 tanpa perikemanusiaan dan keprihatinan  dengan menaikkan Tol , dalam masa yang sama rakyat menghadapi tekanan ekonomi yang menyesakkan mereka daripada “kenaikan berantai” iaitu harga petrol,gula,Astro serta yang bakal dihadapi pada tahun 2014 iaitu kenaikan tarif elektrik,tambang LRT dan Monorel, tambang bas sekolah 40%,cukai jalan dan sebagainya yang pastinya akan berlaku kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup.


Ternyata Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan UMNOBN menipu dan terus menekan serta menzalimi rakyat sedang beliau terus menunjukkan budaya berbelanja mewah dan boros . Datuk Seri Najib Razak tidak layak memimpin negara ini dan dilihat lemah sehingga tunduk kepada syarikat konsesi.


Jingga13 Malaysia menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bangkit membantah tindakan kerajaan UMNOBN khususnya kenaikan Tol serta "kenaikan berantai" lain  yang akan memberikan kesan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.


Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator

JINGGA 13 Malaysia

JINGGA 13 LANCAR #BantahTolNaik

Jingga 13 telah lancarkan #BantahTolNaik bagi terus memberikan kesedaran kepada rakyat dalam media sosial terhadap bantahan kenaikan tol pada tahun 2014 .

Kenyataan Datuk Seri Abdul Wahid Omar , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menyatakan terpaksa menaikkan tol dengan alasan perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi . Sedangkan syarikat konsesi telah berjaya mengaut keuntugan berlipat ganda . 

Ternyata kerajaan terpaksa tunduk kepada syarikat konsesi sedangkan kerajaan mempunyai kuasa dalam syarikat konsesi seperti PLUS , Prolintas dan Gamuda . 

Bersama kita bantah kenaikan yang sudah pasti akan membebankan rakyat . #BantahTolNaik

KENAIKAN TOL 2014

LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA  RM1.30 to RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50

PANTAI RM1.50 TO RM2.50

DAMASARA RM1.00 TO RM1.50

KIARA RM2.00 TO RM3.00

LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00

Tuesday 17 December 2013

SEBARKAN ! PELANCARAN KEMPEN #FAHAM GST - TOLAK GST !



AWAS! BERITA PALSU UNTUK BURUKKAN KERAJAAN PR SELANGOR!

Sekiranya anda menerima apa2 kenyataan tentang Program Jom Shopping Kembali ke Sekolah dengan bantuan baucher RM200 sila maklum bahawa ianya adalah palsu yang disebarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab bertujuan mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Tolong sebarkan.



-YB Dr Halimah, Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor

Monday 16 December 2013

Rakyat makin sengsara dengan pelbagai kenaikan oleh kerajaan - keadilandaily

Rakyat makin sengsara dengan pelbagai kenaikan oleh kerajaan

Rakyat Makin Sengsara Dengan Pelbagai Kenaikan Oleh Kerajaan UMNO-BN

Rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan fakir miskin bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan selepas PRU13 bermula dengan kenaikan petrolieum.Kenaikan gula turut diikuti selepas pembentangan budjet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan.
JINGGA 13Kini seluruh pengguna Astro pula berdepan dengan kenaikan RM2 bagi Pakej Famili dan RM6 bagi Pakej Sukan yang telah berkuatkuasa 11 November 2013 turut menambahkan tekanan pada lebih 3juta pengguna Astro yang terpaksa membayar kenaikan pakej tersebut sedangkan Astro umumkan perolehan RM2.3 Billion untuk 6 bulan pertama berakhir 31 Januari 2014 iaitu peningkatan 13 peratus. Sedangkan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.
Bermula Januari 2014 pula rakyat Malaysia pula akan berdepan dengan kenaikan elektrik sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Maximus Ongkili baru-baru ini sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, manakala di Sabah dan Labuan berjumlah 5sen. Satu kenaikan yang sangat ketara.
Wargakota Kuala Lumpur pula bakal berdepan dengan kenaikan tambang LRT dan Monorel berkuatkuasa pada 2014 sudah pasti akan membebankan para pengguna pengangkutan awam tersebut. Kerana LRT dan Monorel adalah merupakan pengangkutan golongan berpendapat rendah dan sederhana, mahasiswa, pelajar-pelajar dan warga miskin.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula telah mengesahkan bahawa kadar TOL akan dinaikkan pada tahun 2014 dengan alasan terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya.
JINGGA 13 Malaysia yakin beberapa siri kenaikan lagi bakal dikenakan kepada rakyat ekoran siri kenaikan selepas PRU13 dan bakal dilaksanakan pada tahun 2014 turut mengundang kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup yang sudah pasti memberikan kesan kepada rakyat.
Kerajaan UMNOBN terus gagal memberikan kelegaan dan keselesaan kepada rakyat tetapi memberikan tekanan tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusiaan ekoran kenaikan yang bakal dihadapi dan diterima oleh rakyat seluruhnya. Kenaikan harga barang makanan dan barang-barang keperluan terus meningkat manakala gaji dan pendapatan rakyat tidak naik malah berdepan dengan cukai yang terus membebankan mereka.
JINGGA 13 Malaysia mendesak Kerajaan UMNOBN menghentikan segala siri kenaikan dengan mengambil kira kesengsaraan majoriti rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan serderhana serta golongan fakir miskin.
Muafakat, Prihatin, Berani

Zainal Abidin Bin Abu Bakar
Koordinator Panatia Ekonomi
JINGGA 13 Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57282

Jingga13 Malaysia Bersama Dalam Himpunan Bantah Kenaikan Cukai DBKL