Friday 6 December 2013

Misi Prihatin Jingga 13 ke Kuantan

Jingga 13 Malaysia akan menghantar Pasukan Prihatin Jingga 13 ke Kuantan bagi membantu mangsa banjir bermula 7 Disember 2013 .

" Atas prinsip prihatin dan kemanusiaan , Jingga 13 akan bersama sukarelawan untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang sangat menyedihkan di Kuantan " ujar Sdr. Tenku Zackria , Koordinator Panatia Prihatin dan Kebajikan Jingga 13 Malaysia . 

"Pasukan Prihatin 1 akan berada selama 3 hari di sana bermula 7 Disember dan disambung pula oleh Pasukan Prihatin 2 selama 3 hari . Sekiranya suasana banjir masih berterusan Panatia Prihatin dan Kebajikan akan menghantar pasukan seterusnya " , ujar beliau lagi.

Misi Prihatin Jingga 13 memerlukan bantuan kewangan bagi menjalankan tugas melibatkan kos pengangkutan , tol dan makan minum , justeru meminta agar mana-mana pihak dapat menyalurkan batuan kewangan melalui akaun Bendahari Jingga 13 Malaysia , Pn. Mawar di Maybank 162272638343 Rohaida Mansor atau melalui akaun Jingga 13 ( rujuk Tentang Kami ) atau menghubungi Pn. Mawar di talian 016-9572823.

Diharapkan Pasukan Misi Prihatin Jingga 13 dapat memberikan bantuan yang terbaik di Kuantan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan . Pasukan Prihatin Jingga 13 akan bergabung dengan sukarelawan yang turut bersama membantu mangsa banjir di sana. 

Wednesday 4 December 2013

ARKIB JINGGA 13 : SPRM kena ambil tindakan kepada Muhyiddin, kata Jingga 13 - freemalaysiatoday

SPRM kena ambil tindakan kepada Muhyiddin, kata Jingga 13

Zabidi Saidi
 | November 21, 2013
Ia merupakan satu tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh SPRM di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009.
PETALING JAYA: Jingga 13 mendesak SPRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap salahlaku guna kuasa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam meluluskan kebenaran menggunakan jet peribadi kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar.
Menurut Ketua Koordinatornya, Faris Musa, timbul rasa kurang senang rakyat apabila Rosmah telah menggunakan wang rakyat bagi menaiki jet peribadi yang telah diluluskan oleh Muhyiddin Yassin sewaktu mempengerusikan mesyuarat kabinet untuk perjalanan  tersebut yang ternyata adalah bersifat peribadi
“Ia merupakan satu tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh SPRM di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009 kerana telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Katanya lagi, penjelasan Ahli Parlimen Pengerang,Datuk Azalina Othman bahawa Rosmah telah menggunakan jet peribadi bagi menghadiri ke Persidangan Wanita di Qatar bukan di atas kapasiti mewakili kerajaan tetapi merupakan jemputan peribadi.
“Sebagai Timbalan Perdana Menteri,Muhyiddin seharus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Rosmah dijemput menghadiri persidangan tersebut di atas kapisiti peribadi dan bukannya di atas jemputan rasmi mewakili kerajaan Malaysia.
“Sudah pasti wang rakyat cukup banyak digunakan untuk pembiayaan kos jet peribadi tersebut bagi tujuan lawatan peribadi,” katanya.
Tambahnya lagi, SPRM perlu bertindak secara profesional dan adil.
“Tindakan Muhyiddin sewajarnya diambil satu tindakan yang tegas kerana beliau adalah merupakan Timbalan Perdana Menteri dan ianya boleh menjadi satu contoh yang tidak baik kepada kakitangan kerajaan,” ujarnya lagi.

ARKIB JINGGA 13 : Jingga 13 terjah Hotel Shangri-La - harakahdaily

Ruj. Kami: J13/2012/01/1(04)
Tarikh: 13 Mac 2012

Tuan Pengurus Besar,
Shangri-La Hotel Kuala Kumpur,
11 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Tuan,

MOHON PENGESAHAN “BANQUET EVENT ORDER” DAN PENJELASAN PEMBAYARAN MAJLIS PERTUNANGAN ANAK PEREMPUAN PERDANA MENTERI

Adalah dengan segala hormatnya, kami mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Shangri-La Hotel adalah merupakan sebuah hotel yang berprestij tinggi bertaraf 7 bintang dan antara hotel terkemuka di dunia yang sudah pasti mengutamakan kepada ketelusan dan profesional agar terus diyakini dan diiktiraf sebagai hotel yang cemerlang .

2. Sepertimana  yang dimaklumkan, bahawa satu pendedahan oleh Sdr. Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat bertarikh 9 Mac 2012 adalah berdasarkan kepada Banquet Event Order yang telah dikeluarkan atas nama Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, rujukan BEO#: 14,500 bertarikh 13 Jun 2011 berhubung majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri dan isteri yang berlangsung pada 17 Jun 2011 di Seri Perdana di mana pihak tuan sebagai caterer yang dilantik.

3. Untuk makluman tuan, berdasarkan dokumen tersebut sejumlah RM409,767 wang rakyat telah digunakan bagi tujuan majlis pertunangan anak Perdana Menteri dan isteri yang bersifat peribadi dan rakyat berhak mendapatkan maklumat yang benar dan tepat daripada pihak tuan.

3. Sehingga ke saat ini, rakyat masih tertunggu sebarang kenyataan dan penjelasan yang benar dan profesional tanpa prejudis daripada pihak tuan terhadap pendedahan tersebut, lebih-lebih lagi ianya adalah melibatkan hotel tuan .

4. Kami memohon agar pihak tuan mengesahkan bahawa Bonquet Event Order di atas nama hotel tuan sepertimana lampiran adalah benar dan segala bil dan pengurusan adalah dibiayai oleh Pejabat Perdana Menteri.

5. Pihak Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan ringkas menafikan bahawa kos majlis pertunangan tersebut adalah dibiayai sepenuhnya oleh Perdana Menteri dan keluarga beliau bukannya Pejabat Perdana Menteri melalui wang rakyat. Justeru sekira ianya adalah benar, kami memohon agar dapat dibuktikan oleh pihak tuan berdasarkan segala salinan bayaran kos tersebut secara terbuka dengan penuh kejujuran dan profesional.

6. Ketelusan, kejujuran dan sikap profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak adalah sangat penting bagi membuktikan pihak tuan khususnya Shangri-La Hotel akan terus dianggap sebagai sebuah hotel yang benar-benar disegani dan dihormati .

7. Kami sedikit pun tidak menyalahkan pihak tuan kerana pihak tuan menjalankan tanggungjawab berdasarkan tempahan dan persetujuan bagi memastikan perjalanan majlis pertunangan tersebut berjalan dengan jayanya dan memenuhi segala keperluan dan kehendak penganjur.

8. Kerjasama dan komitmen pihak tuan sangat-sangat diharapkan dan menjadi harapan kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Terima kasih.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Saya yang menjalankan tugas,

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

ARKIB JINGGA 13 : Jingga 13 S’wak desak tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kekayaan keluarga Taib Mahmud

Jingga 13 S’wak desak tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kekayaan keluarga Taib Mahmud

Jingga 13 Sarawak amat terkejut terhadap keterangan dalam mahkamah oleh seorang pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank Musinah Manap yang mengesahkan bahawa anak lelaki Ketua Menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir membelanjakan RM780,520.88 dalam tempoh masa 6 bulan pertama tahun ini dengan menggunakan kad caj.
Di antara perbelanjaan luar biasa Mahmud Abu Bekir mengikut keterangan bersumpah Musinah Manap diantaranya adalah pada bulan Januari sebanyak RM166,332.37; Februari – RM148,763.88; Mac – RM102,236.85; April – RM172,193.23; Mei – RM39,454.70 dan June – RM153,539.85. Jumlah keseluruhannya sebanyak RM782,520.88.
Ini tidak termasuk jumlah RM100 juta yang berada di dalam akaun luar negara seperti yang didedahkan oleh bekas isteri beliau Shahnaz Abdul Majid. Shahnaz sedang menuntut RM100 juta untuk Mutaah, berikutan perceraian mereka, dan RM300 juta tuntutan bagi harta sepencarian. Pasangan tersebut bercerai Mei lalu dan perbicaraan yang berjalan sejak 2011 ini adalah bagi menuntut sejumlah RM400 juta daripada Abu Bekir.
Persoalannya, berapakah jumlah harta kekayaan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir sebenarnya? Dari mana beliau mendapat kekayaan luarbiasa begitu?
Sebelum itu, Bruno Manser Fund juga telah mengeluarkan laporan tentang kepentingan perniagaan dan kekayaan peribadi Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan ahli keluarga beliau. Menurut laporan itu, aset haram keluarga Taib dianggarkan bernilai lebih USD20billion (RM64billion).
Namun walaupun isu hangat tentang kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak ini telah berlanjutan sejak sekian lama namun sehingga sekarang tiada tindakan siasatan dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jingga 13 Sarawak mengesyorkan supaya SPRM memanggil saksi-saksi di Mahkamah Syariah itu untuk diambil keterangan dan rekod pendedahan mereka supaya kertas siasatan dapat dikeluarkan segera sekiranya pihak SPRM masih gagal memperolehi bukti-bukti kukuh.
Jingga 13 Sarawak menuntut sebuah Suruhanjaya Bebas ditubuhkan untuk menjalankan siasatan segera terhadap kemewahan luar biasa Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya serta pimpinan BN kerana SPRM gagal bertindak telus, adil dan profesional dalam menyiasat skandal kemewahan tersebut.
Pendedahan kakitangan Maybank tersebut adalah bukti bagaimana mewahnya anak Tan Sri Taib Mahmud yang perlu disiasat secara serius.
Rakyat Sarawak berhak mengetahui kedudukan sebenar sebelum mereka membuat keputusan untuk memilih kerajaan didalam pilihanraya umum nanti.
Nikson Abdillah
Koordinator Jingga 13 Sarawak

ARKIB JINGGA 13 : Jingga 13: Kenyataan Naib Ketua Puteri Umno biadab - sinar harian

Jingga 13: Kenyataan Naib Ketua Puteri Umno biadab
KUALA TERENGGANU – Jingga 13 Terengganu meminta Naib Ketua Puteri Umno, Shahanim Md Yusuf menarik balik kenyataannya berhubung isu ‘perut’ kepada rakyat negara ini.

Merujuk kenyataan beliau kepada sebuah portal berita baru-baru ini, Shahanim mendakwa rakyat seolah-olah memikirkan perut sendiri berbanding isu menjelang pilihan raya umum.
Koordinator Jingga 13 Terengganu, Wan Mohd Azziadi Wan Abd Jalil bagaimanapun menyifatkan kenyataan itu  sebagai biadab.

“Dalam hal ini, Jingga 13 mewakili seluruh rakyat Malaysia menggesa supaya Shahanim menarik balik kenyataan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Sinar Harian, di sini.

Pada masa sama katanya, kenyataan sedemikian juga seolah-olah menunjukkan rakyat Malaysia hanya mementingkan perut tanpa mempedulikan kepentingan awam dalam memilih kerajaan.

Sehubungan itu, beliau turut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Shahanim kepada rakyat akibat keterlanjuran kata-kata yang dibuat oleh pemimpin Puteri Umno itu.
Kenyataan Shahanim dipetik dalam The Malaysian Insider bertarikh 28 November lalu sebagaimana berikut: “Rakyat senang sahaja…rakyat tidak fikir dah isu, bila dekat pilihan raya, mereka fikir perut dia sendiri sahaja, siapa yang tolong (baiki) rumah dia, perut dia.”

Wan Mohd Azziadi turut melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan sedemikian yang dilihat menghina rakyat khususnya pengundi, apatah lagi dikeluarkan oleh pemimpin sayap parti Umno.

Katanya, kenyataan itu secara tidak langsung turut menimbulkan tanda tanya sama ada kejayaan BN mentadbir negara hari ini hasil daripada mengutamakan ‘perut’ sendiri atau sebaliknya.

“Sebagai rekod, sejak pilihan raya pertama diadakan di negara ini, Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dahulunya dikenali sebagai Parti Perikatan tidak pernah kalah sehingga ke hari ini.

“Ia mewujudkan persoalan adakah selama ini rakyat memilih Umno dan BN hanya kerana mereka telah berjaya mengutamakan ‘perut’ mereka semata-mata?” katanya.

ARKIB JINGGA 13 : Gaji RM500, Robengah mampu bina rumah RM100K.. Jingga 13 serah memo minta penjelasan Rais

Friday, October 19, 2012

Gaji RM500, Robengah mampu bina rumah RM100K.. Jingga 13 serah memo minta penjelasan Rais


Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.

Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.

Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.


“Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah,” kata Fariz.

“Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja,” kata Fariz.

Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.


Rumah jirannya disebelah kanan


Rumah jirannya disebelah kiri
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung ‘menyelamatkan’ Rais daripada tuduhan itu.

“Adakah wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuan diperkosa oleh Datuk Seri Rais Yatim?”

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa semalam, satu memorandum telah diserahkan kepada Rais Yatim hari ini dan telah diterima oleh Ketua Pentadbiran Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

ARKIB JINGGA 13 : Isu Kondo NFC di Marina Bay Suites: Jingga 13 Desak SPRM

Wednesday, February 08, 2012


Isu Kondo NFC di Marina Bay Suites: Jingga 13 Desak SPRM

Jingga 13 meneruskan langkah untuk membongkar dan mendesak pendakwaan terhadap pesalah laku dalam skandal penyelewengan NFC. Terbaru, seperti yang didedahkan oleh Sdr Rafizi Ramli Pengarah Strategik bahawa terdapat satu lagi keraguan pemilikkan aset oleh anak beranak Datuk Seri Shahrizat Jalil iaitu Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Aset ini adalah dua unit kondominium di Marina Bay Business Centre yang berharga RM 34.6 juta.

Laporan akan dibuat di Bangunan SPRM Selangor, Shah Alam 9 Februari 2012 jam 11.00 pagi. Laporan ini akan diket
uai Sdr Fariz Musa, Ketua Koordinator Jingga 13.

ARKIB JINGGA 13 : Jingga 13 dipanggil bantu siasatan isu kondo, LPT - HARAKAH

Jingga 13 dipanggil bantu siasatan isu kondo, LPT


Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Jingga 13 hari ini dipanggil untuk membantu siasatan ke atas dua kes berasingan, masing-masing bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman PDRM dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berikutan isu skandal penyelewengan pembelian kondominium mewah One Menerung dan penyelewengan Lebuhraya Pantai Timur 2, Jabor. “Kedua-duanya akan berlangsung di Bandaraya Shah Alam pada pukul 2 .00 petang,” kata setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad dalam satu kenyataan.
Menruutnya, Jingga 13 telah membuat laporan SPRM untuk menyiasat skandal penyelewengan pembelian kondominium mewah One Menerung pada 10 November 2011 di Bangunan SPRM Selangor, Shah Alam namun sehari selepas itu, pengadu telah dihubungi oleh pegawai penyiasat SPRM mengatakan kes itu telah diserahkan kepada PDRM untuk disiasat kerana tidak berada dalam bidang kuasa SPRM, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Pengadu telah dihubungi oleh Supt. Ravindan dari JSJ Komersial Bukit Aman lewat petang semalam dan memaklumkan untuk merekodkan kenyataan pengadu di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di Shah Alam pada pukul 2.00 petang,” ujarnya lagi.
Tambahnya, manakala untuk isu penyelewengan Lebuhraya Pantai Timur 2, Jabor Terengganu, Jingga 13 telah membuat aduan ke SPRM Terengganu pada 17 November 2011 selalu kepada pegawai penyiasat Ahmad Shukri Mustafa namun tiada sebarang kenyataan direkodkan melainkan salinan laporan diambil.
Katanya, awal pagi Ahad yang lalu, pengadu telah dihubungi dan menetapkan tarikh 23 November  2011 untuk proses merekod kenyataan, kemungkinan besar di pejabat SPRM Selangor, Shah Alam.
“Jingga 13 telah maklum mengenai dua perkara ini dan akan hadir di tempat-tempat yang disebutkan untuk memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa,” katanya.
Sehubungan itu,  katanya Jingga 13 menjemput rakan-rakan media untuk turut serta dalam proses mengambil keterangan hari ini.
Beliau berkata, Jingga 13 akan terus memberikan komitmen terhadap isu-isu rakyat dan tidak akan sesekali mundur dan menyerah.

ARKIB JINGGA 13 : Jingga 13 tinjau kondo mewah milik Shahrizat - keadilandaily

Jingga 13 tinjau kondo mewah milik Shahrizat

(Oleh Nabiha Hamid)
PETALING JAYA 29 Dis: Ekoran laporan KEADILAN terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembelian kondominium mewah berjumlah RM9.9 juta, badan bebas Jingga 13, mengadakan misi
lawatan ke Singapura bagi melakukan siasatan.
Sebelum ini, KEADILAN mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dianugerahi projek lembu telah menyeleweng dana duit rakyat sebanyak RM250 juta yang dimiliki syarikat National Feedlot Corporation (NFC).
“Kami (Jingga 13) telah ambil keputusan turun ke Singapura pada 23 Disember lalu untuk mengenal pasti aset, benar ataupun tidak. Akhirnya kami bertemu dengan kondo yang tersergam indah,” kata Pengerusinya, Fariz Musa pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun mengalami kesukaran kerana berulang kali dihalau oleh pegawai keselamatan, namun akhirnya berjaya menyelinap masuk ke dalam kondo tersebut.
“Kondo Orchard Scotts – kondominium mewah yang sangat selesa serta dikawal rapi. Nak ambil gambar pun kena ada kebenaran. Jingga 13 berjaya membuat rakaman video untuk menunjukkan kondo mewah keluarga
Shahrizat tersebut,” katanya.
Jingga 13 turut menjumpai restoran mewah Meatwoks di ION Orchard Mall iaitu sebuah gedung terbuka yang merupakan perniagaan peribadi keluarga Shahrizat.
Bagaimanapun restoran tersebut lengang malah tidak ramai pelanggan.
“Restoran lengang tiada orang, kedai di kiri kanan ramai orang, Meatworks kami tunggu sampai tengahari tidak ada orang lain yang masuk. Syarikat ini bukan saja mampu menyewa satu shop lot tapi dalam masa sama disewa ruang legar. Sudah pasti kos adalah lebih tinggi,” katanya.
SPRM bercakap dengan ‘lembu’?
Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin pada sidang media yang sama turut mengecam tindakan kerajaan yang masih lagi tidak menyoal siasat suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail.
“Setakat ini laporan polis telah dibuat di seluruh negara. Sekurang-kurangnya Datuk Salleh sudah dipanggil untuk disoal siasat. SPRM kata dah 75 orang telah ditemubual tapi takkan tiada apa yang dapat dikesan? Melainkan kalau dia bercakap dengan lembu.
“Malah satu jawatankuasa ditubuhkan oleh SPRM dan penyiasatan akan merangkumi semua aspek, tapi sekiranya tidak ada apa-apa yang berlaku lepas ini mengenai skandal ini, kita akan desak Shahrizat dedahkan aset mereka dalam tempoh lima tahun ke belakang,” cabar Zuraida.

ARKIB JINGGA 13 : Isu IC: Jingga 13 serah memo kepada IGP - malaysiakini

Isu IC: Jingga 13 serah memo kepada IGP
 
Sekumpulan aktivis sebuah NGO hari ini menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung dakwaan isu pemberian kerakyatan dan hak mengundi kepada warga asing.

Seramai 12 orang dari Sekretariat Jingga 13 yang diketuai ketua koordinatornya Fariz Musa menghantar memorandum tersebut di ibupejabat polis Bukit Aman kira-kira jam 3.15 petang tadi.

NONEMemorandum tersebut disampaikan kepada Pegawai Penerbitan Cawangan Perhubungan Awam DSP N Venugopal di hadapan pintu masuk ke ibupejabat polis itu.

Dalam memorandum tersebut, mereka mendesak supaya Ismail mengambil tindakan tegas berhubung perkara tersebut yang didakwa mereka sebagai "satu pengkhianatan" kepada negara.

"Ini satu perkara yang serius...Kami berharap ketua polis negara membuat siasatan segera terhadap memorandum ini dan mengambil tindakan tegas (terhadap mereka yang terbabit)," kata Fariz.

Dakwanya, ia berdasarkan bukti-bukti sumber berita yang dilaporkan dalam Wikileaks, Malaysiakini dan laman sesawang stesen TV SCTV di Indonesia.

Antaranya adalah dakwaan Wikileaks yang mendakwa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengaku mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah.

Bagaimanapun, Abdul Rashid dilapor oleh akhbar New Straits Times,menafikan dakwaan dalam Wikileaks itu dan menegaskan beliau “tidak kena-mengena” dengan pengeluaran kad pengenalan itu.

Dalam laporan itu, beliau juga menekankan bahawa pengeluaran kad pengenalan bukan di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu tetapi di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Apa yang SPR lakukan ialah hanya untuk mendaftarkan warganegara dengan kad pengenalan sebagai pengundi," kata Abdul Rashid dalam laporan tersebut bulan lalu.

Selain itu, sekretariat itu turut melampirkan laporan laman web SCTV bertarikh 25 Ogos 2005 yang mendakwa ribuan nelayan Bugis yang berasal dari Indonesia telah diberikan MyKad.

Fariz yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR memberitahu pemberita demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut.

NONESekretariat itu juga melampirkan laporan-laporan berita tersebut yang dikepilkan bersama sebagai bukti dalam memorandum 13 muka surat itu.

Ia juga memohon agar satu siasatan menyeluruh dibuat terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) berhubung dakwaan "kewujudan identiti palsu dalam daftar pemilih SPR".

Fariz berkata tindakan menyerahkan memorandum itu sebagai langkah susulan selepas membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, bekas timbalan ketua Angkatan Muda PKR (AMK) berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklum balas berhubung aduan mereka itu.
"Kita tidak mahu timbulnya prejudis (rakyat) yang menggambarkan polis juga terlibat jika tiada tindakan," katanya.

ARKIB JINGGA 13 : Dana projek lembu beli kondo, NGO lapor pada SPRM - malaysiakini

Dana projek lembu beli kondo, NGO lapor pada SPRM
6:48PM Nov 11 2011 
NGO Jingga 13 yang dikaitkan dengan PKR, telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Jingga 13, dalam satu kenyataan semalam, berkata setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad telah membuat laporan tersebut.

Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) telah digunakan untuk pembelian satu unit berharga RM9.8 juta di projek berprestij One Menerung.

NONENGO itu berkata maklumat yang diperolehi itu menunjukkan bukti jelas berlaku pecah amanah.

Semalam, PKR mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Beliau mendakwa, bayaran penuh bagi pembelian kondominium itu telah dibuat melalui empat transaksi pindahan akaun NFC kepada satu pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009.

ARKIB JINGGA 13 : NFC: Laporan SPRM dibuat pada Muhyiddin, Noh

NFC: Laporan SPRM dibuat pada Muhyiddin, Noh
3:18PM Dis 14 2011 
Satu lagi laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua lagi menteri berhubung kontroversi berpanjangan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

NONEKetua penyelaras NGO JINGGA 13 Fariz Musa (kanan) berkata, aduan itu dibuat ekoran kenyataan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bulan lalu bahawa wang projek lembu itu dikeluarkan sebelum perjanjian dibuat pada 2010.

"JINGGA 13 juga mempertikai dan mempersoalkan berkaitan penyaluran tersebut sebelum perjanjian di buat. Kenapa sangat istimewa?" soalnya.

Selain Muhyiddin, turut dinamakan dalam aduan itu penyandang menteri sekarang Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Mustapa Mohamed.

Muhyiddin menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selama lima tahun sehingga 2008. 

Pengerusi PAC pada 23 November dilapor berkata, kelemahan paling ketara dalam projek itu apabila kesemua wang dikeluarkan sejak 2008 hingga akhir 2009 tetapi perjanjian dilakukan pada tahun berikutnya.

Katanya, PAC mendapati banyak kelemahan berpunca daripada pengurusan syarikat berkenaan yang mana terdapat keadaan tidak selari antara pengurusan dengan perlaksanaan.

Dalam kenyataannya selepas membuat laporan di pejabat SPRM Shah Alam hari ini, NGO yang dekat dengan PKR itu mendakwa, siasatan PAC menjadi "bukti nyata terhadap salah guna kuasa" yang berlaku.

"Heret segera penjenayah dan pengkhianat wang rakyat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan," kata Fariz lagi.

ARKIB JINGGA 13 : Dakwaan belanja besar, Jingga 13 gesa SPRM siasat - malaysiakini

Dakwaan belanja besar, Jingga 13 gesa SPRM siasat
 
NGO yang ada kaitan dengan PKR - Jingga 13 - membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, menggesanya menyiasat dakwaan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja besar semasa bercuti di Australia.

NONEKumpulan itu memetik satu laporanMalaysiakini yang merujuk kepada satu artikel dalam akhbar Australia -Sydney Morning Herald - tulis kolumnis Andrew Hornery yang menggelar Rosmah sebagai "First Lady of Shopping' kerana dikatakan telah membelanjakan RM300,000 membeli-belah di butik mewah pereka fesyen di Sydney, Carl Kapp.

Bercakap dalam sidang media sebelum membuat laporan tersebut, ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa (kiri) mengulangi cabaran kepada Rosmah, menyaman penerbitan tersebut, Hornery dan Kapp sendiri yang mengesahkan perkara itu, jika ia benar-benar fitnah.

Dalam memfailkan laporan di pejabat SPRM Shah Alam, NGO itu mendesak suruhanjaya meneliti di mana Rosmah mendapat wang untuk tujuan tersebut.

ARKIB JINGGA 13 : Majlis bertunang anak PM: Jingga buat laporan SPRM - malaysiakini

Majlis bertunang anak PM: Jingga buat laporan SPRM
6:16PM Mac 12 2012 
NGO Jingga 13 hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kerajaan membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pasangannya di Seri Perdana.

Laporan, itu juga menamakan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. Ia mendakwa bahawa RM409,767 wang rakyat digunakan pada majlis tertutup yang diadakan pada 17 Jun tahun lalu yang  dihadiri oleh pembesar negara , tokoh-tokoh terkenal dan sahabat taulan perdana menteri dan isteri beliau.
NONEKetua Jingga 13, Fariz Musa ketika dihubungi berkata, laporan itu dibuat di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam petang ini.

"Kami dedahkan semua dokumen berkaitan, khususnya Borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang dikeluarkan di atas nama Pejabat Perdana Menteri.

"Kami harap bahawa SPRM akan menyiasat dokumen itu dengan  bersifat telus dan profesional dan jika perlu mendakwa Najib di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah-gunakan kuasa," kata Fariz.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana majlis swasta itu boleh dianjurkan dengan menggunakan wang rakyat.
"Jingga 13 mempersoalkan bagaimana majlis pertunangan anak perempuan yang bersifat peribadi sejumlah RM409,767 ditanggung oleh rakyat Malaysia? 

"Sejumlah RM 18,792 untuk kos jamuan VIP seramai 36 orang yang bernilai RM522 seorang, RM309,975 bagi kos jamuan tetamu seramai 862 orang dan kos pengendalian ialah RM81,000," kata Fariz.

NONEDokumen yang menunjukkan bahawa Jabatan Perdana Menteri membuat pesanan untuk majlis itu, pertama kali didedahkan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Walau bagaimanapun, JPM menafikan bahawa dana awam digunakan untuk membiayai jamuan yang diadakan di Shangri-la Hotel itu.

Rafizi turut mendesak Najib supaya membuktikan bahawa perbelanjaan untuk majlis berkenaan ditampung daripada kocek beliau sendiri.
Anak perempuan Najib dan Rosmah, Nooryana Najwa bertunang dengan seorang warga Kazakhstan pada 17 Jun 2011 dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya.

ARKIB JINGGA 13 : Jingga 13 lapor SPRM isu bayaran RM160j anak syarikat LTAT kepada Astacanggih & Awan Megah

Jingga 13 lapor SPRM isu bayaran RM160j anak syarikat LTAT kepada Astacanggih & Awan Megah

Tarikh: 9 Januari 2013
Tempat: SPRM Shah Alam
1. Saya membuat laporan ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin dengan gejala penyalahgunaan dana rakyat bagi kepentingan beberapa kerat pimpinan politik.
2. Baru-baru ini, Bakti Wira Sdn Bhd (anak syarikat milik LTAT melalui Boustead Holdings Berhad) mengumumkan pembayaran RM30 juta kepada Astacanggih Sdn Bhd (syarikat milik Deepak Jaikishen, seorang ahli perniagaan yang pernah rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan Dato’ Seri Najib Tun Razak) dan RM130 juta kepada Awan Megah Sdn Bhd (syarikat milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Selangor).
3. Alasan rasmi yang difailkan oleh Boustead Holdings Berhad di Bursa Kuala Lumpur bagi pembayaran tersebut adalah untuk membeli saham majoriti Astacanggih Sdn Bhd dan membeli tanah-tanah PT216 & PT220 (Mukim Kapar) dan Lot 1159 (Mukim Bukit Raja) seluas 223 ekar dari Awan Megah Sdn Bhd.
4. Awan Megah Sdn Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor itu dianugerahkan projek penswastaan untuk membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) oleh Kementerian Pertahanan yang bernilai RM72.5 juta. Sebagai balasan, Kerajaan Persekutuan berjanji akan memindahmilik tanah-tanah tersebut menjadi milik Awan Megah Sdn Bhd.
5. Projek itu mengalami kelewatan dan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Pada masa yang sama, pindahmilik tanah-tanah tersebut kepada Awan Megah Sdn Bhd tidak berlaku kerana tidak mendapat kebenaran dari Kerajaan Selangor.
6. Oleh yang demikian, fakta-fakta berikut telah dilaporkan dan dibuktikan melalui pelbagai dokumen yang disertakan bersama oleh laman-laman berita maya (seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, fz.com, The Sun, KeadilanDaily, Harakah dan lain-lain) danrafiziramli.com:
a. Astacanggih Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang pemilikan ke atas tanah atau projek penswastaan Puspahanas
b. Awan Megah Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang pemilikan ke atas tanah-tanah PT216, PT220 dan Lot 1159
c. Kos yang dibelanjakan oleh Awan Megah setakat ini hanyalah 10% dari jumlah keseluruhan kos pembinaan Puspahanas berjumlah RM72.5 juta, memandangkan projek itu baru siap 10% setakat ini
d. Awan Megah Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang kepakaran teknikal, pengalaman ataupun keupayaan kewangan untuk menjalankan pembinaan Puspahanas mahupun membangunkan tanah-tanah seluas 223 ekar
e. Kerajaan Selangor telah mengumumkan bahawa ia tidak akan membenarkan sebarang pembangunan komersil dibuat di atas tanah-tanah tersebut
7. Berdasarkan fakta-fakta itu, pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera kepada pemegang saham Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd tidak mempunyai asas komersil dan tidak akan membawa pulangan kepada pelaburan anggota tentera. Tindakan ini dijangka akan merugikan anggota tentera yang mungkin akan kehilangan dana pelaburan sejumlah RM160 juta itu.
8. Oleh kerana urusniaga dan pembayaran ini diumumkan sebulan selepas Deepak Jaikishen melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak dan keluarga, ia menimbulkan syak wasangka bahawa pembayaran yang tidak ada asas komersil ini dibuat untuk menutup muluk Deepak Jaikishen dari terus membongkarkan rahsia yang boleh memalukan Dato’ Seri Najib Tun Razak.
9. Urusniaga dan pembayaran ini juga melibatkan Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor yang akan untung besar “atas angin” apabila bakal mendapat pembayaran RM130 juta. Memandangkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri selaku Presiden Umno yang pernah menganugerahkan projek penswastaan dan timbal balik tanah 223 ekar ini kepada Raja Ropiaah, ia menimbulkan syak wasangka bahawa anugerah tersebut dan pembayaran RM130 juta adalah penyelewengan dana awam yang tidak menguntungkan orang awam.
10. Saya memohon supaya urusniaga-urusniaga ini disiasat segera bagi memastikan tidak ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan. Lebih penting, isu ini membabitkan nama baik dan integriti Dato’ Seri Najib Tun Razak yang namanya perlu dibersihkan segera  melalui satu siasatan yang telus, bebas dan professional .
Dk Vickicknesvaran
Setiausaha Jingga 13 Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42694

ARKIB JINGGA 13 : Jingga 13 gesa SPRM siasat belanja mewah Rosmah - keadilandaily

Jingga 13 gesa SPRM siasat belanja mewah Rosmah

(Oleh: Nabihah Hamid)
SHAH ALAM 26 Jan : NGO Jingga 13 hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perbelanjaan mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansor di Australia.
Ia berikutan pendedahan akhbar The Sydney Morning Herald baru-baru ini yang mendakwa isteri perdana menteri itu berbelanja sebanyak RM325 ribu sewaktu percutian ke Sydney.
Ketua Jingga 13, Fariz Musa menggesa SPRM menjalankan siasatan dan mencabar Rosmah agar mengisytiharkan hartanya.
“Rosmah harus isytihar hartanya. Bagaimana kekayaan yang diperolehi secara jelas hidup berfoya-foya. Bagi kami tak pernah berlaku dalam sejarah isteri perdana menteri yang lain,” katanya kepada wartawan.
Katanya,  Rosmah bukan sahaja berbelanja mewah tetapi turut  dilaporkan menginap bersama suaminya, Datuk Seri Najib Razak di Hotel Darling, Sydney dengan membayar RM65,100 hanya untuk tempoh semalaman.
“Ini tindakan yang luar biasa, memalukan negara apabila dilaporkan isteri PM hidup bermewah-mewah, berbelanja sakan tanpa ada sebarang penjelasan berkaitan dengan duit yang diperolehi,” tegas beliau.
Jingga 13 turut mencabar ‘First Lady of Shopping‘ itu menyaman akhbar berkenaan sekiranya dakwaan itu tidak benar dan fitnah.
“Kita cabar Rosmah untuk saman akhbar ini termasuk kolumnis. Walaupun Rosmah Mansur telah menafikan dakwaan itu karut. Soalnya kenapa tidak ada sebarang tindakan undang-undang oleh Rosmah terhadap mereka?” Soalnya.
Menurutnya lagi, Rosmah juga tidak menjawab sebarang isu perbelanjaan barangan berjenama mewah seperti cincin RM24 juta yang pernah didedahkan pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin sebelum ini.
“Kita pertikaikan perbelanjaan jutaan ringgit termasuk cincin, beg tangan.  Kalau betul  ia ‘disponsor’, dan guna duit dia atau dia menabung dari kecil, minta dia jelaskan dengan terpeinci,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25879

ARKIB JINGGA 13 : K’jaan seolah bantu beli peluru untuk bunuh rakyat Palestin- Fariz - keadilandaily

K’jaan seolah bantu beli peluru untuk bunuh rakyat Palestin- Fariz

(Oleh: Sidiqin Omar)

PELABUHAN KLANG 23 Feb: Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa berkata, hubungan dagang antara Malaysia dan Israel menunjukkan seoalah kerajaan tergamak membantu rejim itu ‘membeli peluru’ untuk membunuh rakyat Palestin.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan demonstrasi membantah kapal kargo Zionis, Zim Europa yang berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang semalam.
“Kita dah buktikan dengan dokumen (kehadiran kapal Zim), sebab itu kita membantah dan menuntut kerajaan Malaysia menyatakan pendirian.
“Hubungan dagang ini seolah-olah membantu negara haram Israel membeli peluru bagi membunuh rakyat Palestin,” tegasnya.
Lebih 150 hadir pada perhimpunan membantah kapal kargo berkenaan yang turut dihadiri anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK), aktivis Generation 709, Gerakan Rakyat Selangor (GRS), Road To Putrajaya (RTPJ), dan aktivis mahasiswa.
Hadirin turut melaungkan slogan ‘Hidup Islam’ dan ‘Hancur Zionis’ sambil memegang sepanduk tertera perkataan,  Umno iktiraf Israel, ‘AMK bantah Kapal Israel’ , dalam keadaan hujan renyai.
Dalam sidang media sejurus selepas itu, Fariz memaklumkan akan mengadakan himpunan serupa di kedutaan Palestin pada 29 Februrari untuk menyerahkan bukti yang dikumpul kepada wakil negara itu.
“Kita ada undang-undang. Malaysia tidak mengiktiraf negara Israel. Jika benar tiada, mengapa ada hubungan dagang?” soalnya.
“Jingga 13 ada bukti dokumen yang dicop asli Kastam Malaysia. Malah ada bukti menunjukkan negara ini mengeksport balak menggunakan kapal Zim,” katanya.
Beliau kesal peranan syarikat perkapalan Malaysia, MISC yang dipinggirkan berikutan langkah kerajaan menggunakan perkhidmatan syarikat Zim dalam operasi eksport balak ke luar negara.
“Ada banyak lagi syarikat perkapalan. Mengapa gunakan Zim? Kalau tak ada pengiktirafam, kapal Zim takkan dibenarkan masuk,” tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27004