Friday 29 November 2013

Jingga 13 bersama penduduk Kg. Hakka di IPD Nilai

Komrad Fendi bersama Orenji telah bersama-sama penduduk Kg. Hakka di IPD Nilai bagi tujuan membuat laporan polis ekoran insiden tembakan yang berlaku di Kg. Hakka,Mantin.

Penduduk Kg. Hakka semakin ditekan bagi memastikan semangat mereka tewas dan keselamatan mereka tergugat . 

Jingga 13 Malaysia akan terus bersama penduduk Kg. Hakka dalam memperjuangan hak dan tanah mereka .


SAKSIKAN !!!!!!

Saksikan Video oleh MobTV 

penyerahan memorandum Jingga 13 Malaysia terhadap bantahan kenaikan kos perkhidmatan Astro di Ibu Pejabat Astro , Tecnology Park , Bukit Jalil .



Astro Takut Terima Memorandum Jingga 13

Selepas daripada Sidang Media oleh Setiausaha Jingga 13 Malaysia , Sdr. DK Vicky , bantahan kita teruskan dengan menghantar memorandum kepada Astro agar membatalkan dengan segara kenaikan yang membebankan rakyat . 

Cip bersama Fendi dan Ah Go daripada Jingga 13 , turut serta ialah daripada Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat iaitu Tuan Haji Yahya Shari dan Sdr. Bahrain masuk ke perkarangan pintu depan Astro dan kami dihalang oleh pihak polis bantuan . 

Selepas memberitahu tujuan kehadiran , seorang Pegawai Polis Bantuan memaklumkan bahawa memorandum bantahan tersebut bolehlah diserahkan kepada beliau berdasarkan arahan pihak atasan Astro.

Cip tegas menyatakan bahawa tidak akan menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau dan meminta Pegawai Atasan Astro turun untuk menerima memorandum Jingga 13 . Kami semua akan tunggu sehingga kehadiran Pegawai Atasan Astro ,.

Selepas menunggu 15 minit , cip masuk kembali dan bertanya adakah pegawai atasan Astro akan turun dan mereka bertegas bahawa cukup serahkan pada pegawai Polis Bantuan tersebut. 

Cip dah naik hangin, terus duduj di hadapan pintu pagar Astro dan cakap tidak akan berganjak selagi pegawai atasan Astro datang menerima memorandum bantahan .

Pihak polis sudah ramai berada di situ dan alhamdulillah mereka tidak mengganggu . Nikson juga hadir memberikan sokongan pada kami .

Selepas hampir 2 jam kami duduk bantah di hadapan pintu pagar , cip beri amaran akan rempuh masuk jika pegawai atasan Astro tidak tufrun menerima memorandum kita. Semua jadi kelam kabut termasuk pihak polis daripada Balai Polis Sungai Buloh . 

Akhirnya selepas 2 jam duduk dengan kepanasan matahari , Pegawai Atasan Astro terpaksa turun untuk menerima memorandum . Hanya cip seorang yang dibenatrkan masuk serta tidak dibenarkan mengambil gambar dan media masuk sewaktu penyerahan memorandum bantahan .

Memorandum bantahan Kenaikan Astro dapat disampaikan kepada pegawai atasan Astro dan cip sampaikan kepada beliau agar Astro menghentikan tindakan untuk terus membebani para pengguna Astro dengan kenaikan yang telah dilaksanakan oleh Astro. 

Mereka silap orang ! 




Memorandum Bantah Kenaikan Astro di Ibu Pejabat Astro , Bukit Jalil

 MEMORANDUM

MEMORANDUM BANTAH KENAIKKAN KADAR PERKHIDMATAN ASTRO UNTUK PAKEJ KELUARGA DAN SUKAN KEPADA ASTRO OLEH JINGGA13 MALAYSIA

Tarikh :

27 November 2013


MEMORANDUM BANTAH KENAIKKAN KADAR PERKHIDMATAN ASTRO UNTUK PAKEJ KELUARGA DAN SUKAN KEPADA ASTRO OLEH JINGGA13 MALAYSIA

JINGGA 13 MENDESAK AGAR KENAIKKAN KADAR PERKHIDMATAN ASTRO UNTUK PAKEJ KELUARGA DAN SUKAN MASING-MASING RM2 DAN RM6 SEJAK 24 NOVEMBER YANG LALU (2013) DI BATALKAN  SERTA MERTA.

Astro Malaysia Holdings Bhd baru-baru ini mengumumkan perolehan RM2.3 billion untuk enam bulan pertama dalam tahun kewangan berakhir 31 Januari 2014 dengan peningkatan sebanyak 13% perolehan, BermakSna Astro telah meraih keuntungan yang sangat luar biasa. 

Justeru ITU, tiada alasan untuk pihak Astro meningkatkan kadar bayaran perkhidmatannya YANG sekaligus membebankan rakyat dan pengguna yang sudah sedia terbeban dengan peningkatan kos hidup.

JINGGA13 melihat Astro yang selama ini memonopoli perniagaan televisyen berbayar tanah air TELAH mengambil kesempatan melipat gandakan untung tanpa mempertimbangkan bebanan yang ditanggung pelanggan.

Atas rasa keprihatinan terhadap bebanan yang ditanggung rakyat, JINGGA 13 Malaysia mendesak agar Astro MEMBATALKAN kenaikan kadar perkhidmatan yang berkuatkuasa 24 November 2013.
  
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


JINGGA13 MALAYSIA

Monday 25 November 2013

ARKIB KENYATAAN MEDIA DAN BERITA-BERITA JINGGA 13 DI MEDIA

Sejak tahun 2011 telah banyak kenyataan media dan berita-berita perjuangan Jingga 13 telah keluar di laman web, portal dan akhbar.

Justeru untuk arkib Jingga 13, semua tersebut akan dimasukkan ke dalam blog daripada masa ke semasa untuk simpanan dan rekod Jingga 13.

Sekiranya ada komrad-komrad yang masih menyimpan segala berita berkaitan Jingga 13 , bolehlah di email kepada email rasmi Jingga 13 di jingga13malaysia@gmail.com .

Terima kasih .

fariz musa
Ketua Koordinator


Edaran Risalah Bantah Kenaikan Astro di Konges Khas Parti Keadilan Rakyat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor , Shah Alam