Friday 22 November 2013

Jingga 13 Bersama Perjuangan Penduduk Kg. Hakka , Mantin , Negeri Sembilan

Pada 21 November 2013 , Jingga 13 Malaysia telah menghantar 3 wakil iaitu Komrad Oren , Che E dan Ah Go dalam satu mesyuarat di Kg. Hakka , Mantin bersama-sama penduduk Kg. Hakka dan NGO.

TalkShow MobTV bersama Setiausaha Jingga 13 Malaysia Komrad DK Vicky : Isu Boikot Kebaikan Astro!

 Tarikh : 22 November 2013
Tempat : Studio MobTV 

Lulus Guna Jet Peribadi Untuk Rosmah : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Telah Melakukan Kesalahan Rasuah Salah Guna Kuasa


Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

21 November 2013

Lulus Guna Jet Peribadi Untuk Rosmah : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Telah Melakukan Kesalahan Rasuah Salah Guna Kuasa

Penjelas Ahli Parlimen Pengerang,Datuk Azalina Othman bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan jet peribadi bagi menghadiri ke Persidangan Wanita di Qatar bukan di atas kapasiti mewakili kerajaan tetapi merupakan jemputan peribadi.

Namun timbul rasa kurang senang rakyat apabila Datin Seri Rosmah telah menggunakan wang rakyat bagi menaiki jet peribadi yang telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mempengerusikan mesyuarat kabinet untuk perjalanan  tersebut yang ternyata adalah bersifat peribadi merupakan satu tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh SPRM di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009 kerana telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai penjawat awam.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin seharus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dijemput menghadiri persidangan tersebut di atas kapisiti peribadi dan bukannya di atas jemputan rasmi mewakili kerajaan Malaysia dan sudah pasti wang rakyat cukup banyak digunakan untuk pembiayaan kos jet peribadi tersebut bagi tujuan lawatan peribadi.

Jingga13 mendesak SPRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap salahlaku guna kuasa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut dan bertindak secara profesional dan adil.

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya diambil satu tindakan yang tegas kerana beliau adalah merupakan Timbalan Perdana Menteri dan ianya boleh menjadi satu contoh yang tidak baik kepada kakitangan kerajaan.


Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Boikot Kenaikan ASTRO!!!!!!



HENTI BEBANKAN PENGGUNA : JINGGA13 BANTAH KENAIKKAN KADAR PERKHIDMATAN ASTRO UNTUK PAKEJ KELUARGA DAN SUKAN


Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia

20 November  2013

HENTI BEBANKAN PENGGUNA : JINGGA13 BANTAH KENAIKKAN KADAR PERKHIDMATAN ASTRO UNTUK PAKEJ KELUARGA DAN SUKAN 


JINGGA13 Malaysia membantah tindakan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan kadar perkhidmatan langganan bulanannya masing-masing RM2 dan RM6 bagi pakej keluarga dan sukan mulai 24 November ini.

Kami melihat Astro yang selama ini memonopoli perniagaan televisyen berbayar tanah air, mengambil kesempatan melipat gandakan untung tanpa mempertimbangkan bebanan yang ditanggung pelanggan.

Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia memberi kuasa penuh kepada menteri untuk mengawal dan menentukan harga pakej langganan yang ditawarkan Astro. 

Ini jelas membuktikan bahawa
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Mutimedia menyokong tindakan Astro yang membebankan rakyat ini.

Astro Malaysia Holdings Bhd baru-baru ini mengumumkan perolehan RM2.3 billion untuk enam bulan pertama dalam tahun kewangan berakhir 31 Januari 2014 dengan peningkatan sebanyak 13% perolehan.

Ini bermakna Astro telah meraih keuntungan yang sangat luar biasa. 

Justeru tiada alasan untuk pihak Astro meningkatkan kadar bayaran perkhidmatannya sekaligus membebankan rakyat dan pengguna yang sudah sedia terbeban dengan peningkatan kos hidup.


Atas rasa keprihatinan terhadap bebanan yang ditanggung rakyat, JINGGA 13 Malaysia mendesak agar Astro MEMBATALKAN kenaikan kadar perkhidmatan yang berkuatkuasa 24 November 2013.


Kami juga menyeru soladiriti seluruh rakyat Malaysia yang menjadi pelanggan Astro untuk memboikot kenaikan pembayaran tersebut iaitu bagi Pakej Keluarga (RM2) dan Pakej Sukan (RM6).

JINGGA 13 Malaysia juga akan melancarkan gerakan memboikot kenaikan pakej-pakej tersebut melalui pelbagai medium bagi memastikan Astro menghentikan kenaikan kadar perkhidmatan tersebut.

JINGGA 13 Malaysia juga mendesak campur tangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia agar kenaikan kadar perkhidmatan tersebut dibatalkan dengan SEGERA!

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Dk. Vicknesvaran @ Dk Vicky
Setiausaha Jingga13 Malaysia

Training Jingga 13 Malaysia di Goldcourse Hotel , Klang , 8-9 November 2013



























Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat : Manisfetasi Kepedulian Kepada Rakyat


Kenyataan Media

JINGGA 13 Malaysia

22 Oktober 2013

Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat : Manisfetasi Kepedulian Kepada Rakyat

JINGGA 13 Malaysia menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap pembentangan Belanjawan Alternatif PR oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Lim Guan Eng serta Datuk Kamaruddin Jaafar yang ternyata merupakan 'Belanjawan Kepedulian Rakyat' serta mampu mengangkat ekonomi negara,mengurangkan defisit dan bersifat realistik.

Beberapa cadangan dalam belanjawan tersebut membuktikan konsisten Pakatan Rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat serta mengutamakan kebajikan sebagai teras utama ke arah penambaikan tatakelola pengurusan kewangan negara bagi merakyatkan ekonomi ke arah meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Ketirisan,pembaziran,penyelewengan,rasuah dan kegagalan transformsi di bawah pentadbiran Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Menteri Kewangan dapat dilihat setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan. Defisit dan hutang negara yang semakin meningkat memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan rakyat terpaksa menanggung hasil daripada kebobrokan yang diamalkan oleh Kerajaan UMNOBN.

Jingga 13 Malaysia menyambut baik langkah mengkaji semula serta menangguhkan Program Khidmat Negara yang tidak menampakkan kejayaan yang membanggakan melalui program tersebut malah tidak ada satu kajian yang dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan keberhasilan dari program yang setiap tahun menelan belanja RM800juta.

Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun bagaikan 'mencurah air di daun keladi'.Kerajaan UMNOBN sehingga kini gagal menangani,membendung dan memperbaiki agar wang rakyat benar-benar digunakan secara berhemat.Langkah tegas dalam Belanjawan Alternatif PR bagi memastikan tindakan tegas terhadap
salahlaku,pembaziran dan penyelewengan oleh kementerian yang terlibat membuktikan betapa serius Pakatan Rakyat dalam memastikan tatakelola kewangan negara diuruskan  dengan penuh tanggungjawab dan beramanah.

Langkah meningkat dan menghargai wanita secara khusus oleh Pakatan Rakyat mampu mengangkat martabat wanita. Langkah memberikan elaun RM1,200 setahun kepada wanita bekerja serta penyediaan peruntukan RM3 billion untuk Skim Caruman Wanita Nasional adalah membuktikan wanita dihargai.

Jingga13 menyokong langkah meningkatkan mutu PERKESO supaya  lebih bersifat prihatin terhadap pekerja-pekerja Malaysia agar dapat dilindungi 24jam khusus kepada pekerja berpendapatan rendah melalui skim insuran 24jam yang melibatkan di luar waktu bekerja . Satu langkah keperihatinan yang sangat bermakna kepada seluruh warga pekerja Malaysia.

Belanjawan Alternatif PR adalah satu manisfestasi 'Kepedulian Rakyat' yang sangat efektif dan kondusif untuk rakyat Malaysia.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Laporan SPRM oleh Jingga 13 terhadap Isu K-Pop di SPRM Putrajaya


JINGGA 13 LAPOR SPRM ISU RM 1.6 JUTA BIAYAI KONSERT K-POP , HIMPUNAN JUTAAN BELIA BERJUMLAH LEBIH RM 87.61 JUTA , AKAUN MAJLIS SUKAN NEGARA BERKAITAN LEBIH RM20JUTA WANG TAJAAN SYARIKAT SWASTA DAN DESAK SIASAT SERTA DAKWA SEGERA SHABERY CHEEK

Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

18 Oktober 2013

JINGGA 13 LAPOR SPRM ISU RM 1.6 JUTA BIAYAI KONSERT K-POP , HIMPUNAN JUTAAN BELIA BERJUMLAH LEBIH RM 87.61 JUTA , AKAUN MAJLIS SUKAN NEGARA BERKAITAN LEBIH RM20JUTA WANG TAJAAN SYARIKAT SWASTA DAN DESAK SIASAT SERTA DAKWA SEGERA SHABERY CHEEK 
Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menimbulkan kontroversi terhadap berbelanjaan dana awam antaranya oleh Kementerian Belia dan Sukan berkaitan isu pembiayaan Konsert K-Pop RM1.6 juta sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 pada 23-27 Mei 2012 di Putrajaya.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin telah mengesahkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan  terpaksa membayar kos tersebut kerana banyak penaja telah gagal menyalurkan sumbangan.

Manakala Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan yang bertanggungjawab ketika itu pula mendakwa konsert tersebut dibiayai penaja menerusi akaun Majlis Sukan Negara. Malah beliau telah bertindak memperlekehkan Ketua Audit Negara dengan mendakwa Ketua Audit Negara "culas" dalam menyediakan laporan tersebut.

Kemanakah wang sejumlah RM1.6juta tersebut dan adakah benar ianya telah dibayar Majlis Sukan Negara melalui wang penajaan atau menggunakan wang rakyat oleh Kementerian Belia dan Sukan seperti yang ditegaskan oleh Tan Sri Ketua Audit Negara?

Kalau sekiranya benar seperti dakwaan mantan Menteri Belia dan Sukan tersebut bahawa konsert K-Pop yang juga mengundang kontroversi kerana berpakaian tidak senonoh dihidangkan kepada para belia telah dibiayai oleh penaja dan syarikat Korperat dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara , persoalannya ialah kenapa wujud jumlah RM1.6 juta dibelanja untuk membayar Konsert K-Pop dalam penyata perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan ?

Justeru akaun Majlis Sukan Negara perlu dirujuk untuk mengesahkan adakah benar wujud sejumlah RM1.6juta dikeluarkan untuk membiayai kos konsert K-Pop dalam akaun tersebut sepertimana dakwaan  oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia sekarang ini.

Malah turut mengundang persoalan terhadap pecanggahan antara Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkaitan pembiayaan konsert K-Pop tersebut.Siapakah yang benar dan berbohong?

JINGGA 13 Malaysia juga turut mempertikaikan perbelanjaan melampau RM67.61 juta wang rakyat bagi acara Hari Belia Negara 2012 menimbulkan persoalan dan perlu kepada satu siasatan oleh SPRM sepertimana dinyatakan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 yang mencatatkan  ‘perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat’.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sewaktu menjawat Menteri Belia dan Sukan dalam Sinar Harian 22 Mei 2012 telah membuat kenyataan bahawa lebih RM20 juta dikumpulkan daripada sumbangan swasta. Manakala Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan , Datuk Mohid Mohamed sepertimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 1 Jun 2012 bahawa Kementerian “menerima tajaan berjumlah RM28juta daripada syarikat-syarikat swasta dalam bentuk wang tunai , barangan dan pelaksanaan pelbagai program”.

Ini bermakna jumlah keseluruhan perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 oleh Kementerian Belia dan Sukan dan tajaan syarikat-syarikat swasta berjumlahRM95.61 juta . Satu perbelanjaan yang sangat luar biasa dan melampau .

Justeru JINGGA 13 juga meminta satu siasatan dibuat terhadap akaun MSN berkaitan RM28juta sumbangan penajaan dan syarikat korperat atau swasta terhadap perbelanjaan program tersebut . 
SPRM seharusnya mengambil satu tindakan SEGERA bagi menyiasat secara total terhadap 3 kes tersebut melibatkan wang rakyat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkaitan perbelanjaan menggunakan wang sumbangan penajaan serta syarikat swasta yang turut menjadi perhatian dan telah menimbulkan keresahan kepada rakyat.

SPRM dan Jabatan Audit Negara harus berganding bahu dengan menggunakan undang-undang bagi mendakwa mereka yang terlibat ke muka pegadilan tanpa prejudis.

Sekali lagi JINGGA 13 MALAYSIA JUGA MENDESAK AGAR Perdana Menteri wajar MENGANTUNG TUGAS Datuk Seri Ahmad  Shabery Cheek dengan SEGERA!

Muafakat*Prihatin*Berani
 FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Isu K-Pop : Shabery Cheek tidak perlu guna RTM , media serta kuasa untuk raih simpati dan 'menegakkan benang basah' dalam prosiding PAC


Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

17 Oktober 2013

Isu K-Pop : Shabery Cheek tidak perlu guna RTM , media serta kuasa untuk raih simpati dan 'menegakkan benang basah' dalam prosiding PAC

Jingga13 Malaysia menyambut baik langkah yang diambil oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,mantan Menteri Belia dan Sukan untuk bersedia disoal siasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) berkaitan pembiayaan RM1.6juta konsert K-Pop sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 yang telah menimbulkan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan wang rakyat digunakan untuk membiayai konsert tersebut.

Sewaktu beliau menjawat Menteri Belia dan Sukan , Datuk Ahamad Shabery Cheek begitu mempertahankan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kos konsert tidak menggunakan wang rakyat sebaliknya dibiayai oleh sumbangan penaja dan syarikat koperat.Malah dilaporkan lebih daripada RM20juta berjaya dikumpulkan melalu akaun Majlis Sukan Negara.n

Kini ternyata beliau telah dilihat berbohong apabila pendedahan yang dibuat oleh Laporan Ketua  Audit Negara 2012 yang disahkan oleh Khairy Jamaludin ,Menteri Belia dan Sukan sekarang bahawa Kementerian Belia dan Sukan terpaksa membiayai konsert K-Pop.

Datuk Ahmad Shabery Cheek dilihat terus melatah apabila mempertegaskan bahawa konsert K-Pop yang berlangsung di Putrajaya tersebut dibiayai oleh penaja dan syarikat koperat dan bukannya menggunakan wang rakyat.

Kesungguhan beliau selaku Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia hingga sanggup mempergunakan kedudukan dan kuasa memastikan media seperti RTM sedia menyiarkan secara langsung prosiding PAC membabitkan diri beliau.

Kenapa tidak kepada isu dan kes yang lain? Bukankah tindakan tersebut adalah merupakan tindakan salahguna kuasa beliau sebagai menteri demi meraih simpati agar dilihat bersih dan 'menegakkan benang yang basah' untuk mempertahankan diri.

Kesediaan Datuk Ahmad Shabery Cheek menghadapi soal siasat PAC sangat dihormati , namun beliau tidak berani secara terbuka untuk disoal siasat oleh SPRM dan menyerahkan segala-galanya kepada SPRM untuk menyiasat kes tersebut sedalam-dalamnya dan ini menimbulkan persoalan kepada rakyat terhadap sikap beliau tersebut.

Justeru Jingga13 Malaysia akan membuat laporan rasmi kepada SPRM esok 18 Oktober 2013 , jam 11pg di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya agar satu siasatan secara total dibuat terhadap Datuk Ahamad Shabery Cheek dan kes tersebut serta dapat dijelaskan berkaitan penggunaan wang rakyat RM1.6 juta membiayai konsert K-Pop dan adakah benar sepertimana yang didakwa oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa konsert dibiayai oleh penajaan dan syarikat swasta/korperat yang ternyata bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Muafakat*Prihatin*Berani

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia

JINGGA 13 TERENGGANU KECAM TINDAKAN KERAJAAN UMNO MENGHALAU PENDUDUK KAMPUNG BANGGOL DONAS DALAM MASA 21 HARI


Kenyataan Media
JINGGA 13 Terengganu

13 Oktober 2013

JINGGA 13 TERENGGANU KECAM TINDAKAN KERAJAAN UMNO MENGHALAU PENDUDUK KAMPUNG BANGGOL DONAS DALAM MASA 21 HARI

Jingga 13 Terengganu kesal dengan tindakan Kerajaan UMNOBN Terengganu melalui Penolong Kanan Pentadbir Tanah bahagian Pengambilan Tanah, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda berhubung dengan penghantaran notis bagi mengosongkan kediaman penduduk Kampung Banggol Donas dalam masa tempoh 21 hari agar jalanraya yang berjarak 7.6 km dengan kos yang sangat melampau menelan wang rakyat melalui peruntukkan dana khas berharga 226 juta. Projek yang  runding terus kepada syarikat milik bekas Ketua Pemuda Negeri Terengganu.

Kenyataan Wan Hariff Rafany Wan Muda yang telah disiarkan oleh Sinar Harian bertarikh 11 Oktober 2013 bahawa penduduk Kampung Banggol Donas, Terengganu telah diberi notis pindah dalam masa 21 hari , sekiranya mereka enggan kediaman mereka akan dirobohkan setelah tamat tempoh notis tersebut.

Jingga 13 Terengganu berpendapat bahawa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh  Penolong Kanan Pentadbir Tanah bahagian Pengambilan Tanah, Pejabat Tanah Kuala Terengganu tersebut  adalah satu tindakan berlebihan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang penjawat awam tanpa merujuk kepada kronologi sebenar berhubung dengan isu pengambilan di kawasan tersebut yang selama ini diperjuangkan oleh para penduduk yang terlibat dengan jajaran jalan tersebut bahawa telah melanggar Akta Akta Pengambilan Tanah (APT ) 1960 .

Para penduduk telah bangkit berjuang mempertahankan hak mereka sehingga telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Negeri Terengganu,Menteri Kerja Raya dan termasuk SUHAKAM agar projek yang di miliki oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu tersebut dihentikan kerana telah tidak mengikut prosedur dan undang-undang.

Merujuk menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, ianya dengan jelas menyatakan bahawa pengambilan tanah bagi projek pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong (Fasa I) dan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda, Mukim Manir (Fasa II) yang melibatkan 76 lot tanah bagi fasa 1 dan 184 lot tanah bagi fasa 11 TIDAK DIWARTAKAN di bawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah (APT ) 1960 terlebih dahulu.

Malahan, bagi isu pengambilan tanah di Kampung Banggol Donas ini, sebanyak 3 laporan SPRM telah dibuat sebelum ini. Namun begitu, sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang laporan mengenai perjalanan siasatan bagi laporan-laporan tersebut.

Pihak kerajaan UMNOBN Terengganu  sepatutnya lebih peka dengan isu melibatkan rakyat ini dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa bagi merampas hak penduduk kampung kerana ianya jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia perkara 13(a) yang jelas memperuntukkan bahawa tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

Adalah penting perkara ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab kerana tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri Terengganu ini jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara kita ini.

Jingga 13 Terengganu juga menggesa SPRM supaya menjelaskan status siasatan bagi laporan-laporan yang telah dibuat berhubung dengan isu Kampung Banggol Donas ini kepada penduduk kampung yang terlibat bagi mengelakkan wujudnya tohmahan bahawa pihak SPRM hanya menjalankan siasatan secara terpilih sahaja.

Justeru itu, Jingga 13 Terengganu mengecam tindakan notis selama 21 hari tersebut  dan mendesak supaya notis tersebut ditarik balik dengan serta-merta kerana ianya jelas bertentangan undang-undang sepertimana laporan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara bagi tahun 2011.

Tindakan tersebut bukan sahaja membuktikan betapa tertekannya kerajaan UMNOBN yang bukan sahaja bertindak tidak mengikut prosedur dan undang-undang tetapi turut bersikap secara zalim kepada rakyat yang majoriti mereka adalah orang-orang melayu bagi melaksanakan projek pembinaan jalan yang tidak munasabah dan termahal di dunia.

Wan Mohd Azziadi Wan Abd Jalil
Koordinator
Jingga 13 Terengganu

Isu pembiayaan K-Pop dan Himpunan Sejuta Belia 2012: Jingga13 desak Perdana Menteri gantung tugas Shabery Cheek dan perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 ialah RM87.6juta


Kenyataan Media

Jingga 13 Malaysia

11 Oktober 2013

Isu pembiayaan K-Pop dan Himpunan Sejuta Belia 2012: Jingga13 desak Perdana Menteri gantung tugas Shabery Cheek dan perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 ialah RM87.6juta

Jingga 13 Malaysia mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengantung tugas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek , Menteri Komunikasi dan Multimedia ekoran pendedahan perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui oleh beliau melibatkan wujud perbelanjaan melampau dan tidak berhemat oleh Laporan Ketua Audit Negara.

Sebagai menteri Belia dan Sukan ketika itu,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak perlu bersikap "menegakkan benang basah" tetapi mengambil sikap bertanggungjawab terhadap pendedahan yang di buat berkaitan pembiayaan RM1.6 juta wang rakyat untuk konsert K-Pop oleh tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet yang ternyata beliau telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa konsert yang turut  mengundang kontroversi terhadap pakaian yang seksi menjolok mata yang dihidangkan kepada para belia , bahawa dibayar oleh penaja.

Isu perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 sejumlah RM67.6 juta dari 23 hingga 27 Mei 2012, di Putrajaya juga turut mengundang pelbagai persoalan terhadap perbelanjaan yang sangat melampau .

Sebelum ini Datuk Shabery Cheek juga turut menyatakan bahawa program tersebut mendapat penajaan RM20 juta melalui Majlis Sukan Negara ini bermakna perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 adalah berjumlah dicampur dengan tajaan ialah RM87.6juta!

Kerajaan UMNOBN sewajarnya bersikap serius dan bertanggungjawab terhadap Laporan Ketua Audit Negara dan bukannya mengambil sikap sambil lewa membiarkan segala kebocoran,ketirisan,penyelewengan wang rakyat berlaku setiap tahun tanpa ada tindakan drastik menyelamatkan wang rakyat.

Muafakat*Prihatin*Berani

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Kenyataan Media : Sekadar Fungsi Mengaudit : Jabatan Audit Negara Wajar Dibubarkan


Kenyataan Media

JINGGA 13 Malaysia

3 Oktober 2013

Sekadar fungsi mengaudit: Jabatan Audit Negara Wajar Dibubarkan

Saban tahun rakyat Malaysia akan memperolehi Laporan Ketua Audit Negara yang akan membongkarkan berlakunya ketirisan,penyelewengan,pembaziran dan salahguna tadbir wang negara yang sangat ketara yang melibatkan tanggungjawab kepada menteri dan penjawat awam daripada pelbagai Kementerian dan Jabatan samaada diperingkat nasional dan negeri.

Selepas segalanya didedahkan oleh Ketua Audit Negara tidak ada sebarang tindakan yang drastik diambil oleh pihak yang bertanggungjawab , malah pendedahan dan tindakan yang tahun-tahun sebelumnya melibatkan dana awam tidak ada sebarang kedengaran tindakan dan statusnya.

Sudah pasti Jabatan Audit Negara juga menggunakan dana awam yang cukup banyak dalam menjalankan tugasan mengaudit ke seluruh Kementerian dan Jabatan sektor awam terhadap penggunaan dana awam atau wang rakyat yang akhirnya hanya "gegak gempita" untuk beberapa hari dan semua kesalahan dan tindakan salahlaku,penyelewengan,pembaziran sekadar "tersimpan di bawah karpet" tanpa sebarang tindakan.

Malah lebih ketara memperlihatkan tidak ada sebarang hubungan antara Jabatan Audit Negara dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM). Fungsi Jabatan Peguam Negara langsung tidak bertanggungjawab sedangkan segala siasatan dibuat oleh Jabatan Audit Negara telah dibuat untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam kes-kes yang melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat.

Sepertimana yang diketahui umum Jabatan Audit Negara juga tidak mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi membawa kes-kes yang melibatkan ketirisan,penyelewengan,pembaziran dana awam selepas segala siasatan dan auditan yang dibuat.

Betapa telus dan profesionalnya Jabatan Audit Negara di bawah tanggungjawab Ketua Audit Negara tidak akan membawa apa-apa makna dan kesan sekiranya segala pelaku dan mereka yang bertanggungjawab tidak diambil sebarang tindakan undang-undang.

Agenda Tranformasi Datuk Seri Najib hanyalah retorik semata-mata kerana apa yang didedah dan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara setiap tahun tidak menunjukkan keberhasilan yang baik tetapi terus memperlihatkan kegagalan beliau sebagai ketua kerajaan.

Jingga 13 Malaysia merasakan adalah wajar Jabatan Audit Negara dibubarkan kerana tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap segala pendedahan yang dibuat setiap tahun dan Jabatan Audit Negara sudah pasti juga turut membazirkan wang rakyat atau dana awam terhadap hasil auditan yang tidak membawa apa-apa tindakan undang-undang . Malah hasilnya saban tahun Berbillion Ringgit Malaysia dana awam 'hangus' begitu sahaja .

Muafakat*Prihatin*Berani

Fariz Musa 
Ketua Koordinator 
JINGGA 13 Malaysia 

Ahli Politik Antara Punca Pemangkin Budaya Samseng dan tidak akan mampu menangani jenayah yang semakin menakutkan


Jingga13 Malaysia begitu tertarik dengan situasi budaya samseng yang begitu menular di kalangan masyarakat Malaysia mutakhir ini.

Tidak sesiapa yang mampu menafikan antara faktor ialah masalah kenaikan sara hidup yang semakin meningkat ekoran kegagalan Kerajaan UMNOBN mengawalnya terhadap kenaikan harga minyak,barangan makanan dan keperluan hidup malah pendapatan bulanan yang tidak setimpal, dibebani pula  isu pengangguran,kurangnya pendidikan yang berteraskan nilai dan moral,akhlak dan agama kerana kesibukan mengejar prestasi akademik dan realistik duniawi,serta kesibukan mencari pengisian harga kehidupan mampu menjana budaya samseng yang turut mengundang rasa sebal dan tidak selesa terutamanya keselamatan yang semakin tidak terjamin.

Namun ada lebih menyedihkan di antara ahli-ahli politik turut mendidik ke arah memupuk budaya samseng tanpa rasa kekok dan bersalah.Malah ada yang memperlihatkan gaya samseng dan brutal,mengugut,lebih ketara mengiktiraf kelompok dan kumpulan tertentu agar dilihat berkuasa dan kebal.

Tindakan ala samseng Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengugut dan 'menunjukkan kuasa' sepertimana terhadap wartawan dan media tempohari memberikan gambaran negatif seorang yang bergelar menteri yang sepatutnya tidak bertindak 'songsang' sedemikian rupa.Sebagai Menteri Dalam Negeri seharusnya beliau adalah lebih bersikap profesional dan menunjukkan kredebiliti yang mampu mendidik rakyat bukannya bersikap seperti seorang 'ketua gangster'.

Jingga 13 yakin,rakyat Malaysia menolak budaya ala samseng yang ditonjolkan oleh seorang yang bergelar menteri.Memperlihat itukah tahap kematangan seorang menteri khusus menjaga kementerian yang sangat penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan dalam negara tetapi bersikap "tidak menghormati undang-undang" seperti diungkapkan oleh  pengarang veteran TheSun R Nadeswaran dalam kolumnya .

Mampukah seorang yang tidak menghormati undang-undang menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sempurna?

Seharusnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan aksi dan kesungguhan yang lebih tegas terhadap kes-kes samseng dan jenayah yang semakin meresahkan rakyat.Dalam kehilangan senjata api oleh Polis DiRaja Malaysia sepertimana dilaporkan oleh Laporan Audit Negara 2012 , insiden tembak-menembak yang mengakibatkan  kematian,kecederaan menggunakan senjata api semakin meningkat dan sudah pasti benar-benar menakutkan rakyat.

Adakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan "kuasa" terhadap sesiapa sahaja termasuk wartawan dan akhbar untuk mengekang segala kritikan terhadap beliau yang dilihat gagal sebagai seorang Naib Presiden UMNO dan menteri?

Adakah masalah jenayah akan mampu diselesaikan iaitu memupuk "amalan menembak penjenayah, daripada menangkap mereka" sepertimana kenyataan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akhirnya mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.

Mampukah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menangani gejala samseng dan jenayah dengan sikap beliau sedemikian rupa malah turut memberikan sokongan kepada geng 'tiga line' yang merupakan antara 47 kumpulan kongsi gelap yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada Ogos lalu dan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram,malah telah  mengiktirafkan 6,171 orang Melayu dari Operasi Memerangi Kongsi Gelap oleh Polis DiRaja Malaysia sebagai 'GANGTER KENDURI-KENDARA' seperti diungkapkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi "kumpulan itu bukanlah “samseng betul” tetapi hanya “gengster kenduri-kendara” di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka,Air Keroh,Melaka.

Kenyataan beliau benar-benar  "memalu dan merendahkan" Polis DiRaja Malaysia yang menjalankan tanggungjawab membenteras jenayah kongsi gelap. Taraf Polis DiRaja Malaysia hanya menangkap "Gangster Kenduri-Kendara"?

Sekiranya 6,171 orang melayu adalah 'gangster keduri-kendara' , manakala  1,701 orang Cina, 3,685 orang India dan 2,954 kaum lain yang terlibat dengan jenayah kongsi gelap adalah gangster apa????

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ternyata memupuk dan mengiktiraf kumpulan kongsi gelap yang telah di'blacklist' oleh oleh Polis DiRaja Malaysia sebagai pertubuhan haram dan terlibat dalam jenayah kongsi gelap. Wajarkah seorang menteri yang meneraju Kementerian Dalam Negeri bersikap sedemikian dan memperlekehkan kerja bersungguh-sungguh pegawai dan anggota Polis yang terlibat membenteras jenayah kongsi gelap.

Jingga 13 Malaysia mendesak agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar meletakkan jawatan kerana beliau tidak layak menerajui Kementerian Dalam Negeri.Isu sewaktu menerajui Kementerian Pertahanan masih banyak tidak diselesaikan,sudah pasti beliau tidak akan mampu menerajui kementerian yang sangat penting ini demi maruah dan keselamatan rakyat.

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Kenyataan Media : JINGGA 13 DESAK SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) SIASAT PERBELANJAAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SERTA MENYANGKAL GESAAN PENGERUSI PERUNDINGAN PENCEGAHAN RASUAH


Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

5 Oktober 2013

JINGGA 13 DESAK SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) SIASAT PERBELANJAAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SERTA MENYANGKAL GESAAN PENGERUSI PERUNDINGAN PENCEGAHAN RASUAH

Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menimbulkan kontroversi terhadap berbelanjaan dana awam antaranya oleh Kementerian Belia dan Sukan berkaitan isu pembiayaan Konsert K-Pop RM1.6 juta sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 pada 23-27 Mei 2012 di Putrajaya.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah mengesahkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan  terpaksa membayar kos tersebut kerana banyak penaja telah gagal menyalurkan sumbangan.

Manakala Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan yang bertanggungjawab ketika itu pula mendakwa konsert tersebut dibiayai penaja menerusi akaun Majlis Sukan Negara. Malah beliau telah bertindak memperlekehkan Ketua Audit Negara dengan mendakwa Ketua Audit Negara "culas" dalam menyediakan laporan tersebut.

Kemanakah wang sejumlah RM1.6juta tersebut dan adakah benar ianya telah dibayar Majlis Sukan Negara melalui wang penajaan atau menggunakan wang rakyat oleh Kementerian Belia dan Sukan ?

Kalau sekiranya benar seperti dakwaan mantan Menteri Belia dan Sukan tersebut bahawa konsert K-Pop yang juga mengundang kontroversi kerana berpakaian tidak senonoh dihidangkan kepada para belia telah dibiayai oleh penaja dan syarikat Korperat dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara , persoalannya ialah kenapa wujud jumlah RM1.6 juta dibelanja untuk membayar Konsert K-Pop dalam penyata perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan ?

Justeru akaun Majlis Sukan Negara perlu dirujuk untuk mengesahkan adakah benar wujud sejumlah RM1.6juta dikeluarkan untuk membiayai kos konsert K-Pop dalam akaun tersebut sepertimana dakwaan  oleh Ahmad Shabery Cheek yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia sekarang ini.

Malah turut mengundang persoalan terhadap pecanggahan antara Khairy Jamaluddin dan Ahmad Shabery Cheek berkaitan pembiayaan konsert K-Pop tersebut.Siapakah yang benar dan berbohong?

JINGGA 13 Malaysia juga turut mempertikaikan perbelanjaan melampau RM67.61 juta wang rakyat bagi acara Hari Belia Negara 2012 menimbulkan persoalan dan perlu kepada satu siasatan oleh SPRM sepertimana dinyatakan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 yang mencatatkan  ‘perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat’.

SPRM seharusnya mengambil satu tindakan SEGERA bagi menyiasat secara total terhadap 2 kes tersebut melibatkan wang rakyat yang turut menjadi perhatian dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan menimbulkan keresahan kepada rakyat.

Satu penilaian juga harus dibuat terhadap penyelewengan secara 'licik'  dengan mengikut prosedur sistem perbelanjaan kerajaan yang akhirnya tidak dapat diambil tindakan oleh undang-undang sedangkan perbelanjaan tersebut 'tidak masuk akal' dan amat melampau serta tidak munasabah.

JINGGA13 Malaysia juga menyangkal gesaan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Datuk Johan Jaaffar yang meminta agar Ketua Setiausaha Negara (KSN) menubuhkan 'jawatankuasa khas' bagi mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan membuat cadangan konkrit bagi mengatasi sebarang kelemahan dengan serta-merta.

Apa yang sewajarnya ialah mengambil tindakan setegas-tegasnya dengan menggunakan undang-undang tanpa pilih kasih dan melakukan pendakwaan terpilih.Kajian terhadap laporan yersebut tidak membawa apa-apa makna sekiranya mereka yang terlibat dan bertanggungjawab terhadap ketirisan,penyelewengan dan pembaziran wang rakyat ini terus bebas tanpa sebarang tindakan tegas.

SPRM dan Jabatan Audit Negara harus berganding bahu dengan menggunakan undang-undang bagi mendakwa mereka yang terlibat ke muka pegadilan tanpa prejudis.

Ternyata Laporan Ketua Audit Negara 2012 juga turut memperlihatkan kegagalan tranformasi Datuk Seri Najib Razak yang ternyata terus gagal, bersifat kosmetik dan retorik semata-mata tetapi tidak mampu melaksanakan tatakelola pengurusan dana awam yang benar-benar berhemah,amanah dan bertanggungjawab.

Sehingga kini,Datuk Seri Najib Razak langsung tidak memberikan komen terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012,malah tidak pernah tegas dalam usaha menyelamatkan wang rakyat daripada dipergunakan secara wewenang yang pernah didedahkan daripada laporan-laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

gambar penyerahan memorandum Keadilan Untuk Tan May Teng di Bukit Aman

Tarikh : 20 September 2013 
Turut Hadir : YB Tian Chuan , Ahli Parlimen Batu 




Memorandum Keadilan Untuk Tan May Teng kepada Tan Sri Ketua Polis Negara

20 September 2013

Di Ibu Pejabat Polis Di Raja Malaysia
Bukit Aman



Kepada

YANG BERBAHGIA TAN SRI KHALID ABU BAKAR
KETUA POLIS NEGARA

Memorandum
KEADILAN UNTUK TAN MAY TENG : DIMANAKAH HASIL SIASATAN?


JINGGA 13 Malaysia memohon dan merayu Y.Bhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar selaku Ketua Polis Negara mengambil keprihatinan terhadap kes kematian langgar lari terhadap Mendiang TAN MAY TENG berumur 22 tahun tanggal 3 September 2013 di Jalan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah , Klang oleh sebuah kenderaan ADALAH WAJAR DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 41 AKTA PENGANGKUTAN JALAN.

Berikut adalah laporan-laporan Polis sepertimana berikut :

  1. REPOT POLIS TRAFIK KLANG/014007/2012  4/9/2012 lampiran 1 )
  2. REPOT POLIS TRAFIK KLANG/01448/2012  4/9/2012
  3. REPOT POLIS TRAFIK KLANG/014232/2012  7/9/2012

Pada tanggal 5 Julai 2013 dan 9 Julai 2013 pihak V.Parthipan & Khor selaku peguambela yang dilantik oleh keluarga Mendiang Tan May Teng telah menghantar surat berdaftar bagi tujuan mendapatkan status siasatan kes tersebut sepertimana berikut :

5 Julai 2012 ( Lampiran 2)

  1. Y.BhgKetua Bahagian Sisatan Jenayah , Bukit Aman
  2. Y.BhgKetua Bahagian Siasatan Trafik , Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor
  3. Y.Bhg.Ketua Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Kontijen Polis Selangor

9 Julai 2013 ( Lampiran 3 )

  1. Y.BhgKetua Polis Daerah Klang , Ibu Pejabat Polis
  2. Y.BhgPegawai Penyiasat Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang

Justeru , pada 25 Julai 2013 , pihak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontijen Polis Selangor , Ruj. : (PR)J/25/6 telah menjawab surat berkenaan tetapi sekadar “melepaskan batuk di tangga” dan meminta agar surat dikemukan kepada Ketua Polis Daerah Klang Selatan . Ini mengambarkan seolah-olah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang adalah satu agensi lain yang bukan di bawah pentadbiran dan pengurusan pihak Ibu Pejabat Kontijan Polis Sekamngor . ( Lampiran 4 )

Sedangkan pihak peguam telah turut menghantar surat yang sama kepada Ketua Polis Daerah Klang bertarikh 9 Julai 2013 namun sehingga sekarang tidak memperoleh sebarang hasil siasatan sehingga sekarang yang sudah menjangkau lebih setahun daripada tarikh laporan polis dibuat pada 4 September 2012.

Satu laporan polis dengan Nombor Repot : TRAFIK KLANG/014048/12 bertarikh 4 September 2012 , pada jam 23.30 PM oleh individu yang mengaku sebagai pemandu kenderaan pacuan 4X4 melanggar “sesuatu objek” sewaktu melalui Jalan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah , Klang dan turut mengaku meninggalkan tempat kejadian sedangkan kenderaan tersebut sepertimana laporan polis mengalami kerosakkan pecah lampu besar depan kiri , bumper depan rosak , badan (body) kereta sebelah kiri kemek serta lain-lain kerosakkan yang belum pasti . Laporan polis dibuat selepas 17jam ?                         ( lampiran 5 )

JINGGA 13 Malaysia benar-benar kesal dengan tindakan sambil lewa dan tidak bertanggungjawab oleh pihak PDRM di bawah tanggungjawab pihak Tan Sri selaku Ketua Polis Negara yang sudah pasti membuktikan tindakan tidak profesional sedangkan ianya adalah satu kes yang melibatkan kematian seorang wanita muda Tan May Teng tanpa sebarang pembelaan dan keadilan yang sewajarnya yang turut dirasai kepedihan dan kesedihan suami dan keluarga mendiang.

JINGGA 13 Malaysia MEMOHON DAN MEMINTA agar Y.Bhg. Tan Sri Ketua Polis Negara mengambil keprihatianan sepertimana berikut  :

  1. SIASATAN DI BUAT TERHADAP KELEWATAN HASIL SIASATAN kes tersebut yang sehingga sekarang masih GAGAL diperolehi oleh keluarga mendiang walaupun usaha di buat oleh peguam bagi pihak keluarga .
  2. MENGAMBIL SATU TANGGUNGJAWAB BAGI MENJELASKAN STATUS SIASATAN kepada keluarga den gan SEGERA
  3. MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG MENAHAN PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN MEMBAWA KE MUKAPENGADILAN UNTUK KES TERSEBUT DIADILI DEMI KEADILAN UNTUK TAN MAY TENG .
  4. MEMPERBAIKI DAN MEMULIHKAN IMEJ SERTA KREDIBILITI  PDRM DI MATA MASYARAKAT AGAR LEBIH PROFESIONAL , TELUS DAN BERINTEGRITI

Sekian , Terima kasih .

MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI

KEADILAN UNTUK TAN MAY TENG

Kami Yang Prihatin ,

JINGGA 13 MALAYSIA