Monday 30 December 2013

Team Prihatin Jingga 13 Sampaikan Sejadah dan Pakaian Solat Wanita Untuk Mangsa Banjir di Kg Tayor, Kemaman

Kemaman - 29 Disember 2013 , Team Prihatin Jingga 13 Malaysia telah menyampaikan agihan 60 helai sejadah  kepada mangsa banjir di Kg. Tayor , Chukai , Kemaman bersama YB Dr. Haji Yaakob Sapari ADUN Kota Anggerik, Selangor yang turut menyampaikan 100 helai Pakaian Solat Wanita . 

Sebelum ini Team Prihatin Jingga 13 telah singgah di Kuantan bagi menyerahkan 50 helai sejadah dan barang makanan kepada wakil YB Fauziah Salleh , Ahli Parlimen Kuantan untu diagihkan ke surau-surau yang ditenggelami bencana banjir dan kepada mangsa-mangsa banjir,

Sumbangan-sumbangan ini adalah baki daripada wang sumbangan orang ramai di akaun Bendahari Jingga 13 yang dibuka bagi tujuan menghantar Team Prihatin Jingga 13 ke Kuantan , Chukai , Dungun dan Pekan dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir serta menghulurkan beras sejumlah 250 kampit 5kg , barang makanan , keperluan bayi dan alat-alat tulis kepada mangsa banjir. 

Jingga 13 marakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang telah menghulurkan bantuan kewangan , Jazakallah . Semoga Allah membalas jua .