Friday 13 December 2013

Misi Prihatin Jingga 13 Malaysia ke Kg. Sungai Ganchong , Pekan - 12 Disember 2013

Pada 7 Disember 2013 , Team Prihatin Jingga 13 Malaysia telah membantu mangsa-mangsa banjir di Kg. Sungai Ganchong selepas mereka dinafikan oleh Petugas UMNOBN kerana mereka dituduh sebagai penyokong pembangkang .

Penduduk Kg. Sungai Ganchong benar-benar berterima kasih di atas bantuan barang makanan yang telah dihantar oleh Team Prihatin Jingga 13 iaitu Komrad Tenku Zackriya, Komrad Badong , Komrad Joe dan Komrad Beguk Honda.

Cip telah dihubungi oleh Kak Sharifah dan meminta cip datang juga ke Kg. Sunagi Ganchong dan penduduk Kg. Sungai Ganchong benar-benar berterima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh Team Prihatin Jingga 13.

Ini gambar-gambar yang kami rakamkan sewaktu cip dan Team Jingga13 Malaysia di Kg. Sungai Ganchong . Kami juga menyerahkan 15 kampit beras kepada 15 keluarga yang menjadi mangsa bencana banjir di mana rumah mereka masih ditenggelami air .