Friday 13 December 2013

Misi Prihatin Jingga 13 hantar team ke Kg. Gumum , Tasek Chini

Team Prihatin Jingga 13 Malaysia sekarang telah berada di Kg. Gumum , Tasek Chini selepas semalam mendapat informasi bantuan dan sukarelawan diperlukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang merupakan masyarakat orang asal .

Jingga 13 Malaysia telah menghantar Komrad Che E dan Komrad Badung dengan dibantu oleh Koordinator Panatia Orang Asal Sdr. Ismail Leh dan Fatimah dengan membawa 30 pack barang-barang makanan kerana terdapat 30 famili yang berjumlah hampir 100 orang telah menghadapi bencana banjir .

Team Prihatin Jingga 13 akan bergabung bersama Insaf Malaysia untuk menyiapkan rumah-rumah untuk mereka dalam program "tampal Rumah".