Sunday 8 December 2013

MISI PRIHATIN DI PEKAN

7 Disember - Misi Prihatin yang dipimpin oleh Komrad Engku Zackriah telah menjalankan tugasan membantu rakyat Pekan di Kg. Ganchong . Pada awalnya , Team Prihatin 1 Jingga 13 telah ditugaskan untuk bertugas di Kuantan terpaksa merubah destinasi mereka ke Pekan kerana Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa telah menerima panggilan talifon dariapada penduduk Kg. Ganchong Pekan bahawa mereka telah dinafikan menerima bantuan banjir oleh YB BN Dun Bebar dan petugas BN sedangkan mereka juga berdepan dengan kenaikan air banjir dan terperangkap di rumah yang mula ditenggelami air yang semakin naik . 

Team Prihatin 1 telah diarahkan untuk ke Kg. Ganchong untuk membantu mangsa-mangsa banjir tersebut dan setelah mendapatkan beras serta membeli barang-barang makanan , pampers bayi dan lain-lain , mereka telah bergegas ke Kg,. Ganchong , Pekan . 

Team Prihatin 1 telah berjaya mengagihkan bantuan kepada 7 keluarga yang terperangkap di rumah masing-masing di Kg. Ganchong - Aceh . 

"Yang menyedihkan ialah Petugas BN lebih mengutamakan warga kemboja untuk dihantar bantuan berbanding rakyat jati Pekan sendiri " ujar Koordinator Prihatin dan Kebajikan Jingga 13 Malaysia dalam whasap Grup Jingga 13 . 

8 Disember - Team Prihatin 1 bersama Jingga 13 Pekan telah menerima bantuan 3 tan beras pada jam 2.30 pagi dan telah melakukan pengagihan beras kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Parlimen Pekan dan turut akan menghantar 1 tan beras ke parlimen Rompin . 

Semoga Team Prihatin 1 tabah dan menjaga kesihatan mereka di sana agar dapat menjalankan kerja amal dengan sukses bagi meringankan bebanan mangsa-mansa banjir di Parlimen Pekan yang Ahli Parlimennya ialah Datuk Seri Najib Razak .

Ternyata UMNOBN terus mengamalkan dasar pilih kasih dan membantu mereka yang terpilih walaupun warga asing yang mendapat Kad Pengenalan dan menjadi pengundi BN dalam PRU 13.