SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 13 December 2013

MEMORANDUM JINGGA 13 SELAMAT DITERIMA OLEH WAKIL PEJABAT MENTERI PERTAHANAN

Kami tiba di hadapan Kementerian Pertahanan Malaysia ,Wisma Pertahanan untuk sampaikan memorandum kepada Menteri Pertahanan agar satu tindakan positif menghantar anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) ke lokasi di Kuantan, Paya Besar, Kemaman dan Pekan terutama di kawasan yang sudah surut untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutama membantu membersihkan rumah mereka .

Pada awalnya , Pegawai Pejabat Menteri tidak mahu menerima memorandum kami . Namun kami bertegas kepada Anggota MP bahawa untuk menghantar memorandum tersebut . Kami tahu Datuk Seri Hisamuddin Hussein masih bercuti namun sudah pasti jawatan beliau dipangku oleh Timbalan Menteri Pertahanan . 

Akhirnya jam 11.45 pagi , hanya Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia sahaja dibenarkan masuk untuk sampaikan memorandum . Sdr fariz Musa diiringi Anggota MP ke bangunan Kementerian Pertahanan . Pihak Pejabat Menteri telah menghantar seorang wakil untuk menerima memorandum tersebut .

Kesempatan tersebut Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia telahn menyerahkan memorandum tersebut dan memohon agar pihak Menteri Pertahanan dan kementerian dapat menghantar anggota ATM dan juga PLKN untuk membantu mangsa banjir untuk membersih dan memperbaiki rumah-rumah mereka yang dipenuhi lumpur , harta benda yang rosak dan musnah akibat daripada bencana banjir yang luar biasa. 

Atas prinsip keprihatinan dan kemanusiaan rayuan dan memorandum tersebut telah berjaya disampaikan .