SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Saturday, 14 December 2013

Kecewa bantuan banjir lewat, Jingga 13 serah memo ke Kementah - keadilandaily

Kecewa bantuan banjir lewat, Jingga 13 serah memo ke Kementah

KUALA LUMPUR 13 DIS: Kecewa bantuan lewat tiba ke negeri-negeri pantai timur yang dilanda banjir, NGO Jingga 13 menyerahkan memorandum ke Kementerian Pertahanan, di Jalan Padang Tembak hari ini.
Fariz Musa
Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa meyerahkan memorandum kepada Kementerian Pertahanan, hari ini
Walaupun melalui kawalan ketat di Wisma Pertahanan, penyelaras Jingga 13 Fariz Musa berjaya menyerahkan memorandum bagi mendesak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar operasi bantuan dan membersih rumah mangsa banjir.
“Kita minta Kementah tempatkan anggota ATM di kawasan yang surut banjir untuk membantu membersihkan kawasan kampung yang berlumpur.
“Ramai penduduk kampung terdiri dari warga emas dan wanita. Mereka sudah keletihan akibat banjir. Sekarang terpaksa pula bersihkan kawasan,” kata Fariz kepadaKeadilandaily.
Menurut Fariz, petempatan di negeri-negeri pantai timur kebanyakannya adalah kawasan perkampungan.
Justeru, penduduk kampung memberitahu Jingga 13, pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya akan membersihkan kawasan tiga bulan dari sekarang.
“Ada banyak infrastruktur awam yang perlu dibersihkan. Masjid, sekolah, balai raya dan sebagainya.
banjir di pusat pemindahan banjir
“Ada juga yang ambil kesempatan kenakan caj pada orang kampung selepas pembersihan dibuat. Kita mahu elak perkara ini. Sebab itu kita desak ATM bantu,” kata Fariz.

Dalam pada itu, Fariz turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ATM dan anggota keselamatan yang membantu operasi bantuan banjir sejak dua minggu lalu.
“Namun, hanya tertumpu di pusat-pusat operasi pemindahan. Sekarang waktu membantu pembersihan,” kata Fariz.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57229