Wednesday 18 December 2013

JINGGA13 DESAK DATUK SERI NAJIB RAZAK KOTAKAN JANJI “TIADA KENAIKAN TOL DALAM TEMPOH 5 TAHUN” DALAM BUDJET 2011


18 Disember 2013


JINGGA13 DESAK DATUK SERI NAJIB RAZAK KOTAKAN JANJI “TIADA KENAIKAN TOL DALAM TEMPOH 5 TAHUN” DALAM BUDJET 2011


Jingga13 Malaysia mendesak Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ,Datuk Seri Najib Razak mengotakan janji yang telah dibuat dalam budjet 2011 sepertimana di bawah :


"Kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat. Untuk meringankan beban pengguna lebuh raya, sukacita saya mengumumkan kadar tol di empat lebuhraya milik PLUS Expressway Berhad TIDAK AKAN DINAIKKAN BAGI TEMPOH 5 TAHUN AKAN DATANG bermula serta merta..."


Atau boleh dilayari sepertimana di http://www.treasury.gov.my/bajet2011/data/ucapan/ub11.pdf


Tidak sampai tempoh 5 tahun daripada Budjet 2011,Kerajaan UMNOBN tiba-tiba bakal ‘menghadiahkan’ kenaikan Tol pada awal tahun 2014 , sepertimana dinyatakan oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar ,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahawa kenaikkan tol tidak dapat dielakkan dengan alasan kerana perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi.

Tindakan tersebut membuktikan bahawa kerajaan UMNOBN tunduk kepada syarikat konsesi tanpa mengambil kira situasi dan bebanan rakyat yang ditanggung , sedangkan janji yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak sewaktu membentangkan Budjet 2011 iaitu tidak akan menaikkannya dalam masa 5 tahun terutama di empat lebuhraya milik PLUS ternyata BERBOHONG DAN MENIPU RAKYAT.


Sedangkan tiga pemegang konsesi utama lebuhraya terbesar iaitu Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) , Prolintas dan Gamuda adalah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan . PLUS yang dikuasai oleh Khazanah dan Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Prolintas dimiliki Permodalan Nasional Berhad(PNB).Manakala Gamuda walaupun sebuah syarikat swasta namun terdapat agensi-agensi kerajaan memiliki sekurang-kurangnya 22.59% pegangan saham.


Ini bermakna kerajaan mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar termasuk merundingkan semula perjanjian yang telah dibuat antara kerajaan dan syarikat konsesi demi kepentingan rakyat . Malah sepertimana kenyataan YB Sdr Rafizi Ramli,Ahli Parlimen Pandan bahawa kesemua syarikat konsesi lebuhraya tersebut memperolehi keuntungan berlipat ganda dan bertambah setiap tahun.


Kenyataan dangkal oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar ,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang meminta sesiapa tidak setuju dengan kenaikkan Tol supaya melalui jalan lain , menunjukkan betapa rendahnya mentaliti dan kualiti seorang yang bergelar menteri dalam kabinet Kerajaan Malaysia.


Jingga13 Malaysia mendesak agar pihak kerajaan sedar dan menghormati bahawa 53% rakyat Malaysia bersetuju mengundi Pakatan Rakyat antaranya bersetuju dengan manifesto dan Janji Jingga Pakatan Rakyat iaitu  "Tol Percuma" bukannya sepertimana langkah Kerajaan UMNOBN selepas PRU13 tanpa perikemanusiaan dan keprihatinan  dengan menaikkan Tol , dalam masa yang sama rakyat menghadapi tekanan ekonomi yang menyesakkan mereka daripada “kenaikan berantai” iaitu harga petrol,gula,Astro serta yang bakal dihadapi pada tahun 2014 iaitu kenaikan tarif elektrik,tambang LRT dan Monorel, tambang bas sekolah 40%,cukai jalan dan sebagainya yang pastinya akan berlaku kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup.


Ternyata Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan UMNOBN menipu dan terus menekan serta menzalimi rakyat sedang beliau terus menunjukkan budaya berbelanja mewah dan boros . Datuk Seri Najib Razak tidak layak memimpin negara ini dan dilihat lemah sehingga tunduk kepada syarikat konsesi.


Jingga13 Malaysia menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bangkit membantah tindakan kerajaan UMNOBN khususnya kenaikan Tol serta "kenaikan berantai" lain  yang akan memberikan kesan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.


Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator

JINGGA 13 Malaysia