SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Tuesday, 24 December 2013

Jingga 13 Serah Memo kpd KDN, desak tarik balik penggantungan Akhbar 'The Heat'

KENYATAAN MEDIA

JINGGA 13 MALAYSIA

24 DISEMBER 2013


KEMENTERIAN DALAM NEGERI WAJAR MENARIK BALIK PENGANTUNGAN PERMIT AKHBAR 'THE HEAT' DAN MENGANGKAT HAK-HAK KEBEBASAN MEDIA

Tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung akhbar mingguan 'The Heat' adalah satu tindakan yang tidak demokratik dan profesional serta mengambarkan sikap anti kebebasan media yang telah menimbulkan rasa kurang senang rakyat serta pengamal media .

Walau apa jua alasan yang di berikan oleh Kementerian Dalam Negeri namun ianya dilihat serta dipercayai sebagai satu hukuman drastik terhadap The Heat ekoran penyiaran artikel berjudul "All Eyes On Spending PM Najib" berkaitan perbelanjaan boros Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sewajarnya bukan dijadikan 'senjata' untuk ditujukan kepada mana-mana penerbitan dan kelompok media sehingga dilihat oleh rakyat dan dunia sebagai akta yang mengekang kebebasan bersuara dan anti kebebasan media.

Justeru di atas prinsip keprihatinan dan menjunjung kebebasan media dan amalan demokratik , JINGGA 13 Malaysia memohon agar YB Datuk Seri Ahamad Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri :

1. MENARIK BALIK pergantungan akhbar The Heat SERTA MERTA dan membenarkan The Heat  beroperasi seperti biasa

2. Kementerian Dalam Negeri, melalui Jawatankuasa Bebas, menyiasat ke akar umbi ke semua insiden-insiden keganasan polis terhadap wartawan dan pengamal media sewaktu Bersih 3.0 pada 2012.

3. Menghapuskan peraturan yang mewajibkan permit penerbitan dan meminda Akta Penerbitan dan Mesin Cetak agar selari dengan hak-hak kebebasan media.

4. Memohon maaf secara terbuka kepada semua pengamal media atas kes-kes pencabulan hak kebebasan media sepanjang BN mentadbir negara ini.


Sekian .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

NIKSON ABDILLAH
Koordinator Tugas-Tugas Khas
JINGGA 13 MALAYSIA