SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Tuesday, 24 December 2013

'Guy Fawkes' hantar memo, bantah 'senjata permit'


Sebuah NGO hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap penggantungan penerbitan The Heat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan alasan langkah itu antikebebasan media dan menimbulkan perasaan kurang senang rakyat dan pengamal media.

Memorandum JINGGGA 13 itu dihantar kepada ibu pejabat KDN di Putrajaya pagi ini. Mereka antaranya memakai topeng Guy Fawkes yang kini menjadi tred perlawanan di seluruh dunia, sebagai gimik.
Mereka juga menolak alasan penggantungannya itu dan tetap melihatnya sebagai “hukuman” terhadap mingguan itu ekoran penyiaran artikel berkaitan perbelanjaan besar perdana menteri dan isterinya.

“Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (APMC) sewajarnya bukan dijadikan 'senjata' untuk ditujukan kepada mana-mana penerbitan dan kelompok media sehingga dilihat oleh rakyat dan dunia sebagai akta yang mengekang kebebasan bersuara dan anti kebebasan media,” memorandum itu dipetik.
Selain menuntut tindakan itu dibatalkan dan memohon maaf kepada secara terbuka kepada pengamal media, NGO itu antara lain menuntut:
  • KDN, melalui jawatankuasa bebas, menyiasat ke akar umbi semua insiden keganasan polis terhadap wartawan dan pengamal media sewaktu BERSIH 3.0 pada 2012.
     
  • Menghapuskan peraturan yang mewajibkan permit penerbitan dan meminda APMC agar selari dengan hak-hak kebebasan media.
Tuntutan itu dilihat selari dengan bantahan besar pengamal media yang bergabung melalui landasan baru dinamakan Gerakan Media Marah (GERAMM) yang kini menganjurkan kempen dua minggu memperjuangkan isu itu.

Selain GERAMM, beberapa pihak turut menyatakan perasaan tidak sedang mereka dengan tindakan KDN itu, termasuk Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), kumpulan NGO dan ahli politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KDN menafikan penggantungan itu berkaitan dengan artikel muka depannya berhubung perbelanjaan perdana menteri dan memaklumkan berlaku perlanggaran peruntukan permit percetakan.

~Malaysiakini.