Wednesday 4 December 2013

ARKIB JINGGA 13 : Jingga 13 dipanggil bantu siasatan isu kondo, LPT - HARAKAH

Jingga 13 dipanggil bantu siasatan isu kondo, LPT


Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Jingga 13 hari ini dipanggil untuk membantu siasatan ke atas dua kes berasingan, masing-masing bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman PDRM dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berikutan isu skandal penyelewengan pembelian kondominium mewah One Menerung dan penyelewengan Lebuhraya Pantai Timur 2, Jabor. “Kedua-duanya akan berlangsung di Bandaraya Shah Alam pada pukul 2 .00 petang,” kata setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad dalam satu kenyataan.
Menruutnya, Jingga 13 telah membuat laporan SPRM untuk menyiasat skandal penyelewengan pembelian kondominium mewah One Menerung pada 10 November 2011 di Bangunan SPRM Selangor, Shah Alam namun sehari selepas itu, pengadu telah dihubungi oleh pegawai penyiasat SPRM mengatakan kes itu telah diserahkan kepada PDRM untuk disiasat kerana tidak berada dalam bidang kuasa SPRM, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Pengadu telah dihubungi oleh Supt. Ravindan dari JSJ Komersial Bukit Aman lewat petang semalam dan memaklumkan untuk merekodkan kenyataan pengadu di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di Shah Alam pada pukul 2.00 petang,” ujarnya lagi.
Tambahnya, manakala untuk isu penyelewengan Lebuhraya Pantai Timur 2, Jabor Terengganu, Jingga 13 telah membuat aduan ke SPRM Terengganu pada 17 November 2011 selalu kepada pegawai penyiasat Ahmad Shukri Mustafa namun tiada sebarang kenyataan direkodkan melainkan salinan laporan diambil.
Katanya, awal pagi Ahad yang lalu, pengadu telah dihubungi dan menetapkan tarikh 23 November  2011 untuk proses merekod kenyataan, kemungkinan besar di pejabat SPRM Selangor, Shah Alam.
“Jingga 13 telah maklum mengenai dua perkara ini dan akan hadir di tempat-tempat yang disebutkan untuk memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa,” katanya.
Sehubungan itu,  katanya Jingga 13 menjemput rakan-rakan media untuk turut serta dalam proses mengambil keterangan hari ini.
Beliau berkata, Jingga 13 akan terus memberikan komitmen terhadap isu-isu rakyat dan tidak akan sesekali mundur dan menyerah.