SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 22 November 2013

JINGGA 13 TERENGGANU KECAM TINDAKAN KERAJAAN UMNO MENGHALAU PENDUDUK KAMPUNG BANGGOL DONAS DALAM MASA 21 HARI


Kenyataan Media
JINGGA 13 Terengganu

13 Oktober 2013

JINGGA 13 TERENGGANU KECAM TINDAKAN KERAJAAN UMNO MENGHALAU PENDUDUK KAMPUNG BANGGOL DONAS DALAM MASA 21 HARI

Jingga 13 Terengganu kesal dengan tindakan Kerajaan UMNOBN Terengganu melalui Penolong Kanan Pentadbir Tanah bahagian Pengambilan Tanah, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda berhubung dengan penghantaran notis bagi mengosongkan kediaman penduduk Kampung Banggol Donas dalam masa tempoh 21 hari agar jalanraya yang berjarak 7.6 km dengan kos yang sangat melampau menelan wang rakyat melalui peruntukkan dana khas berharga 226 juta. Projek yang  runding terus kepada syarikat milik bekas Ketua Pemuda Negeri Terengganu.

Kenyataan Wan Hariff Rafany Wan Muda yang telah disiarkan oleh Sinar Harian bertarikh 11 Oktober 2013 bahawa penduduk Kampung Banggol Donas, Terengganu telah diberi notis pindah dalam masa 21 hari , sekiranya mereka enggan kediaman mereka akan dirobohkan setelah tamat tempoh notis tersebut.

Jingga 13 Terengganu berpendapat bahawa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh  Penolong Kanan Pentadbir Tanah bahagian Pengambilan Tanah, Pejabat Tanah Kuala Terengganu tersebut  adalah satu tindakan berlebihan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang penjawat awam tanpa merujuk kepada kronologi sebenar berhubung dengan isu pengambilan di kawasan tersebut yang selama ini diperjuangkan oleh para penduduk yang terlibat dengan jajaran jalan tersebut bahawa telah melanggar Akta Akta Pengambilan Tanah (APT ) 1960 .

Para penduduk telah bangkit berjuang mempertahankan hak mereka sehingga telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Negeri Terengganu,Menteri Kerja Raya dan termasuk SUHAKAM agar projek yang di miliki oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu tersebut dihentikan kerana telah tidak mengikut prosedur dan undang-undang.

Merujuk menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, ianya dengan jelas menyatakan bahawa pengambilan tanah bagi projek pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong (Fasa I) dan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda, Mukim Manir (Fasa II) yang melibatkan 76 lot tanah bagi fasa 1 dan 184 lot tanah bagi fasa 11 TIDAK DIWARTAKAN di bawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah (APT ) 1960 terlebih dahulu.

Malahan, bagi isu pengambilan tanah di Kampung Banggol Donas ini, sebanyak 3 laporan SPRM telah dibuat sebelum ini. Namun begitu, sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang laporan mengenai perjalanan siasatan bagi laporan-laporan tersebut.

Pihak kerajaan UMNOBN Terengganu  sepatutnya lebih peka dengan isu melibatkan rakyat ini dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa bagi merampas hak penduduk kampung kerana ianya jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia perkara 13(a) yang jelas memperuntukkan bahawa tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

Adalah penting perkara ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab kerana tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri Terengganu ini jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara kita ini.

Jingga 13 Terengganu juga menggesa SPRM supaya menjelaskan status siasatan bagi laporan-laporan yang telah dibuat berhubung dengan isu Kampung Banggol Donas ini kepada penduduk kampung yang terlibat bagi mengelakkan wujudnya tohmahan bahawa pihak SPRM hanya menjalankan siasatan secara terpilih sahaja.

Justeru itu, Jingga 13 Terengganu mengecam tindakan notis selama 21 hari tersebut  dan mendesak supaya notis tersebut ditarik balik dengan serta-merta kerana ianya jelas bertentangan undang-undang sepertimana laporan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara bagi tahun 2011.

Tindakan tersebut bukan sahaja membuktikan betapa tertekannya kerajaan UMNOBN yang bukan sahaja bertindak tidak mengikut prosedur dan undang-undang tetapi turut bersikap secara zalim kepada rakyat yang majoriti mereka adalah orang-orang melayu bagi melaksanakan projek pembinaan jalan yang tidak munasabah dan termahal di dunia.

Wan Mohd Azziadi Wan Abd Jalil
Koordinator
Jingga 13 Terengganu