SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 22 November 2013

JINGGA 13 LAPOR SPRM ISU RM 1.6 JUTA BIAYAI KONSERT K-POP , HIMPUNAN JUTAAN BELIA BERJUMLAH LEBIH RM 87.61 JUTA , AKAUN MAJLIS SUKAN NEGARA BERKAITAN LEBIH RM20JUTA WANG TAJAAN SYARIKAT SWASTA DAN DESAK SIASAT SERTA DAKWA SEGERA SHABERY CHEEK

Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

18 Oktober 2013

JINGGA 13 LAPOR SPRM ISU RM 1.6 JUTA BIAYAI KONSERT K-POP , HIMPUNAN JUTAAN BELIA BERJUMLAH LEBIH RM 87.61 JUTA , AKAUN MAJLIS SUKAN NEGARA BERKAITAN LEBIH RM20JUTA WANG TAJAAN SYARIKAT SWASTA DAN DESAK SIASAT SERTA DAKWA SEGERA SHABERY CHEEK 
Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menimbulkan kontroversi terhadap berbelanjaan dana awam antaranya oleh Kementerian Belia dan Sukan berkaitan isu pembiayaan Konsert K-Pop RM1.6 juta sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 pada 23-27 Mei 2012 di Putrajaya.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin telah mengesahkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan  terpaksa membayar kos tersebut kerana banyak penaja telah gagal menyalurkan sumbangan.

Manakala Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan yang bertanggungjawab ketika itu pula mendakwa konsert tersebut dibiayai penaja menerusi akaun Majlis Sukan Negara. Malah beliau telah bertindak memperlekehkan Ketua Audit Negara dengan mendakwa Ketua Audit Negara "culas" dalam menyediakan laporan tersebut.

Kemanakah wang sejumlah RM1.6juta tersebut dan adakah benar ianya telah dibayar Majlis Sukan Negara melalui wang penajaan atau menggunakan wang rakyat oleh Kementerian Belia dan Sukan seperti yang ditegaskan oleh Tan Sri Ketua Audit Negara?

Kalau sekiranya benar seperti dakwaan mantan Menteri Belia dan Sukan tersebut bahawa konsert K-Pop yang juga mengundang kontroversi kerana berpakaian tidak senonoh dihidangkan kepada para belia telah dibiayai oleh penaja dan syarikat Korperat dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara , persoalannya ialah kenapa wujud jumlah RM1.6 juta dibelanja untuk membayar Konsert K-Pop dalam penyata perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan ?

Justeru akaun Majlis Sukan Negara perlu dirujuk untuk mengesahkan adakah benar wujud sejumlah RM1.6juta dikeluarkan untuk membiayai kos konsert K-Pop dalam akaun tersebut sepertimana dakwaan  oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia sekarang ini.

Malah turut mengundang persoalan terhadap pecanggahan antara Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkaitan pembiayaan konsert K-Pop tersebut.Siapakah yang benar dan berbohong?

JINGGA 13 Malaysia juga turut mempertikaikan perbelanjaan melampau RM67.61 juta wang rakyat bagi acara Hari Belia Negara 2012 menimbulkan persoalan dan perlu kepada satu siasatan oleh SPRM sepertimana dinyatakan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 yang mencatatkan  ‘perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat’.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sewaktu menjawat Menteri Belia dan Sukan dalam Sinar Harian 22 Mei 2012 telah membuat kenyataan bahawa lebih RM20 juta dikumpulkan daripada sumbangan swasta. Manakala Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan , Datuk Mohid Mohamed sepertimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 1 Jun 2012 bahawa Kementerian “menerima tajaan berjumlah RM28juta daripada syarikat-syarikat swasta dalam bentuk wang tunai , barangan dan pelaksanaan pelbagai program”.

Ini bermakna jumlah keseluruhan perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 oleh Kementerian Belia dan Sukan dan tajaan syarikat-syarikat swasta berjumlahRM95.61 juta . Satu perbelanjaan yang sangat luar biasa dan melampau .

Justeru JINGGA 13 juga meminta satu siasatan dibuat terhadap akaun MSN berkaitan RM28juta sumbangan penajaan dan syarikat korperat atau swasta terhadap perbelanjaan program tersebut . 
SPRM seharusnya mengambil satu tindakan SEGERA bagi menyiasat secara total terhadap 3 kes tersebut melibatkan wang rakyat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkaitan perbelanjaan menggunakan wang sumbangan penajaan serta syarikat swasta yang turut menjadi perhatian dan telah menimbulkan keresahan kepada rakyat.

SPRM dan Jabatan Audit Negara harus berganding bahu dengan menggunakan undang-undang bagi mendakwa mereka yang terlibat ke muka pegadilan tanpa prejudis.

Sekali lagi JINGGA 13 MALAYSIA JUGA MENDESAK AGAR Perdana Menteri wajar MENGANTUNG TUGAS Datuk Seri Ahmad  Shabery Cheek dengan SEGERA!

Muafakat*Prihatin*Berani
 FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia