SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 22 November 2013

Isu pembiayaan K-Pop dan Himpunan Sejuta Belia 2012: Jingga13 desak Perdana Menteri gantung tugas Shabery Cheek dan perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 ialah RM87.6juta


Kenyataan Media

Jingga 13 Malaysia

11 Oktober 2013

Isu pembiayaan K-Pop dan Himpunan Sejuta Belia 2012: Jingga13 desak Perdana Menteri gantung tugas Shabery Cheek dan perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 ialah RM87.6juta

Jingga 13 Malaysia mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengantung tugas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek , Menteri Komunikasi dan Multimedia ekoran pendedahan perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui oleh beliau melibatkan wujud perbelanjaan melampau dan tidak berhemat oleh Laporan Ketua Audit Negara.

Sebagai menteri Belia dan Sukan ketika itu,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak perlu bersikap "menegakkan benang basah" tetapi mengambil sikap bertanggungjawab terhadap pendedahan yang di buat berkaitan pembiayaan RM1.6 juta wang rakyat untuk konsert K-Pop oleh tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet yang ternyata beliau telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa konsert yang turut  mengundang kontroversi terhadap pakaian yang seksi menjolok mata yang dihidangkan kepada para belia , bahawa dibayar oleh penaja.

Isu perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 sejumlah RM67.6 juta dari 23 hingga 27 Mei 2012, di Putrajaya juga turut mengundang pelbagai persoalan terhadap perbelanjaan yang sangat melampau .

Sebelum ini Datuk Shabery Cheek juga turut menyatakan bahawa program tersebut mendapat penajaan RM20 juta melalui Majlis Sukan Negara ini bermakna perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 adalah berjumlah dicampur dengan tajaan ialah RM87.6juta!

Kerajaan UMNOBN sewajarnya bersikap serius dan bertanggungjawab terhadap Laporan Ketua Audit Negara dan bukannya mengambil sikap sambil lewa membiarkan segala kebocoran,ketirisan,penyelewengan wang rakyat berlaku setiap tahun tanpa ada tindakan drastik menyelamatkan wang rakyat.

Muafakat*Prihatin*Berani

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia