SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 22 November 2013

Isu K-Pop : Shabery Cheek tidak perlu guna RTM , media serta kuasa untuk raih simpati dan 'menegakkan benang basah' dalam prosiding PAC


Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

17 Oktober 2013

Isu K-Pop : Shabery Cheek tidak perlu guna RTM , media serta kuasa untuk raih simpati dan 'menegakkan benang basah' dalam prosiding PAC

Jingga13 Malaysia menyambut baik langkah yang diambil oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,mantan Menteri Belia dan Sukan untuk bersedia disoal siasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) berkaitan pembiayaan RM1.6juta konsert K-Pop sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 yang telah menimbulkan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan wang rakyat digunakan untuk membiayai konsert tersebut.

Sewaktu beliau menjawat Menteri Belia dan Sukan , Datuk Ahamad Shabery Cheek begitu mempertahankan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kos konsert tidak menggunakan wang rakyat sebaliknya dibiayai oleh sumbangan penaja dan syarikat koperat.Malah dilaporkan lebih daripada RM20juta berjaya dikumpulkan melalu akaun Majlis Sukan Negara.n

Kini ternyata beliau telah dilihat berbohong apabila pendedahan yang dibuat oleh Laporan Ketua  Audit Negara 2012 yang disahkan oleh Khairy Jamaludin ,Menteri Belia dan Sukan sekarang bahawa Kementerian Belia dan Sukan terpaksa membiayai konsert K-Pop.

Datuk Ahmad Shabery Cheek dilihat terus melatah apabila mempertegaskan bahawa konsert K-Pop yang berlangsung di Putrajaya tersebut dibiayai oleh penaja dan syarikat koperat dan bukannya menggunakan wang rakyat.

Kesungguhan beliau selaku Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia hingga sanggup mempergunakan kedudukan dan kuasa memastikan media seperti RTM sedia menyiarkan secara langsung prosiding PAC membabitkan diri beliau.

Kenapa tidak kepada isu dan kes yang lain? Bukankah tindakan tersebut adalah merupakan tindakan salahguna kuasa beliau sebagai menteri demi meraih simpati agar dilihat bersih dan 'menegakkan benang yang basah' untuk mempertahankan diri.

Kesediaan Datuk Ahmad Shabery Cheek menghadapi soal siasat PAC sangat dihormati , namun beliau tidak berani secara terbuka untuk disoal siasat oleh SPRM dan menyerahkan segala-galanya kepada SPRM untuk menyiasat kes tersebut sedalam-dalamnya dan ini menimbulkan persoalan kepada rakyat terhadap sikap beliau tersebut.

Justeru Jingga13 Malaysia akan membuat laporan rasmi kepada SPRM esok 18 Oktober 2013 , jam 11pg di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya agar satu siasatan secara total dibuat terhadap Datuk Ahamad Shabery Cheek dan kes tersebut serta dapat dijelaskan berkaitan penggunaan wang rakyat RM1.6 juta membiayai konsert K-Pop dan adakah benar sepertimana yang didakwa oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa konsert dibiayai oleh penajaan dan syarikat swasta/korperat yang ternyata bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Muafakat*Prihatin*Berani

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia