SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 22 November 2013

Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat : Manisfetasi Kepedulian Kepada Rakyat


Kenyataan Media

JINGGA 13 Malaysia

22 Oktober 2013

Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat : Manisfetasi Kepedulian Kepada Rakyat

JINGGA 13 Malaysia menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap pembentangan Belanjawan Alternatif PR oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Lim Guan Eng serta Datuk Kamaruddin Jaafar yang ternyata merupakan 'Belanjawan Kepedulian Rakyat' serta mampu mengangkat ekonomi negara,mengurangkan defisit dan bersifat realistik.

Beberapa cadangan dalam belanjawan tersebut membuktikan konsisten Pakatan Rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat serta mengutamakan kebajikan sebagai teras utama ke arah penambaikan tatakelola pengurusan kewangan negara bagi merakyatkan ekonomi ke arah meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Ketirisan,pembaziran,penyelewengan,rasuah dan kegagalan transformsi di bawah pentadbiran Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Menteri Kewangan dapat dilihat setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan. Defisit dan hutang negara yang semakin meningkat memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan rakyat terpaksa menanggung hasil daripada kebobrokan yang diamalkan oleh Kerajaan UMNOBN.

Jingga 13 Malaysia menyambut baik langkah mengkaji semula serta menangguhkan Program Khidmat Negara yang tidak menampakkan kejayaan yang membanggakan melalui program tersebut malah tidak ada satu kajian yang dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan keberhasilan dari program yang setiap tahun menelan belanja RM800juta.

Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun bagaikan 'mencurah air di daun keladi'.Kerajaan UMNOBN sehingga kini gagal menangani,membendung dan memperbaiki agar wang rakyat benar-benar digunakan secara berhemat.Langkah tegas dalam Belanjawan Alternatif PR bagi memastikan tindakan tegas terhadap
salahlaku,pembaziran dan penyelewengan oleh kementerian yang terlibat membuktikan betapa serius Pakatan Rakyat dalam memastikan tatakelola kewangan negara diuruskan  dengan penuh tanggungjawab dan beramanah.

Langkah meningkat dan menghargai wanita secara khusus oleh Pakatan Rakyat mampu mengangkat martabat wanita. Langkah memberikan elaun RM1,200 setahun kepada wanita bekerja serta penyediaan peruntukan RM3 billion untuk Skim Caruman Wanita Nasional adalah membuktikan wanita dihargai.

Jingga13 menyokong langkah meningkatkan mutu PERKESO supaya  lebih bersifat prihatin terhadap pekerja-pekerja Malaysia agar dapat dilindungi 24jam khusus kepada pekerja berpendapatan rendah melalui skim insuran 24jam yang melibatkan di luar waktu bekerja . Satu langkah keperihatinan yang sangat bermakna kepada seluruh warga pekerja Malaysia.

Belanjawan Alternatif PR adalah satu manisfestasi 'Kepedulian Rakyat' yang sangat efektif dan kondusif untuk rakyat Malaysia.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia