SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 22 November 2013

Ahli Politik Antara Punca Pemangkin Budaya Samseng dan tidak akan mampu menangani jenayah yang semakin menakutkan


Jingga13 Malaysia begitu tertarik dengan situasi budaya samseng yang begitu menular di kalangan masyarakat Malaysia mutakhir ini.

Tidak sesiapa yang mampu menafikan antara faktor ialah masalah kenaikan sara hidup yang semakin meningkat ekoran kegagalan Kerajaan UMNOBN mengawalnya terhadap kenaikan harga minyak,barangan makanan dan keperluan hidup malah pendapatan bulanan yang tidak setimpal, dibebani pula  isu pengangguran,kurangnya pendidikan yang berteraskan nilai dan moral,akhlak dan agama kerana kesibukan mengejar prestasi akademik dan realistik duniawi,serta kesibukan mencari pengisian harga kehidupan mampu menjana budaya samseng yang turut mengundang rasa sebal dan tidak selesa terutamanya keselamatan yang semakin tidak terjamin.

Namun ada lebih menyedihkan di antara ahli-ahli politik turut mendidik ke arah memupuk budaya samseng tanpa rasa kekok dan bersalah.Malah ada yang memperlihatkan gaya samseng dan brutal,mengugut,lebih ketara mengiktiraf kelompok dan kumpulan tertentu agar dilihat berkuasa dan kebal.

Tindakan ala samseng Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengugut dan 'menunjukkan kuasa' sepertimana terhadap wartawan dan media tempohari memberikan gambaran negatif seorang yang bergelar menteri yang sepatutnya tidak bertindak 'songsang' sedemikian rupa.Sebagai Menteri Dalam Negeri seharusnya beliau adalah lebih bersikap profesional dan menunjukkan kredebiliti yang mampu mendidik rakyat bukannya bersikap seperti seorang 'ketua gangster'.

Jingga 13 yakin,rakyat Malaysia menolak budaya ala samseng yang ditonjolkan oleh seorang yang bergelar menteri.Memperlihat itukah tahap kematangan seorang menteri khusus menjaga kementerian yang sangat penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan dalam negara tetapi bersikap "tidak menghormati undang-undang" seperti diungkapkan oleh  pengarang veteran TheSun R Nadeswaran dalam kolumnya .

Mampukah seorang yang tidak menghormati undang-undang menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sempurna?

Seharusnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan aksi dan kesungguhan yang lebih tegas terhadap kes-kes samseng dan jenayah yang semakin meresahkan rakyat.Dalam kehilangan senjata api oleh Polis DiRaja Malaysia sepertimana dilaporkan oleh Laporan Audit Negara 2012 , insiden tembak-menembak yang mengakibatkan  kematian,kecederaan menggunakan senjata api semakin meningkat dan sudah pasti benar-benar menakutkan rakyat.

Adakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan "kuasa" terhadap sesiapa sahaja termasuk wartawan dan akhbar untuk mengekang segala kritikan terhadap beliau yang dilihat gagal sebagai seorang Naib Presiden UMNO dan menteri?

Adakah masalah jenayah akan mampu diselesaikan iaitu memupuk "amalan menembak penjenayah, daripada menangkap mereka" sepertimana kenyataan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akhirnya mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.

Mampukah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menangani gejala samseng dan jenayah dengan sikap beliau sedemikian rupa malah turut memberikan sokongan kepada geng 'tiga line' yang merupakan antara 47 kumpulan kongsi gelap yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada Ogos lalu dan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram,malah telah  mengiktirafkan 6,171 orang Melayu dari Operasi Memerangi Kongsi Gelap oleh Polis DiRaja Malaysia sebagai 'GANGTER KENDURI-KENDARA' seperti diungkapkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi "kumpulan itu bukanlah “samseng betul” tetapi hanya “gengster kenduri-kendara” di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka,Air Keroh,Melaka.

Kenyataan beliau benar-benar  "memalu dan merendahkan" Polis DiRaja Malaysia yang menjalankan tanggungjawab membenteras jenayah kongsi gelap. Taraf Polis DiRaja Malaysia hanya menangkap "Gangster Kenduri-Kendara"?

Sekiranya 6,171 orang melayu adalah 'gangster keduri-kendara' , manakala  1,701 orang Cina, 3,685 orang India dan 2,954 kaum lain yang terlibat dengan jenayah kongsi gelap adalah gangster apa????

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ternyata memupuk dan mengiktiraf kumpulan kongsi gelap yang telah di'blacklist' oleh oleh Polis DiRaja Malaysia sebagai pertubuhan haram dan terlibat dalam jenayah kongsi gelap. Wajarkah seorang menteri yang meneraju Kementerian Dalam Negeri bersikap sedemikian dan memperlekehkan kerja bersungguh-sungguh pegawai dan anggota Polis yang terlibat membenteras jenayah kongsi gelap.

Jingga 13 Malaysia mendesak agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar meletakkan jawatan kerana beliau tidak layak menerajui Kementerian Dalam Negeri.Isu sewaktu menerajui Kementerian Pertahanan masih banyak tidak diselesaikan,sudah pasti beliau tidak akan mampu menerajui kementerian yang sangat penting ini demi maruah dan keselamatan rakyat.

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia