SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Tuesday, 31 December 2013

Ayuh FREEZE MOB di mana sahaja , diseluruh Malaysia !


Jingga 13 Malaysia menyeru agar seluruh rakyat Malaysia akan mengambil bahagian dan menyertai bantahan terhadap kenaikkan harga barang melalui Malaysia Freeze Mob (hashtag : #FreezeMalaysia) pada 31 Disember 2013 pada tepat jam 10:10 malam selama 5 minit sambil memegang poster bantahan dan bertopeng Vandetta sebagai tanda simbolik protes kenaikkan perkhidmatan dan harga barangan secara mendadak oleh pihak kerajaan yang dilihat membebankan rakyat jelata.

Akta Perhimpunan Aman 2011 merujuk kepada 'Akta Perhimpunan Aman' yang diluluskan di Parlimen pada 24 November 2011lalu di mana rang Undang-Undang tersebut telah pun dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman dan Freeze Mob adalah satu siri bantahan secara aman yang akan diadakan oleh sesiapa sahaja pencinta keamanan dan demokrasi di seluruh pelusuk tanahair dari Perlis ke Sabah.

Dengan itu, kami berharap rakyat jelata akan bersama kami untuk menjayakan Malaysia Freeze Mob (#FreezeMalaysia) ini.

Saksikan Video  Malaysia Freeze Mob (#FreezeMalaysia) yang terkepil di bawah ini :-

*MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

DK VICKY
SETIAUSAHA 
JINGGA 13 MALAYSIA

Monday, 30 December 2013

Polis Kuala Lumpur nafi kaitkan empat NGO dengan letupan bom malam Tahun Baru


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh (gambar) menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan empat badan bukan kerajaan (NGO)  dengan perancangan letupan bom  pada sambutan malam Tahun Baru 31 Disember ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Katanya beliau hanya menyebut rancangan pengeboman itu dilakukan oleh individu lain manakala empat NGO itu pula dikenal pasti sebagai kumpulan utama yang terbabit dalam perhimpunan dikatakan bertujuan menggulingkan kerajaan malam esok.

"Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ. Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit.


"Kenyataan saya tentang ancaman bom dan senjata berbahaya itu tidak menjurus kepada NGO terbabit sebaliknya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di laman Facebook sebelum ini," katanya dipetik berkata kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.


Sabtu lalu, pihak berkuasa mendedahkan empat NGO iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm), Jingga 13 dan Solidariti Mahasiswa Malaysia merupakan gerakan yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.


Amar mengulas mengenai ugutan saman RM100 juta oleh Samm berhubung tuduhan tersebut sambil menegaskan pihaknya mempunyai bukti kukuh penglibatan empat NGO itu dalam merancang perhimpunan berkenaan.


Katanya, ugutan saman yang dilakukan NGO itu sama sekali tidak akan menyebabkan polis memberhentikan siasatan "Itu (saman) hak mereka...tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," katanya.


Dalam sidang akhbarnya terdahulu, Amar Singh juga mendakwa penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan, Amar  berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.


Beliau berkata hasil risikan mendapati beberapa kumpulan dan badan bukan kerajaan akan terlibat dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka ke atas kerajaan dan seterusnya mahu menimbulkan kekacauan.


Susulan dakwaan itu Pengerusi Samm, Badrul Hisham Shahrin dalam satu kenyataan semalam berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan berkenaan dan akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta terhadap Polis Kuala Lumpur.


Katanya, kenyataan Amar semalam amat mengejutkan kerana mengaitkan dirinya dan Samm dengan tuduhan menganjur himpunan menggulingkan kerajaan.


Selain Samm, Jingga 13 juga bakal bertindak menyaman Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur itu sekiranya beliau masih tidak menarik balik tuduhan tersebut.


Jingga 13 juga akan mengemukakan saman ke atas Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), media pro kerajaan seperti TV3, dan Utusan Malaysia kerana berterusan menggelarkan Jingga13 sebagai gerakan menggulingkan kerajaan.

Timbalan polis KL fitnah, berniat jahat - kedilandaily

Timbalan polis KL fitnah, berniat jahat

(Azuan Ab Rahman)
Latheefa_Koya
KUALA LUMPUR 30 DIS:  Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan keterangan palsu bagi tujuan mewujudkan situasi tidak aman kepada masyarakat awam.

“Kenyataan dikeluarkan Amar berniat jahat, cuba menghalang orang ramai menggunakan hak mereka berhimpun secara aman seperti yang dijamin perlembagaan Persekutuan.
“Tindakan melakukan satu sidang akhbar dan menamakan empat pertubuhan akan melakukan keganasan serta menyatakan secara teliti bahawa kumpulan itu akan menggunakan bom tangan dan senjata akhirnya disiarkan secara meluas dalam akhbar harian utama.
“Jelas sekali itu satu kes fitnah yang boleh membawa kepada saman fitnah yang jelas,” kata Ketua Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.
Beliau berkata demikian selepas satu laporan polis dibuat NGO Jingga 13 di IPD Dang Wangi semalam bagi mendesak polis mengemukakan bukti bahawa pertubuhan tersebut terlibat dengan segala pertuduhan yang dibuat Amar Singh.
NGO Jingga 13 di depan IPD Dang Wangi
NGO Jingga 13 di depan IPD Dang Wangi
28 Disember lalu, Amar Singh pada satu sidang media mengumumkan empat pertubuhan dikenal pasti kononnya menjadi dalang untuk mengadakan kekacauan dalam satu himpunan bagi menyuarakan bantahan terhadap kenaikkan harga barangan pada 31 Disember ini.
Himpunan bagi membantah kenaikkan harga barangan itu kemudiannya diputar belit media arus perdana sebagai himpunan bagi menggulingkan kerajaan.
“Tuduhan itu berat. Kita cabar lakukan siasatan. Jika tidak, kita menganggap polis telah dipergunakan sebagai alat bagi mempertahan Barisan Nasional,” tegas Latheefa.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57801

Team Prihatin Jingga 13 Sampaikan Sejadah dan Pakaian Solat Wanita Untuk Mangsa Banjir di Kg Tayor, Kemaman

Kemaman - 29 Disember 2013 , Team Prihatin Jingga 13 Malaysia telah menyampaikan agihan 60 helai sejadah  kepada mangsa banjir di Kg. Tayor , Chukai , Kemaman bersama YB Dr. Haji Yaakob Sapari ADUN Kota Anggerik, Selangor yang turut menyampaikan 100 helai Pakaian Solat Wanita . 

Sebelum ini Team Prihatin Jingga 13 telah singgah di Kuantan bagi menyerahkan 50 helai sejadah dan barang makanan kepada wakil YB Fauziah Salleh , Ahli Parlimen Kuantan untu diagihkan ke surau-surau yang ditenggelami bencana banjir dan kepada mangsa-mangsa banjir,

Sumbangan-sumbangan ini adalah baki daripada wang sumbangan orang ramai di akaun Bendahari Jingga 13 yang dibuka bagi tujuan menghantar Team Prihatin Jingga 13 ke Kuantan , Chukai , Dungun dan Pekan dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir serta menghulurkan beras sejumlah 250 kampit 5kg , barang makanan , keperluan bayi dan alat-alat tulis kepada mangsa banjir. 

Jingga 13 marakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang telah menghulurkan bantuan kewangan , Jazakallah . Semoga Allah membalas jua . 




Jingga 13 juga mahu saman Amar Singh - Malaysiakini

Jingga 13 juga mahu saman Amar Singh


Satu lagi NGO, Jingga 13, turut merancang untuk mengemukakan saman ke atas Datuk Amar Singh Ishar Singh sekiranya timbalan ketua polis Kuala Lumpur itu enggan menarik balik tuduhan yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan rancangan menimbulkan kekacauan pada malam 31 Disember.


Timbalan Koordinator Jingga 13, Amizudin Ahmat berkata tuduhan tersebut berniat jahat, berunsur fitnah yang melampau serta tidak masuk akal sama sekali dan bertujuan mengalih isu besar mengenai bantahan kenaikan harga barang.

"Jingga 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada mana-mana pihak sama ada melalui apa jua instruments merancang untuk mengadakan kekacauan, apa lagi bersabit penggunaan senjata atau bom bagi tujuan mengguling kerajaan," katanya.


Amizuddin ditemui selepas beliau selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.


Laporan polis tersebut mendesak pihak polis mengemukakan bukti bahawa Jingga 13 terlibat dengan segala pertuduhan yang dibuat.

Amizudin berkata Jingga 13 juga merancang untuk mengemukakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia dan stesen TV3 berhubung tuduhan sama.

"Jingga 13 tegas menyatakan bahawa segala tuduhan jahat yang dikaitkan dengan kami adalah berupa fitnah serta bertujuan memburukkan imej kami serta bertujuan menakut-nakutkan rakyat dengan isu kekacauan, huru hara, senjata dan bom tangan," kata beliau.

Semalam, Amar Singh mengumumkan empat NGO telah dikenalpasti dalang untuk mengadakan kekacauan dan himpunan gulingkan kerajaan pada malam 31 Disember depan.

Kumpulan tersebut adalah Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

SAMM telahpun menyatakan bahawa mereka akan menghantar notissaman kepada Amar Singh Isnin ini.

Sunday, 29 December 2013

Bom: Jingga 13 desak polis tarik balik dakwaan (Video SH)


KUALA LUMPUR - Jingga 13 Malaysia hari ini mendesak agar Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh supaya menarik balik dakwaannya mengatakan NGO itu akan menimbulkan kekecohan dan keganasan dengan menggunakan senjata termasuk bom tangan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini.

Timbalan Koodinatornya, Amizudin Ahmad berkata selain Jingga 13, dakwaan itu turut dilemparkan terhadap beberapa  NGO lain termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), sambil menyifatkannya sebagai berniat jahat serta berunsur fitnah.

"Jingga 13 mendesak pihak polis mengemukakan bukti bahawa kami terlibat dengan segala pertuduhan tersebut dan bukannya daripada risikan, berniat jahat dan berunsur fitnah yang melampau serta tidak masuk akal.

"Jingga 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada mana-mana pihak merancang mengadakan kekacauan dengan penggunaan senjata dan bom tangan bagi tujuan menimbulkan kekecohan dan menggulingkan kerajaan," katanya selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, di sini, hari ini. ~SH




Jingga 13 Buat Laporan Polis di IPD Dang Wangi Akibat Fitnah Terancang Dan Akan Saman Polis!!

Semalam satu Malaysia telah digemparkan oleh berita fitnah yang dibawa oleh Blogger-Blogger Umno Barisan Nasional yang mendakwa telah memintas satu e-mail yang mengatakan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang sebagai dalang utama perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan  dengan mengadakan letupan bom tangan pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.


Berdasarkan fitnah dari Blogger-blogger umNO tersebut, Pihak Polis Diraja Malaysia diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh tanpa membuat siasatan terperinci telah mengadakan satu sidang akhbar tergempar dan mendedahkan perkara tersebut dan secara terang-terangan memfitnah Jingga13 dan beberapa NGO lain terlibat dalam perancangan tersebut.

Berikutan dari fitnah tersebut, Jingga 13 Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Koodinatornya Saudara Amizudin Ahmat, dengan diiringi oleh Setiausaha dan Ketua-Ketua Panitia Jingga13 yang lain telah  membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Kuala Lumpur bagi mendesak agar Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur menarik balik dakwaan-dakwaan yang dilemparkan ke atas Jingga13 Malaysia atau berdepan dengan saman malu dari pihak Jingga 13 Malaysia. 



Jingga 13 Malaysia menganggap dakwaan itu hanya untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang peningkatan rantaian harga barangan yang jelas membebankan orang ramai, dan Jingga 13 akan terus komitmen untuk membantah serta membetulkan kembali persepsi orang ramai tentang peranan Jingga13 Malaysia yang teruk tercalar akibat dari fitnah ini.

Peguam Jingga13 Malaysia, Pn. Latheefa Koya pula berkata saman fitnah terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan saluran TV pro UMNO iaitu TV3 dan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia akan difailkan secepat mungkin.

Latheefa juga mahu Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar untuk disiasat di bawah Seksyen 505 , di mana seseorang individu boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, untuk penerbitan atau apa-apa pernyataan yang beredar, khabar angin atau laporan menyebabkan ketakutan dan kekeliruan kepada orang ramai.

Selain daripada mendapatkan penarikan balik, Jingga13 juga menuntut satu siasatan terhadap Datuk Amar Singh di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan palsu untuk menghasut ketakutan.




Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

29 Disember 2013

JINGGA 13 SANGKAL DAKWAAN FITNAH POLIS AKAN TIMBULKAN KEKACAUN,
SENJATA DAN BOM TANGAN

JINGGA 13 Malaysia menyangkal dan membantah serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh bahawa JINGGA 13 bersama Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Solidariti Anak Muda Malaysia serta Solidariti Mahasiswa Malaysia akan menimbulkan kekacauan serta membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2013.

JINGGA 13 mendesak pihak polis mengemukakan bukti bahawa Jingga 13 terlibat dengan segala pertuduhan tersebut dan bukannya berdasarkan daripada risikan yang ternyata dangkal, berniat jahat dan berunsur fitnah yang melampau serta tidak masuk akal.

JINGGA 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada mana- mana pihak sama ada melalui apa jua instrumen merancang untuk mengadakan kekacauan , apa lagi bersabit penggunaan senjata dan bom tangan bagi tujuan melakukan kekacauan dan keganasan bagi tujuan mengulingkan kerajaan.

JINGGA 13 menganggap dakwaan tersebut hanyalah untuk mengalihkan isu besar mengenai 'kenaikan berantai' harga barang yang ternyata membebankan rakyat dan JINGGA 13 akan terus komited membantah isu 'kenaikan berantai' harga barang tersebut.

JINGGA 13 tegas menyatakan bahawa segala tuduhan jahat yang dikaitkan dengan JINGGA 13 adalah merupakan fitnah serta bertujuan memburukkan imej kami serta bertujuan menakut-nakutkan rakyat dengan isu kekacauan, huru hara, senjata dan bom tangan.

JINGGA 13 juga mendesak agar Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur menarik balik dakwaan tersebut dan jika tidak, pihak JINGGA 13 juga telah melantik peguam dan tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman fitnah terhadap PDRM, TV3 dan Utusan.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
Amizudin Bin Ahmat
Timbalan Koordinator
Jingga 13 Malaysia











Laporan oleh 
Affendi Abas 
Koodinator Keahlian
Jingga13 Malaysia

Malaysian Freeze Mob ! Sebarkan !


JINGGA 13 SANGKAL KENYATAAN POLIS : LAPORAN POLIS DAN AKAN SAMAN PDRM

Saya selaku Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan dan dakwaan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur bahawa Jingga 13 terlibat sebagai penganjur Perhimpunan Guling Kerajaan dalam Sidang Media 27 Disember 2013 . 

Satu FITNAH yang terancang dilakukan bagi memburukkan imej Jingga 13 di mata rakyat dengan tuduhan "bagi menunjukkan rasa tidak berpuas hati mereka ke atas kerajaan dan seterusnya mahu menimbulkan kekacauan "

Malah kenyataan beliau yang tidak masuk akal dan dilihat tidak waras apabila mengaitkan Jingga 13 turut "dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan"

Saya MENAFIKAN segala tuduhan dan dakwaan yang telah dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur tersebut yang ternyata berniat jahat dan bertujuan mengaibkan Jingga 13 dengan sesuatu yang tidak melibatkan kami. 

Justeru memandangkan saya sekarang berada di Malaysia Barat , satu laporan polis akan dibuat oleh Timbalan Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia Sdr. Amizudin Ahmad diiringi peguam kami Lateefa Khoya terhadap PDRM dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur  sepertimana di bawah :

Laporan Polis terhadap PDRM dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur :

Tarikh : 29 Disember 2013
Masa : 11 pagi
Tempat : IPD Dang Wangi , Kuala Lumpur 

Sidang Media Jingga 13 Untuk Saman PDRM dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur :

Tarikh : 29 Disember 2013
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : IPD Dang Wangi , Kuala Lumpur 

Tuduhan dan dakwaan pihak PDRM terhadap Jingga 13 sedikit pun tidak melemah dan menggentarkan kami dalam gerakan membantah "kenaikan berantai' oleh Kerajaan UMNOBN yang dijangka bakal dilaksanakan pada tahun 2014 demi kepentingan rakyat marhean . 

Saya mendapat maklumat bakal ditahan bila-bila masa sahaja . Saya tidak akan berganjak daripada pendirian bahawa tindakan mengaitkan Jingga 13 dengan perhimpunan Guling Kerajaan adalah merupakan FITNAH dan akan melawan habis-habisan .

Tindakan mengaitkan Jingga 13 dan beberapa NGO lain adalah satu usaha yang bertujuan mengekang demokrasi dan membuktikan PDRM menjadi 'boneka' kepada pimpinan Kerajaan UMNOBN yang gentar dengan kebangkitan dan kemarahan rakyat terhadap siri kenaikan yang bakal membuat rakyat sengsara daripada peningkatan kos sara hidup melibatkan kenaikan perkhidmatan dan harga barang makanan serta keperluan hidup .

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator 
JINGGA 13 Malaysia 

FITNAH ! POLIS KAITKAN JINGGA 13 DENGAN PERHIMPUNAN GULING KERAJAAN!

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PoliskeluaramarankerasterhadappenganjurperhimpunangulingKerajaan/Article/?bh

Polis keluar amaran keras terhadap penganjur perhimpunan guling kerajaan

2013/12/28 - 15:54:00 PM
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihak polis tidak teragak-Agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012. 


Beliau berkata hasil risikan mendapati beberapa kumpulan dan badan bukan kerajaan akan terlibat dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan rasa tidak berpuas hati mereka ke atas kerajaan dan seterusnya mahu menimbulkan kekacauan. 


"Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia serta Solidariti Mahasiswa Malaysia dipercayai akan terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.


Beliau berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.

Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan. - BERNAMA

Saturday, 28 December 2013

Team Prihatin Jingga 13 sampaikan Sejadah dan barang makanan di Kuantan

Team Prihatin Jingga13 Malaysia hari ini telah bertolak dari Shah Alam dalam Misi Bantuan Kemanusian Jingga13 Malaysia untuk mangsa-mangsa banjir di Kuantan. Mereka sampai di Pejabat Parti Keadillan Rakyat Kuantan pada pukul 4 petang. Di sana mereka telah menyerahkan barang2 berupa sejadah dan barang makanan kepada  En, Zarul, Wakil YB Fuziah Salleh dari Pejabat Khidmat Parlimen Kuantan. Selain Jingga13, bantuan kali ini juga datangnya dari Pejabat DUN Kota Anggerik.












Tahniah!! Penunggang Motorsikal Bakal Dikenakan Bayaran Tol!!


Putrajaya sedang mempertimbangkan bayaran tol untuk penunggang motosikal di seluruh negara dan mengkaji kemungkinan membina lorong motorsikal di semua lebuh raya.

Nanyang Siang Pau memetik Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof sebagai berkata bahawa satu jawatankuasa khas akan meneliti cadangan itu.

Beliau berkata, hanya beberapa lebuh raya di seluruh negara mempunyai lorong motorsikal.

"Kami juga akan mengkaji kemungkinan menyekat jenis motosikal yang boleh menggunakan lebuh raya berdasarkan kapasiti enjin mereka .

"Kami juga akan mengkaji lebar lorong yang berdedikasi untuk memastikan mereka menampung motosikal pelbagai saiz. "

Beliau berkata kementerian itu hanya akan membuat keputusan selepas jawatankuasa selesai buat kajian.

Fadillah juga berkata pada masa ini bayaran tol tidak ditetapkan mengikut kapasiti enjin tetapi berdasarkan kepada kelas atau jenis kenderaan.

" Motosikal berkuasa tinggi adalah dikecualikan daripada bayaran tol kerana mereka termasuk di dalam kategori kenderaan beroda dua ," kata beliau sambil menambah bahawa penunggang motosikal terpaksa membayar tol di Malaysia-Singapura Kedua Link Expressway (Tanjung Kupang Plaza ), dan juga sebagai Jambatan Pulau Pinang.

Friday, 27 December 2013

ZALIM DAN TIDAK PERIKEMANUSIAAN: JINGGA 13 KECAM YAYASAN ISLAM TERENGGANU TIDAK SAMBUNG SEJUMLAH BESAR PERKHIDMATAN GURU KAFA

26 Disember 2013 

Jingga 13 Malaysia mengecam tindakan Yayasan Islam Terengganu yang telah mengambil tindakan drastik dengan tidak menyambung perkhidmatan sejumlah besar guru KAFA berkhidmat di negeri Terengganu tanpa memberikan apa-apa alasan yang munasabah.

Merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Terengganu bertarikh 16 Disember 2013 , Pengarah Yayasan Islam Terengganu,Tuan Ahmad Fadluldin bin Mohamad langsung TIDAK menyatakan alasan mengapa perkhidmatan guru-guru KAFA tersebut tidak disambung.

Menurut Garis Panduan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jakim 2011, Perkara 9 yang dirujuk oleh beliau di dalam surat berkenaan menyatakan bahawa perkhidmatan guru KAFA boleh dihentikan pada bila-bila masa dengan dinyatakan sebab-sebab tertentu. Namun pihak Yayasan Islam Terengganu langsung tidak menyatakan sebab musabab tindakan yang telah diambil oleh mereka sehingga tidak disambung perkhidmatan Guru-Guru KAFA tersebut. 

Difahamkan bahawa tindakan tersebut adalah tindakan balas dendam pimpinan UMNOBN Terengganu terhadap Guru-Guru KAFA dan keluarga mereka yang dituduh menyokong Pakatan Rakyat sewaktu PRU13 lalu. Andai benar tuduhan tersebut ini menunjukkan betapa tidak profesional dan tidak matangnya tindakan oleh Pimpinan UMNOBN Terengganu dan membuktikan Yayasan Islam Terengganu tunduk dengan kezaliman.

Isu ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Yayasan Islam Terengganu kerana ianya melibatkan satu tuduhan yang serius yang mana ianya akan menjejaskan integriti Yayasan Islam Terengganu sendiri sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan bagi menjalankan dakwah serta penyelidikan yang berkaitan hal ehwal agama Islam. 

Adakah pihak Yayasan Islam Terengganu sebagai sebuah institusi yang diperbadankan dan mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri tidak mempunyai sensitiviti dengan mempertimbangkan kesusahan yang bakal dihadapi oleh guru-guru KAFA tersebut yang mungkin mempunyai banyak tanggungan dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan yang diperolehi melalui tugas sebagai seorang guru KAFA.

Jingga13 Malaysia dengan ini mendesak pihak Yayasan Islam Terengganu MENARIK BALIK keputusan serta membuat perlantikan semula kesemua Guru-Guru KAFA yang telah dihentikan perkhidmatan mereka. 

Yayasan Islam Terengganu sewajarnya bersifat matang dan profesional serta tidak tunduk kepada tekanan politik , sempit dan murahan sehingga sanggup bertindak ZALIM dan TIDAK BERPRIKEMANUSIAN dan MENGINAYAI Guru-Guru KAFA yang tidak lagi disambung perkhidmatan mereka serta langsung TIDAK MENUNJUKKAN ETIKA ISLAM tetapi lebih bersikap tunduk kepada budaya politik kotor dan menjijikan.

JINGGA 13 Malaysia yakin guru-guru KAFA yang dilantik oleh Yayasan Islam Terengganu adalah merupakan yang berkelayakan setelah melalui ujian atau temuduga yang dijalankan oleh pihak Yayasan Islam Terengganu sendiri serta berpengalaman dalam mendidik anak bangsa dalam bidang agama Islam.

JINGGA 13 Malaysia mendesak agar Kerajaan Negeri Terengganu mengambil perhatian kepada isu ini serta menyelesaikannya dengan penuh bijaksana,jangan sampai majoriti Guru-Guru KAFA ini merupakan anak negeri Terengganu dizalimi dan diinaya tanpa sebarang pembelaan.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI 

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Berikut adalah antara surat dari Yayasan Islam Terengganu bertarikh 16hb Disember 2013 yang dialamatkan kepada 21 penama Guru Kontrak Kelas Alquran dan Fardu Ain (KAFA) menyatakan bahawa kontrak mereka tidak disambung dan perkhidmatan mereka ditamatkan mulai 31hb Disember 2013.




Thursday, 26 December 2013

Pengurusan Hong Leong bertindak zalim – Jingga 13 Johor


Jingga 13 Johor hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau Pengurusan Hong Leong Bank yang bertindak zalim serta melampaui batas kemanusiaan terhadap 45 orang kakitangannya yang mana 27 orang dari mereka telah diberhentikan kerana tidak mahu mematuhi arahan pemindahan fasa 2 penghuban dan pemusatan oleh institusi perbankan berkenaan yang disifatkan sebagai menzalimi kakitangan tersebut.

Pengurusan Hong Leong Bank telah memberikan pelbagai tekanan kakitangannya yang menolak tawaran tersebut agar mereka meletak jawatan secara sukarela. Antara tekanan yang telah diberikan kepada mereka yang menolak arahan pemindahan tersebut termasuklah menafikan kemudahan untuk kakitangannya menunaikan solat.
Tindakan menafikan kemudahan beribadat bagi kakitangannya yang beragama islam adalah satu tindakan biadap dan kurang ajar serta tidak bertanggungjawab dari pihak pengurusan Hong Leong Bank bahkan tindakan Pengurusan Hong Leong Bank ini boleh dianggap mencabar institusi Raja-raja kerana Sultan/Raja adalah Ketua Agama Islam.
Tindakan pengurusan Hong Leong Bank jelas menunjukkan sikap angkuh mereka apatah lagi kegagalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot untuk menyelesaikan kes ini seolah-olah memberi “lampu hijau” kepada pengurusan Hong Leong Bank bertindak sesuka hati mereka sedangkan menteri berkaitan yang mempunyai kuasa untuk campur tangan dibawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk mengambil tindakan atau berkaitan bagi maksud penyelesaian pertikaian seperti dalam kes ini, sekurang-kurangnya dapat membela pekerja bawahan seperti ini yang jelas ditindas dengan rakus oleh majikan.
Isu penindasan Hong Leong Bank terhadap kakitangannya juga telah disuarakan beberapa kali oleh ahli parlimen namun masih tiada lagi tindakan dari mana-mana pihak terutama dari agensi kerajaan. Apakah ada kuasa atau individu yang berpengaruh dibelakang Hong Leong Bank sehinggakan Kementerian Sumber Manusia seolah-olah menikus dalam hal ini?
Jingga 13 Johor akan berbincang dengan NUBE untuk membawa perkara ini ke SUHAKAM sekiranya kementerian terbabit masih gagal memberi jawapan yang positif berhubung isu tersebut.
Campurtangan SUHAKAM perlu kerana tindakan pengurusan Hong Leong Bank telah melanggar hak asasi kemanusiaan. Jingga 13 Johor akan terus bersama NUBE akan terus mendesak kementerian untuk menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini.
Mohamad Nazri Ismail
JINGGA 13 JOHOR


110 helai Sejadah Ke Kuantan dan Chukai oleh Team Prihatin Jingga13 untuk Surau dan Mangsa Banjir


Shah Alam - Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia, Fariz Musa telah menyerahkan sejumlah 110 helai sejadah kepada Team Prihatin Jingga13 yang diketuai oleh Komrad Eja, Timbalan Setiausaha 2 Jingga13 Malaysia dalam Misi Prihatin Jingga13 Malaysia untuk diagihkan di Chukai dan Kuantan.

"Duit sejumlah RM1550 adalah merupakan wang baki hasil sumbangan orang ramai ke dalam akaun segera Misi Prihatin Banjir di Pantai Timur dan Johor atas nama Bendahari Jingga13 Malaysia" ujar Fariz Musa.

Justeru itu, sejumlah 50 helai sejadah akan diserahkan kepada YB Fauziah Salleh untuk diagihkan di surau-surau sekitar Kuantan yang turut ditenggelami air banjir tempohari dan 60 helai sejadah lagi akan diagihkan ke rumah-rumah di sekitar Chukai, Kemaman terutama di kawasan yang teruk ditenggelami air banjir.

"Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga prihatin yang telah menyalurkan wang bantuan melalui akaun bank tersebut yang telah digunakan untuk menghantar Team Prihatin ke Kuantan, Chukai dan Pekan bagi membantu mangsa-mangsa banjir, membersihkan rumah-rumah mereka. Selain itu wang sumbangan tersebut juga digunakan untuk mengagihkan sejumlah 250 kampit beras 5kg ke Kuantan, Chukai, Pekan dan Dungun, serta membeli barang-barang makanan, alat-alat tulis, barang bayi dan perkakas membersih rumah " ujar Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia lagi.

Setiap aktiviti Misi Prihatin Jingga13 telah dimuatkan di dalam blog Jingga 13 Malaysia sebagai bukti bahawa segala wang sumbangan orang ramai telah digunakan dengan betul dan amanah. Orang ramai bolehlah melayari http://jingga13malaysia.blogspot.com atau melayari page Jingga13 Malaysia di  https://www.facebook.com/Jingga13Malaysia

Jingga13 Malaysia juga ingin mengucapkan selamat pergi dan pulang kepada Team Prihatin ke Kuantan dan Chukai yang turut membawa bersama beras, pakaian terpakai dan baju sekolah hasil sumbangan orang ramai dalam bentuk barangan.

Wednesday, 25 December 2013

Waktu Rakyat Bergelumang Keresahan Kenaikan Kos dan Bencana Banjir , TPM dan Menteri Berseronok Di London ?


KDN guna Akta Mesin Cetak kekang kebebasan bersuara - Keadilandaily

KDN guna Akta Mesin Cetak kekang kebebasan bersuara

Putrajaya_jingga13
KUALA LUMPUR 24 DIS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggunakan Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984 sebagai ‘senjata’ untuk mengekang kebebasan bersuara, kata NGO Jingga 13.

“Tindakan KDN menggantung The Heat adalah tindakan tidak demokratik serta mengambarkan sikap anti kebebasan media.
“Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sewajarnya bukan dijadikan ‘senjata’ untuk ditujukan kepada mana-mana penerbitan dan kelompok media,” kata penyelaras Jingga 13, Nikson Abdullah.
Kata Nikson, walau apa pun alasan KDN, tindakan itu dipercayai sebagai hukuman drastik terhadap The Heat.
Ia ekoran penyiaran artikel berjudul ‘All Eyes On Spending PM Najib’ keluaran 23 hingga 29 November berkaitan perbelanjaan boros Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Hari ini, Jingga 13 menyerahkan memorandum di ibu pejabat KDN di Putrajaya menggesa pergantungan The Heat ditarik serta merta dan membenarkan akhbar mingguan itu beroperasi seperti biasa.
Sebahagian aktivis Jingga 13 turut memakai topeng Guy Fawkes, simbol perlawanan popular seluruh dunia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57620